Sunday, December 16, 2018

Accepting Qadr

Assalammualaikum.. 

Hai !
Lama tak menjenguk ke sini. Hampir 2 bulan dah.
Huhuhu. Lama jugak kan. Lagi 2 minggu bakal masuk tahun baru.
Pencapaian dan impian tahun ini alhamdulilah. Biarpun tak semua terlaksana, tapi aku bersyukur kerna masih diberi ruang untuk langsaikan apa yang perlu dan yang penting. Tahun depan 2019 aku sudah set kan goal dan azam yang baru untuk melunaskan apa yang sepatutnya. 
Andai Allah berikan rezeki lebih buat aku, aku bakal menunaikan umrah dan melangsaikan hutang PTPTN secara lump sum. Aku cuma tidak mahu meninggalkan hutang pada keluarga tatkala aku pergi menghadap Illahi. Perubahan demi perubahan perlu dilaksanakan untuk berjaya dan pada masa akan datang. Ikhlaskan hati, bersihkan jiwa dan lapangkan fikiran. Fikir yang positif dan berjuang demi diri sendiri dan keluarga. Aku tak punya banyak masa tapi aku akan gunakan ia sebaik mungkin. Siapa tahu di saat kau merasa diri kau sihat tapi pergi jua secara tiba-tiba. Berbuat baik dengan semua orang, maafkan semua orang. Jangan berdendam, jangan iri hati dan jangan pula membenci. Kita sebagai manusia punya laluan hidup yang berbeza-beza diciptakan oleh Allah. 
Mungkin permulaan hidup kita tidak membahagiakan, tapi satu hari nanti membawa erti yang lebih mendalam serta sempurna dari apa yang kita inginkan. 
Jika kita mengingatkan diri tentang kematian, kita akan rasa takut untuk berbuat jahat pada diri sendiri dan orang lain. Aku berusaha untuk memperbaiki diri, menukarkan perspektif diri kepada sesuatu yang lebih positif dan bersangka baik dengan Allah.  Langsaikan hutang piutang yang ada sebelum menutup mata. Berbahagia dengan cara sendiri. Itu lebih baik kan. Jangan mengharapkan ganjaran atau pembalasan daripada apa yang kita berikan pada orang lain. Jika kita terlalu bergantung harap dan mereka tidak memberi seperti apa yang kita harapkan, kita akan kecewa yang teramat sangat. Hati akan terluka. Aku cuba bangkit dalam dunia aku dengan cara tersendiri. Bukan untuk membuang orang lain dalam hidup ini, tapi untuk mencari jalan menyendiri. 
InshaAllah semua akan baik-baik saja. 
Berkata yang baik-baik, berdoa yang baik-baik.
Moga Allah permudahkan segalanya buat aku dan mereka.
Amin Ya Rabbal Alamin.


Love, fnayzd ❤