Saturday, August 17, 2019

Selamat Hari Lahir FNA

Assalammualaikum...

Selamat Hari Lahir Diriku..
Hari ini adalah hari penting buat aku. Aku begitu mengharapkan orang yang aku sayang luangkan masa dengan aku. Cuma untuk hari ini. Tiada permintaan lain yg aku harapkan. Untuk harini dan kali ini. Airmata aku membasahi pipi. Ia mengalir tanpa henti. Aku cukup sedih dan terluka. Benar benar menikam diseluruh benak hatiku. Aku menangis tanpa mempedulikan orang sekeliling. Mungkin mereka cukup hairan, mengapa wanita ini menangis. Apa yang sedang dia lalui sebenarnya. Takkan ada lagi hari yg sama seperti ini. Takkan ada dan takkan sama. Aku melihat gambar mereka cukup bahagia meluangkan masa di hari penting aku sedangkan aku meraung seperti manusia kurang akal. Salah aku kah?

Andai aku jutawan dan kaya raya, akan aku beli waktu dan masa mu. Akan aku taburkan permata dan emas untuk memiliki perhatian mu. Jika kau mampu berjauhan dan anggap ketiadaanku selama berbulan bulan lamanya, anggap saja aku sudah mati dalam hati dan kehidupan mu. Binalah bahagiamu dengan mereka. Aku akan belajar hidup tanpamu. Aku akan buang segala harapan aku buatmu. Saat derita ini aku tempuhi membuat aku lemah dan kaku, aku yakin ia bakal membiasakan diri aku untuk sedar ketidaklayakan aku dalam hidup mu. Aku cukup naif mengharapkan sesuatu yang bukan untukku. Pergilah pergi. Pergi buat selamanya. Aku akan kutip segala cebisan hati ini dan bawa ia jauh dari sini. 
Tiada lagi aku tiada lagi aku

Moga aku tenang selamanya....

Monday, June 24, 2019

Airmata Redha Aku

Bung Hamka berkata;

Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. 

Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. 

Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. 

Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. 


Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.


Justeru, *Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri*.


*KAMU HANYA AKAN BAHAGIA KALAU KAMU TERIMA DENGAN REDHA*.




Love, fna 💜

Friday, June 7, 2019

Mengalah.. Aku cuma patung cendana

Assalammualaikum..

Hai semua.. Hari ni raya ke-3
Alhamdulillah...
Aku dah berada di KL, sorang harini dkt rumah..
Effa dan Madi belum balik ke sini lagi..mereka masih di kampung..
Malam ni aku menangis sepuasnya..
Mata aku bengkak..airmata aku tak berhenti mengalir..
Aku rasa perasaan aku perlu aku ketepikan..
Aku kena banyak mengalah dalam semua benda..
Perasaan aku, hati aku
Dia cakap aku suka cari pasal cari gaduh dengan dia..padahal dia cukup tahu aku cuma perlukan perhatian dia..masa dia..aku tahu dia tengah bahagia..aku tahu dia boleh lebihkan masa untuk famili dan mereka..sedangkan aku ni dia abaikan, ketepikan..aku tahu aku belum jadi tanggungjawab dia..aku boleh dibuang bila-bila masa yang dia nak..aku tak pernah bosan sikitpun dengan dia, aku cuma perlukan kasih sayang dan perhatian dia mcm mana dia inginkan aku dulu..semuanya hilang..semuanya lenyap dari dia..aku tahu dia banyak berubah..
Bukan aku tak faham sibuk dia tapi bila masa dengan aku, bila aku minta utk ada kan masa untuk aku seolah-olah tak pernah sepenuhnya ada untuk aku..seperti terpaksa..aku punya mata melihat smua..aku punya hati untuk merasa..aku punya jiwa untuk dikasihi dicintai diberi perhatian seikhlasnya..

Jika permintaan sekecil itu jadi penyebab atau punca untuk cakap itu ini tentang aku..bergaduh dengan aku..
Banyak benda aku simpan dan pendam bila dia cakap aku suka merungut, cakap aku suka cari pasal, cari gaduh.. Aku akan undur diri.. 
Sampai bila aku seperti tak dianggap?
Bila masa yang akan dia ganti untuk aku? 
Bila masa tu, bila aku dah tade nanti?
Tapee 😊
Aku cari jalan untuk menyendiri..
Aku mengalah..
Lebih baik untuk semua..
Jika itu lebih membahagia dia, dia tetap akan bahagia tanpa aku...

Love, fnayzd ❤


Friday, May 17, 2019

Bila kita dapat beraya bersama?

Assalammualaikum..

Hai.. Sekarang ni aku berada di angsana.. Medan selera angsana but sempat lagi aku menaip dekat blog kesayangan ini.. Aku tak makan sebab kenyang lagi rasa.. 
Hati tiba-tiba terdetik dan rindukan dia.. Apalah agaknya yang dia buat sekarangkan.. 
Tadi aku tengok baju melayu dan baju raya lawa2 n cantik sangat2.. Teringatkan dia..
Bilalah dapat beraya dengan dia sama-sama...
Hmmmm..
Aku pun tak tahu bilaaa..
Bila dapat sepasang warna baju semua...
Entahlah tengok orang lain beli baju sama warna sama.. Teringin di hati ni..
Tapi tahun ni aku dapat belikan baju melayu sepasang dengan samping untuk dia cuma belum dapat bagi dia..
Aku masih di Johor belum balik ke KL lagi..
Nanti balik sana inshaa Allah aku beri pada dia...
Harap dia suka pemberian aku ni..
Oklah semua orang dah habis makan..
Nanti aku sambung lagi kemudian hari..

Love, fna ❤

Wednesday, May 15, 2019

Seutas jam buat Dia

Assalammualaikum

Salam Ramadhan
Aku masih belum boleh berpuasa disebabkan "cuti" perempuan. Mungkin esok lusa aku dah boleh berpuasa.
Malam ni, aku cuma ingin meluahkan sesuatu di sini. Tak tahu kenapa aku sedih dan teramat sedih.
Benci sangat ke dia pada aku? Hina sangat ke aku ni di mata dia? Tiada lagikah sayang dia pada aku?
Aku sendiri tak tahu. Dengan cara dan gaya dia buat aku rasa aku tak di anggap apa-apa dalam hidup dia. Mungkin dia tengah bahagia. Mungkin juga dia benar-benar lebih bahagia tanpa aku.
Aku cuba bersangka baik dengan semuanya. 

Niat di hati aku ingin hadiahkan dia seutas jam. Lama sangat aku simpan dan pendam hasrat tu untuk beri pada dia. Berbulan-bulan aku usha dan cari mana yang sesuai pada dia. Aku tahu dia dah ada banyak sangat jam. Itu adalah hobi dan kesukaan dia. Aku suka bila tengok setiap jam yang dia pakai cantik dan ikuti ciri yang dia ada. Tapi aku teringin sangat lihat dia memakai jam pemberian aku nanti. Aku sangat mengharapkan itu. Banyak jam juga yang dia beri pada aku hinggakan aku sayang nak pakai sebab takut rosak. Aku sayang pemberian dia seperti mana aku sayangkan dia, cukup sayang. 
Cuma malam ni aku minta dia pilih jam yang menjadi pilihan di antara beberapa keping gambar diberi. Dia pilih dua tiga jam yang ada. Aku minta untuk dia pilih seutas jam yang paling cantik dan selesa. Aku minta untuk dia rasa pakai bila selesa jam tu nanti. Tapi dia fikir aku perlu beri pada orang yang ingin aku hadiahkan untuk dia sendiri tahu selesa ataupun tidak. 
Aku tahu. Dia tak tahu yang aku ingin beri dan hadiahkan pada dia. Aku berkata dan bertanya dengan baik. Dia membalas dengan ayat yang marah biarpun dia menidakkan yang dia marah pd waktu tu.

Tapelah mungkin awak tak suka. Mungkin juga saya terasa yang awak marah saya padahal mungkin awk tiada maksud apa-apa. Mungkin juga waktu pertanyaan saya tidak sesuai pada waktu ini.
Saya tak paksa awak apa-apa. Saya sedar siapa saya di mata awak.
Saya anggap benda ini semua kecil.

Inshaa Allah bila sampai masanya nanti, niat saya akan tercapai untuk hadiahkan awak seutas jam pada waktu dan masa yang sesuai. 
Allah Maha Mengetahui...


Love, fna 💓


Tuesday, May 14, 2019

Sejambak bunga buat Kamu

Assalammualaikum

Salam Ramdhan yang hari ke-9 kita berpuasa. 
Alhamdulilah. Aku masih diberi nikmat bernafas dan menikmati kasih sayang Tuhan yang luas dan tiada terhitung banyaknya.

Hari ini aku kirimkan sejambak bunga buat si dia. 
Aku kirim melalui website yang sama seperti mana dia pernah kirim padaku beberapa tahun lepas.
Aku sendiri tak menyangka aku boleh terjumpa website yang sama lewat malam tadi.
Pasti ada hikmah yang Allah tunjukkan.
Niat sebenar aku utuskan buat si dia hanya untuk mengisi hari dia dengan senyuman biarpun untuk seketika. Biarpun aku merasa dia makin jauh dariku. Cukup jauh.
Aku tak tahu kenapa perasaan ini mengganggu hati dan diri aku.
Aku merasakan dia mula menjauhkan diri.
Aku merasakan mungkin perasaan si dia telah pudar buatku.
Hati kecilku kuat mengatakan semua itu.
Aku tak tahu. Aku benar-benar keliru dengan perasaan ini.
Jika benar apa yang aku rasakan dan sangkakan itu, adakah aku sanggup menerimanya dengan hati yang terbuka? Ikhlaskah aku? Redhakah aku?
Aku tahu, aku tidak kuat untuk menghadapinya.
Namun aku percaya kekuasaan Allah. Aku yakin dengan ketentuan Allah buatku.

Jika aku perlu menjadi seperti Zulaikha yang menanti dan menunggu Yusuf melalui redha Allah.
Aku ikhlaskan segalanya demi Allah.
Aku menyayanginya demi Allah.
Aku ingin melihat dia bahagia juga demi Allah.
Biarpun tanpa aku dalam hidupnya. Biarpun tidak adanya aku menyerikan hari-harinya...

********

Ya ALLAH ya Tuhanku
Teguhkanlah imanku, Tabahkanlah hati kecilku ini.
Jauhkanlah aku dari punya perasaan cemburu, iri hati dan dengki terhadap kebahagiaan dan keistimewaan orang lain. Jadikan aku hambaMu yang menuju keredhaaanMu.
Kasih sayang yang Engkau berikan sudah membuktikan aku masih diberi peluang untuk memperbetulkan diriku yang hina ini.
Tetapkanlah kekuatan dalam hati, fikiran dan jiwaku agar aku sentiasa tenang dan sabar mencari keredhaanMu. 
Thank you, Allah.
Alhamdulilah...


Love, fna 💓



Sunday, May 12, 2019

"Jacket itu"

Assalammualaikum 

Hai... 
Sekarang aku sudah berada di rumah bila ssemalam doctor bagi aku discharge dan berehat di rumah. Malam ni tiba-tiba aku cukup rindu pada dia. Entah kenapa sampai mengalir airmata.
Aku punya sesuatu yang khas aku simpan untuk dia kenang bila aku tiada lagi. Aku punya jacket dia yang tersimpan rapi hampir 4 tahun. Masih elok biarpun ada koyak sedikit disebabkan jacket tu kenangan dia accident beberapa tahun lepas. Jacket yang menyimpan seribu satu memori yang aku ada bersama dia. Aku melihat jacket itu seolah-olah aku melihat dia memakai di depan aku. Sungguh masa itu cukup pantas berlalu hingga aku tidak menyangka ianya menjadi simpanan yang paling berharga dalam hidup aku. Kenangan yang aku punya untuk aku titip jika dia bukan milikku suatu hari nanti. Disaat aku tahu jacket itu adalah sesuatu buat dia. Aku mencari pengantinya agar sama dan serupa seperti mana yang pernah dia memakainya. Aku bersungguh mencarinya hanya ingin melihat dia memakainya sekali lagi dengan keadaan yang masih elok dan baru. 
Bahagianya bila melihat dia memakainya dengan selesa dan tersenyum pada aku.

Saya hadiahkan jacket yang tak seberapa tu untuk awak. Saya harap awak suka dan kenang saya bila saya tiada nanti. Bila awak rindukan saya. Bila mana awak teringat dan fikirkan saya.
Saya berharap benar yang awak takkan pernah lupakan saya.
Biarpun satu hari nanti kita tidak bersama lagi.
Saya tidak pernah sedikitpun merasa kurang dengan kehadiran awak tapi ia benar melengkapi setiap ruang yang ada di hati saya ini. 
Tidak ada sedikitpun waktu terbiar saya tidak memikirkan awak.
Ingatan saya cukup kuat pada awak. 

Saya sayang awak

Saya tetap akan sayang awak hingga hembusan nafas saya terhenti....

Selamat Malam


Love, fna 💓

Saturday, May 11, 2019

Aku masih di sini aka Hospital

Assalammualaikum 

Hai semua..
Aku masih di Columbia Asia hospital. Admitted sejak beberapa hari yang lepas. Badan aku skrg ni ada mesin. Hihi. Aku ganti ironman dlm Avengers yang mati tu. Jantung ada mesin berlampu. Aku kena pakai since smlm mesin ni selama 24jam untuk monitor my heart... 💓
Normal atau tidak jantung aku ni
Ke mana2 aku kena bawa mesin jantung ni
Tak boleh tinggal tak boleh juga kena air..huhu..
Beratus ribu mesin ni tau 😅
Kalau kena ganti smp tua still aku tak mampu lagi..kihkihkih...

Sahabat-sahabat
Terima kasih sbb tak putus2 mendoakan aku moga cepat sembuh
Keprihatinan korang buat aku kuat dan bertahan..terima kasih semua...
Allah akan lindungi dan jagakan kalian semua utk aku...maaf andai ada kesilapan aku buat pd korang ya...mohon ampun... 😔

************

Hai awak
Ya awak yg sy khaskn blog ni hny utk awk
Moga awk sihat dkt sana...
Sejak sy bgtau awk sy admitted hsptl
Sy dpt rasa awk lain tak mcm slalu
Awk bls wasap sy, hny sepatah bila sy tanya sepatah juga awk jwb..lepas tu awk senyap spanjang hari...seolah-olah awk rasa terganggu bila sy cari n contact awk..
Mungkin awk marahkan sy
Mungkin juga awk mula untuk menjauhkan diri daripada saya ☹
Saya minta maaf andai sy bgtau awk tntg keadaan sy, awk tak selesa..
Mungkin ada yang menganggu fikiran dan hati awak..maaf...sy tak berniat apa2

Saya tahu awak sibuk
Banyak benda awak perlu fikir selain sy kan...
Tape..
Sy takkan menyusahkan awk apa2
Sy tahu saya byk myusahkan awk
Sy banyak terasa hati dgn awk
Sy banyak bertanya itu ini dgn awk hingga awk tak selesa dan sememangnya awk tak suka
Sy selalu berdiam diri tanpa khabar berita
Maaf andai awk rasa dan fikir sy sering mencari punca kesalahan dan kesilapan awk
Itu tidak benar... sy tidak mencari punca tp sy memerlukan masa perhatian dan kasih sayang awk...sy benar2 maksudkannya...
Maaf... maaf andai perilaku sy punca yang membuatkan awk berubah dan menjauhkan diri dari saya...
Saya punya hati, sy masih punya jantung dan juga naluri untuk rasa perubahan yg berlaku pd awk...sy tak mampu untuk menipu gerak hati ini
Maaf maaf maaf
Sejuta kali maaf daripada saya seikhlas hati...

Andai benar awk sudah tawar hati dengan saya
Andai benar tiada rasa sayang lagi untuk saya
Andai benar tiada lagi saya dalam ruang hati dan hidup awk...
Saya redha..sy benar2 redha..

Awak pinjaman Allah buat saya
Setiap roh atau individu yang Allah hadirkan serta muncul dalam hidup kita biarpun sekejap atau sekelip mata, bukan saja2 tapi bersebab...
Saya yakin Allah temukan awak dlm hidup saya bersebab...saya bahagia sy benar2 bahagia bila hadirnya awk dlm hidup sy malah mjadi pghuni dlm hati sy ni...
Saya tidak pernah menyesal sedikitpun dengan adanya awak dlm fikiran dan hati saya malah kehidupan saya, sy bahagia bia teringat awk
Sy senyum sorang2
Setiap hari sy akan buka galeri gmbr dlm fon utk tgk muka awk, gmbr kita berdua ke mana2 yg mnjadi kenangan..
Itu rutin harian sy..even sy sibuk skalipn sblm tidur sy pastikn sy tetap akn lihat gmbr awk skjp

Awk kekuatan saya
Awak kekuatan saya slain ibu dan ayah
Awk pinjaman Allah yang paling berharga utk sy
Sy sentiasa berdoa stiap kali sujud utk Allah jadikan awak yang terakhir dalam hidup saya
Agar awak adalah jodoh saya sejak saya masih lagi 4 bulan dalam kandungan ibu saya
Saya berdoa agar nama awak tertulis dan ditetapkan Allah sbg jodoh saya dan pasangan sy dunia hingga ke akhirat
Pasangan yg bawa sy ke syurga dengan indahnya

Saya takkan pernah menyesal dan merungut andai Allah beri pinjaman ini iaitu Awak hanya sementara utk saya
Saya tetap akan jadikan rutin harian sy sperti biasa malah mungkin lebih kerap bila sy rindu awk
Saya rindu awak sekarang ni...
Benar2 rindu...
Dengan rindu inilah, sy berdoa utk Allah sampaikan pd awak melalui pelbagai cara yang Allah tujukan pd awak..mungkin juga dari mimpi mungkin juga dari setiap pgerakan awk buat ada utusan rindu dan doa sy buat awk...
Apa yang awk buat skrg ni ya
Mungkin di rumah uruskan mereka
Mungkin masa awk hny untuk mereka
Tiada terselit untuk saya
Awk senyap...
Senyap tanpa bertanya apa2 tentang saya...
Sy perlukan awk biarpun hny btanya khabar tntg keadaan sy skrg ini...

Tapee... sy redha 😊

Sy ikhlas dengan redha ini..
Allah akan lindungi dan peliharakan awk utk sy
Allah akan jagakan awak sebaiknya buat sy
Allah akan bahagiakan awk setulusnya
Allah akan permudahkan segala urusan awak hingga ke akhirnya
Saya ingin melihat awak bahagia
Melihat awak bahagia biarpun tanpa saya
Itu yang lebih penting buat saya
Kebahagiaan awak
Kebahagiaan awak
Dan kebahagiaan awak

Oklah sarapan pagi dah sampai

Saya tak dpt puasa harini
Kena makan juga



Cereal + milk



Love, fna ❤



Sunday, May 5, 2019

Bakal Bertemu Ramadhan

Assalammualaikum

Harini aku pergi ke klinik yang sama untuk mengikuti perkembangan aku.
Namun harini doktor terus refer untuk pergi ke hospital dengan lebih lanjut. 
Aku pergi ke hospital untuk buat appoinment doktor sebab harini Ahad dan esok pula public holiday untuk negeri Johor sempena menyambut Awal Ramadhan, jadi semua doktor bercuti. 
Appoinment di anjak ke hari Selasa.
Selasa pagi aku kena pergi ke hospital untuk berjumpa dengan Dr Rohana.
Aku berharap Selasa nanti keadaan aku akan semakin okay dan okay.
Dada aku waktu ini still sakit seperti biasa.
Sukar untuk bernafas dan seolah-olah dada aku dihempap sesuatu dan sukar untuk berdegup secara normal.
Aku tahu aku kuat.
Aku tahu aku bakal menempuh sesuatu yang lebih baik.
Tuhan sebaik-baik perancang dan ketentuan.
Aku berserah kepadaMu, Ya Tuhan.

Moga aku akan baik-baik saja.

InshaAllah


Love, fnayzd 💗


Saturday, May 4, 2019

Propranolol

Jantungku...
Harini aku pergi berjumpa doktor untuk tidak bermain teka-teki.
Aku memasuki ruang klinik dengan penuh debaran.
Daftar dan tunggu nama di panggil untuk masuk ke bilik doktor yang bertugas.
Selang saja beberapa minit nama aku dipanggil, dilihat susuk tubuh seorang jururawat yang manis tersenyum dan memanggil namaku.
Doktor bertugas bernama Dr. Ang, bertubuh gempal dan berkulit putih kerna beliau berbangsa Cina.
Beliau menyapa dan bertanya tentang keadaan aku ketika ini.
Apa yang berlaku dan apa yang sedang aku hadapi.
Aku menceritakan segala yang terjadi dan  dilalui setiap hari sejak beberapa bulan lalu.
Pernafasan aku terganggu. Degupan jantungku sering kencang dan dadaku bagai ditikam sesuatu.
Tangan dan kakiku turut kebas hampir setiap malam.
Waktu tidurku kadang-kala terganggu pada lewat malam.
Selera makanku turut kurang dan tidak seperti selalu.
Badanku terasa sering letih dan lemah.
Perasaanku cepat marah dan mudah menangis.
Doktor  membuat pemeriksaan jantung dan bacaan tekanan darah. 
Setelah habis aku diperiksa, kembalinya aku duduk untuk lebih tenang dan berdebar menanti keputusan pemeriksaan. 
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus dengan perlahan sebelum mendengar keputusan yang bakal keluar daripada bibir beliau.
Lam beliau melihat keputusan dan terus berkata kepadaku....
 Doktor berkata barangkali semuanya ada symptoms yang sedang berlaku terhadapku.
Aku perlu buat pemeriksaan dengan lebih lanjut dan teliti.
Doktor seolah-olah memberi teka-teki kepadaku.
Beliau menyuruh aku datang kembali esok hari dengan berpuasa dan lakukan pemeriksaan yang dicadangkan.
Aku terasa sesuatu yang cuba disembunyikan namun hatiku redha dengan apa yang berlaku.
Aku bakal untuk bertemu beliau lagi esok hari.

Moga aku sentiasa diberi kekuatan untuk menempuh apa jua onak duri kehidupan ini.
InshaAllah...
Aku akan bersambung esok ya...

Love,fnayzd 💗

Friday, May 3, 2019

Wahai Jantungku

Assalammualaikum...

Sudah hampir sebulan lebih aku tidak merungkai tentang kehidupan harian aku. Hari ini tibanya aku di rumah keluargaku lewat petang. Dalam perjalanan pulang ke sini, dada aku berdegup kencang seperti selalu. Rasa seperti aku tidak punya masa yang lama. Aku menganggap ada sesuatu yang masih tidak kena pada diriku. Aku bermain dengan teka teki sendiri. Adakah aku sihat? Aku sendiri tidak pasti. Makin kerap sakit itu datang, makin kerap juga aku menahan rasa kesakitan itu. Jika dengupan jantung aku ini terhenti, biarlah ia terhenti tatkala aku tenang untuk kembali kepada-Nya. Di saat aku sudah bersedia dan sentiasa bersedia. Mungkin juga melihat mereka yang aku sayang bahagia, aku redha dengan segalanya. Esok aku akan pergi mencari jawapan. Antara benar teka teki yang selama ini bermain di fikiran atau aku masih diberi peluang untuk teruskan hidup seperti biasa.

Siapa tahu kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. DIA melihat segalanya. DIA mengetahui apa yang terbuku di hati dan apa yang terlintas di fikiran ini. Ruang aku masih ada, aku tetap bersyukur. Alhamdulilah... terima kasih Allah... 

Wahai jantungku...
Bertahanlah kau untukku...
Aku memerlukan kau untuk berdegup agar aku masih mampu melihat dunia ini dan menghargai kehidupan aku....
 Jantungku...
Berdeguplah kau dengan indahnya  sebagai tanda kau menghargai nikmat Tuhan beri...
Jantungku...
Jangan kau putus harapan kerna aku masih membutuhkan kau, wahai jantungku...

Terima kasih Allah di atas segala pinjaman yang kau beri buatku...


Love. fnayzd 💗



Monday, March 11, 2019

Selamat Ulang Tahun Sayang


**********

Selamat Hari Lahir Sayang

Hari ini hari kelahiran kamu. Aku tujukan segalanya khas buat kamu.
Sempena hari kelahiran kamu, aku mengiringi doa agar Tuhan memanjangkan umur kamu, memelihara dan menjagakan kamu buatku. Moga kamu berbahagia dengan mereka yang kamu sayang. Kelmarin dunia tercipta saat indah. Denganmu merasa ini semua melewati hitam putih hidup ini. Namun kini aku sendiri, sendiri meniti hari hariku. Aku tidak pernah lepas dari mengingatimu setiap waktuku dan doakan mu setiap malamku. Aku berharap semua takkan pernah berakhir bersama kamu. Tidak akan pernah berakhir. Senyumanku terukir di saat aku melihat kamu. Airmata aku mengalir di saat aku merindui kamu. Aku sentiasa mengajar hatiku untuk terus bersabar dan berharap agar segalanya akan berubah seperti mana aku minta setiap hari. Aku terkenang di saat kita mencipta dunia kita sendiri. Kenangan di ruang dan waktu yang pernah menjadi memori yang cukup indah untuk aku simpan. Aku begitu berharap kau tidak akan pernah lupa sedikitpun tentang aku. Andai aku mampu buktikan cinta ini cukup besar buat kamu, aku akan lakukan. Aku akan lakukan. Apa yang terbaik buat kamu sudah memandai buatku biarpun aku perlu menyimpan semua perasaan aku sendiri. Bahagia itu milik kamu meskipun bukan aku di sisi kamu. Bahagia itu buat kamu meskipun aku hanya mampu melihat dari jauh. Bahagia kamu adalah segalanya buatku biarpun hatiku perlu dibiarkan sepi sendiri. Doa aku sentiasa mengiringi setiap langkah kakimu, setiap ruang waktumu dan setiap kesedihan kegembiraan kamu.
Aku menyayangi kamu. Benar benar menyayangi kamu...

Selamat Hari Lahir Cinta Hatiku

Moga harimu sentiasa tenang dan indah

***********

Saturday, February 23, 2019

Khas buat Pujaan Hati Dinda

Assalammualaikum 2019 

Hampir 2 bulan kita masuk tahun baru, but harini baru aku dapat luangkan masa untuk menaip di blog kesayangan aku ni. Harini aku baru balik temankan si dia uruskan sesuatu ke sana sini. Jumpa kawan-kawan dia. Thank you sayang for a few days yang kita luangkan untuk spent time together sebab kita jarang-jarang jumpa kan walaupun dekat satu negeri but masa untuk kita luangkan berdua sangat-sangatlah susah sampaikan kadang-kadang kena curi masa masing2 sekejap dan benda akan jadi bila kita tak rancang untuk jumpa tapi last2 minit barulah menjadi.

Hai Pujaan Hati Dinda,
Blog ni tercipta daripada saya untuk awak baca satu hari nanti bila saya tiada. Awak boleh datang blog ni untuk baca semua bila awak rindu saya. Saya sukar untuk meluahkan sesuatu tapi di sini segalanya diceritakan untuk awak. Betapa pentingnya awak dalam kehidupan harian saya sejak beberapa tahun yang lalu. Biarpun pada awalnya saya menidakkan kehadiran awak dalam hati dan hidup saya sebab hanya awak dan saya tahu apa sebabnya. Saya bersyukur mengenali awak sebaiknya. Baik buruk saya, awak terima. Sesukar mana perangai dan kerenah saya, awak terima seadanya. Saya semakin matang dalam hubungan kita untuk terima segalanya dengan hati terbuka. Tiada simpan apa-apa untuk dibahaskan. Biarpun awak bukan orang pertama yang pernah muncul dalam hati saya dan saya juga bukanlah orang pertama yang hadir dalam hati serta kehidupan awak tapi saya sentiasa berdoa pada Allah agar jadikan awak orang yang terakhir buat saya dan saya jugalah orang terakhir buat awak. Kita melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing dengan cara yang tersendiri. Memahami tutur kata, gerak geri badan untuk mengerti isi hati masing-masing biarpun kita tidak meluahkan sesama sendiri. Bertolak ansur dan bercerita tentang apa saja yang kita nak kongsi, cukup buat kita makin matang kekalkan hubungan ni. 

Sayang, saya cukup menyayangi awak seikhlas hati saya. 

Saya tak sabar untuk menunggu hari yang bakal tiba. Seminggu jer lagi.
Counting days for us.
Saya harap sangat awak suka dan happy nanti. Saya buat semua tu khas untuk awak. Biarkan ia menjadi kenangan terindah untuk awak kenang hingga akhir hayat awak.
See you soon my love.


Love, fna ❤