Monday, June 24, 2019

Airmata Redha Aku

Bung Hamka berkata;

Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. 

Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. 

Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. 

Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. 


Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.


Justeru, *Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri*.


*KAMU HANYA AKAN BAHAGIA KALAU KAMU TERIMA DENGAN REDHA*.




Love, fna 💜

Friday, June 7, 2019

Mengalah.. Aku cuma patung cendana

Assalammualaikum..

Hai semua.. Hari ni raya ke-3
Alhamdulillah...
Aku dah berada di KL, sorang harini dkt rumah..
Effa dan Madi belum balik ke sini lagi..mereka masih di kampung..
Malam ni aku menangis sepuasnya..
Mata aku bengkak..airmata aku tak berhenti mengalir..
Aku rasa perasaan aku perlu aku ketepikan..
Aku kena banyak mengalah dalam semua benda..
Perasaan aku, hati aku
Dia cakap aku suka cari pasal cari gaduh dengan dia..padahal dia cukup tahu aku cuma perlukan perhatian dia..masa dia..aku tahu dia tengah bahagia..aku tahu dia boleh lebihkan masa untuk famili dan mereka..sedangkan aku ni dia abaikan, ketepikan..aku tahu aku belum jadi tanggungjawab dia..aku boleh dibuang bila-bila masa yang dia nak..aku tak pernah bosan sikitpun dengan dia, aku cuma perlukan kasih sayang dan perhatian dia mcm mana dia inginkan aku dulu..semuanya hilang..semuanya lenyap dari dia..aku tahu dia banyak berubah..
Bukan aku tak faham sibuk dia tapi bila masa dengan aku, bila aku minta utk ada kan masa untuk aku seolah-olah tak pernah sepenuhnya ada untuk aku..seperti terpaksa..aku punya mata melihat smua..aku punya hati untuk merasa..aku punya jiwa untuk dikasihi dicintai diberi perhatian seikhlasnya..

Jika permintaan sekecil itu jadi penyebab atau punca untuk cakap itu ini tentang aku..bergaduh dengan aku..
Banyak benda aku simpan dan pendam bila dia cakap aku suka merungut, cakap aku suka cari pasal, cari gaduh.. Aku akan undur diri.. 
Sampai bila aku seperti tak dianggap?
Bila masa yang akan dia ganti untuk aku? 
Bila masa tu, bila aku dah tade nanti?
Tapee 😊
Aku cari jalan untuk menyendiri..
Aku mengalah..
Lebih baik untuk semua..
Jika itu lebih membahagia dia, dia tetap akan bahagia tanpa aku...

Love, fnayzd ❤