Monday, March 11, 2019

Selamat Ulang Tahun Sayang


**********

Selamat Hari Lahir Sayang

Hari ini hari kelahiran kamu. Aku tujukan segalanya khas buat kamu.
Sempena hari kelahiran kamu, aku mengiringi doa agar Tuhan memanjangkan umur kamu, memelihara dan menjagakan kamu buatku. Moga kamu berbahagia dengan mereka yang kamu sayang. Kelmarin dunia tercipta saat indah. Denganmu merasa ini semua melewati hitam putih hidup ini. Namun kini aku sendiri, sendiri meniti hari hariku. Aku tidak pernah lepas dari mengingatimu setiap waktuku dan doakan mu setiap malamku. Aku berharap semua takkan pernah berakhir bersama kamu. Tidak akan pernah berakhir. Senyumanku terukir di saat aku melihat kamu. Airmata aku mengalir di saat aku merindui kamu. Aku sentiasa mengajar hatiku untuk terus bersabar dan berharap agar segalanya akan berubah seperti mana aku minta setiap hari. Aku terkenang di saat kita mencipta dunia kita sendiri. Kenangan di ruang dan waktu yang pernah menjadi memori yang cukup indah untuk aku simpan. Aku begitu berharap kau tidak akan pernah lupa sedikitpun tentang aku. Andai aku mampu buktikan cinta ini cukup besar buat kamu, aku akan lakukan. Aku akan lakukan. Apa yang terbaik buat kamu sudah memandai buatku biarpun aku perlu menyimpan semua perasaan aku sendiri. Bahagia itu milik kamu meskipun bukan aku di sisi kamu. Bahagia itu buat kamu meskipun aku hanya mampu melihat dari jauh. Bahagia kamu adalah segalanya buatku biarpun hatiku perlu dibiarkan sepi sendiri. Doa aku sentiasa mengiringi setiap langkah kakimu, setiap ruang waktumu dan setiap kesedihan kegembiraan kamu.
Aku menyayangi kamu. Benar benar menyayangi kamu...

Selamat Hari Lahir Cinta Hatiku

Moga harimu sentiasa tenang dan indah

***********