Tuesday, August 28, 2018

Sesuatu bukan milik kita

Assalammualaikum...

Aku di sini lagi dan lagi tatkala hati rapuh dan perlukan sesuatu untuk berbicara. Aku meluahkan dengan cara aku sendiri. Tiada siapa yang mahu mendengar, aku meluahkan di sini agar aku mampu terus bertahan dari hari ke hari. Air mata aku deras mengalir tatkala ini. Aku terasa begitu jauh dengan diri aku sendiri. Aku seolah-olah tidak kenal senyuman aku sendiri sedangkan aku butuhkan semuanya untuk aku berjuang buat diri sendiri. Aku rindu senyuman aku sendiri. Aku rindu gelak tawa aku. Aku rindu untuk merasa semuanya indah biarpun hati aku menangis. 

Aku tak tahu apa akan jadi pada esok hari. Aku akan berjumpa dengan dia untuk beri dengan niat yang sebaiknya. Aku seolah-olah cukup mengerti apa yang dia sampaikan sebentar tadi. Andai aku undurkan diri, mungkin dia akan kembali pada mereka. Mereka yang lebih memerlukan dia. Mungkin juga esok hari untuk aku melepaskan sesuatu yang bukan milik aku. Sesuatu yang bukan kepunyaan aku. Allah cuma pinjamkan sementara buat aku merasa bahagia seketika. Ada sebab mengapa semua ini terjadi. Aku takkan luputkan kasih sayang yang ada. Aku cuma simpan ia agar menjadi kekuatan aku sendiri. Agar jadi penyebab kenapa aku bertahan hingga ke tahap ini. 

Aku berdiri dengan niat yang Allah saja yang tahu. Masa aku mungkin belum sampai untuk aku merasai, tapi janji Tuhan itu pasti masa itu akan tiba dengan sendirinya. Sabar dan aku akan lalui semuanya dengan cara yang berbeza. Pasti.
Melepaskan benda yang paling kita sayang, itu satu pengorbanan. Pengorbanan yang pada hakikatnya perit dan deritanya Tuhan saja yang tahu. Andai itu untuk kebaikan semua orang, andai itu cuma pengorbanan kecil aku untuk Tuhan. Apalah sangat dengan apa yang Allah beri pada aku selama 26 tahun ini. Nikmat dan pinjaman yang terlalu banyak untuk diungkap. Cuma aku tidak bersyukur dengan apa yang ada. Aku rasa cukup kerdil dan berdosa. Aku perlu berubah. Berubah dari segala persepsi dan tanggapan aku pada Tuhan. Buka minda dan hati aku seluasnya agar tiada tertutup untuk apa-apa. Berfikiran sebaiknya dan bersangka baik pada Tuhan. 

Bersangka baik pada Allah.
Bersangka baik pada Allah.
Bersangka baik pada Allah.

Moga aku terus kuat dan kuat untuk menempuh kehidupan.


Love, fnayzd ❤ 

Friday, August 17, 2018

Selamat Ulangtahun Aku

Assalammualaikum .

. . . . . .

Tanggal 17 Aug hari ini. 
Lahirnya seorang aku pada 26 tahun yang lepas. 
Seorang puteri sulung buat ibu dan ayah yang melengkapi rumah tangga mereka. 
Hari ini aku sendiri di dalam kamar mengisi hari aku yang bersisa beberapa jam lagi.
Lewat di kamar ini aku menyendiri dan mencoretkan kisah aku di sini.
Dunia mengajar aku erti memahami yang kita ini tidak punya kuasa apa apa melainkan DIA yang Maha Agung dan Berkuasa. Kita hanya mampu merancang tapi DIA menentukan segalanya. 
Alhamdulilah. 
Aku bersyukur masih diberi kesempatan selama 26 tahun untuk terus hidup dan menikmati pinjaman Tuhan buatku hingga hari ini. Biarpun aku ingin mengalah dan berputus asa tentang kehidupan aku, namun Tuhan masih sayangkan aku untuk melihat dunia ini lebih indah dari jangkaanku.
Mungkin tiada lagi 17 Aug buat aku pada tahun hadapan,
Mungkin juga tiada lagi manusia yang sama seperti aku yang punya nama mirip, tarikh dan masa dilahirkan serupa, perwatakan yang sama atau wajah yang seakan akan serupa aku.
Tiada. 
Kerna Tuhan mencipta kita berbeza beza.
Kerna DIA Maha Agung lagi Bijaksana.


Love, fnayzd ❤


Friday, August 10, 2018

Kau Takkan Tahu

Assalammualaikum 

. . . . . .

Apa yang perlu aku katakan?
Sayang, kau takkan tahu apa yang berlaku. 
Apa yang bermain dalam hati dan fikiran aku.
Kau cinta hati aku. Tapi hanya dari jauh.
Apa yang berlaku pada aku, kau tetap takkan tahu.
Bukan kau ada di depan mata aku.
Bukan kau tahu apa yang sedang berperang dalam fikiran aku, hati aku.
Aku cuba untuk keluar dari semuanya biarpun aku sendiri.
Aku semakin berani untuk berjalan sendiri dan tidak memerlukan orang lain.
Aku cuba untuk buang semua harapan dalam diri.
Kelemahan aku pendamkan.
Kelebihan aku campak jauh dari sisi.
Setiap hari, aku sentiasa bermimpi kau tersenyum jelas di depan mata aku.
Pabila mata di buka, senyuman itu hilang dari pandanganku.
Tiada susuk tubuh yang aku rindukan.
Tiada kata-kata indah yang diluahkan dari bibir kamu.
Tiada ketawa kamu, tiada senyuman kamu. 
Aku mati di dunia nyata.
Aku bahagia di dunia tidurku.
Ia berlaku setiap hari, setiap lena aku.

Aku yakin.
Allah temukan aku dengan kamu bersebab.
Allah jauhkan kamu dari aku juga bersebab.
Tatkala rindu ini tak mampu untuk aku bendung, tatkala itu aku berdoa buat kamu.
Aku cuba jarakkan diri pada kamu, hanya kerna aku tahu aku bukan pilihanmu.
Tapi aku tahu aku cinta kamu.
Biarkan aku begini.
Biarkan aku sendiri.
Bahagialah kamu tanpa aku.

Aku redha dengan semua ini.
Aku redha. 
Aku redha.


Love, fnayzd ❤



Wednesday, August 1, 2018

JIwa aku separuh mati

Assalammualaikum

. . . . . . . . 

Lama aku meninggalkan cerita yang meniti hari-hari aku. Aku rasa jiwa aku separuh mati. Tiada apa yang tinggal. Tiada rasa yang hadir. Tiada warna yang menceriakan. Tiada teman untuk meluahkan. Tiada tempat untuk aku berkongsi. Jiwa aku benar benar mati. Akal aku mati. Hati aku turut merasai benda yang sama. Membisu dan membatu. Tiada darah yang mengalir. Tiada warna merah. Tiada warna apa pun yang mewarnai. Aku mungkin kehilangan separuh hati aku. Aku kehilangan separuh jiwa aku. Aku hilang separuh senyuman aku. Aku hilang separuh tawa aku. Aku hilang semua yang aku ada. Aku hilang keceriaan yang aku ada. Aku rasa jasad aku masih kekal namun jiwa aku melayang jauh. Jiwa aku mati seolah olah koma. Tiada nyawa tiada perasaan apa apa. Akal jahat aku sentiasa berniat untuk telan pil tidur. Agar akal aku tidak berfikir. Agar hati aku tak punya rasa apa apa. Aku menangis seperti orang kurang siuman meluahkan pada Illahi. Setiap hari setiap malam tanpa ada tertinggal. Senantiasa airmata menjadi sahabat sejati. Kosong, Kosong, Kosong. Aku lupa tentang diri sendiri, Makan minum dan semuanya. Tiada siapa lihat pengorbanan yang kau lakukan, tapi mereka akan lihat kesilapan kau biarpun sekecil zarah. Aku ingin pergi jauh dari semuanya tanpa ada siapa kenal aku. Aku takkan menyakiti sesiapa. Aku tidak akan menyusahkan sesiapapun. Susah senang perit dan sakit biar aku sorang yang tanggung sendiri. Itu lebih baik. Baik dari segalanya. Aku mendoakan Allah melindungi mereka yang aku cintai. Sampai bila mataku tertutup rapat, hilanglah segala kepayahan mereka tanggung hanya kerana aku. Sampai satu masa nanti. Masa itu tetap akan tiba. Aku mohon maaf buat kamu yang membaca di setiap keterlanjuran kata, kekasaran yang menguris hati sepanjang kamu mengenali aku menyayangi aku. Aku tetap aku. Kesilapan aku, maaf sejuta kali daripadaku. Moga kau berbahagia selalu tanpa aku. Allah akan pelihara dan jagakan kamu. 


Love, fnayzd ❤