Friday, December 11, 2020

Shooting Day!

 Assalammualaikum..

Hai guys.. Sekarang ni aku dalam kereta sedang menunggu si dia shooting dari pukul 4 petang tadi.. Best thing ever sebab dapat teman dia even tak boleh masuk dalam kan.. But i dah record dari luar! Eheheh. Berjam jam juga tunggu dari pergi toilet nak kencing smp dah balik dari isi minyak then dia tak habis lagi.. Shooting kan of course lama wey.. Dia nampak penat.. Yelaa ktorg dari jauh harini then shoot terus ke sini.. Dia pula yang drive, aku pula dok tidur dalam kete.. Dengan hujannya lagi otw balik kan.. 

But as long as dia okay dan ada depan mata.. Aku happy dah.. 

Hai sayang, i just wanna say thank you for your time, your effort, your love and everything that you done for me.. i tahu kadang kadang i jadi terlalu sensitif dan terasa hati dengan u.. I bukan nk fikir negatif atau buruk dengan u.. i cuma nak perhatian dan masa u.. itu saja.. Bila i terasa, i cuma nak u pujuk i.. Bercakap dengan i, ambil hati i.. I tahu u lebih dekat dgn famili u dari i.. Jumpa i pun sekejap2.. But i really appreciate segala apa yang u buat.. I tahu bukan mudah berada di tempat u.. i need u.. Thats why i selalu cuba untuk tidak kusutkan kepala u dengan benda benda remeh.. i sentiasa doa buat u tanpa henti setiap hari.. i berharap u memerlukan i sebagaimana i memerlukan u untuk melengkapi segala kekurangan yang ada pada i.. Bagaimana i cuba untuk memahami u, i berharap u memahami i juga.. i tak minta apa yang u ada sekarang, u lebih mengerti dan memahami apa yang i mahu dan perlu daripada u.. 

Andai soal harta dan wang ringgit, u lebih tahu adakah itu yang i pandang dekat u selama ni.. Bukan itu pun kan.. Kita kena selalu berkomunikasi dan bercerita apa yang kita hadapi untuk pastikan kita saling memahami antara satu sama lain.. Berterus terang.. Itu cara yang lebih mudah kan.. Fikir positif dan sentiasa tahu untuk mengatasi situasi kita berdua.. U tahu sayang i pada u sekuat dan sedalam mana.. Seikhlas mana yang cuba i tunaikan dan lengkapi u.. I harap u tak pernah lupa i walau apa pun yang berlaku nanti.. Okay sayang..

I nampak u dah keluar dari rumah.. Dah habis shooting ker tu? Nampak macam dah..  Okaylah daaa semua.. Jumpa lagi nanti.. Tata! 

Tuesday, November 24, 2020

Hujan Lebat

 Assalammualaikum...

Malam ini hujan turun dengan lebat diiringi bunyi yang menenangkan.. Saat hujan melabuhkan tirai adalah waktu yang terbaik kamu memanjatkan doa terhadap Illahi dengan segalanya yang dihajati..

Aku rindu... Rindu pada keluargaku.. Tersangat rindu... Berbulan bulan lamanya aku tidak bertemu mereka... Airmataku mengalir sama seperti lebatnya hujan turun membasahi tanah ketika ini.. Rindu yang tak mampu terungkap... Rindu yang buat aku rasa sunyi dan sepi...

Di ruang kamar ini, aku menangis sepuasnya.. Aku ingin meluah namun tiada siapa yang ingin mendengar... Aku menyatakan rindu namun tiada balasan... Aku juga merindui kamu.. Kamu. Adakah kamu menyedari itu? Biarlah semuanya berlalu sepi.. 

Aku mampu bangkit sendiri seperti kebiasaannya...

Buatlah apa saja yang membahagiakan diri dan hidupmu... Selamat malam... 

Sunday, November 15, 2020

My Two B

 Assalammualaikum

Hai All. 

Malam ni kepala aku agak pening, tak tahu ler kenapa tiba tiba.. Masuk angin agaknya nih.. Okay btw aku berada disini malam ni bukan untuk cerita pasal kepeningan aku but tentang My Two B.. Ehehe

My Two B tu adalah gabungan B antara Bella and Berry.. Comel kan nama tu.. Berry dan Bella merupakan dua ketul kebahagiaan dan pengikat antara aku dan dia.. Eceh.. Actually sangat rare sebab dalam Malaysia mungkin hanya kitorg memilik sesuatu yg sama dengan nama juga sama.. Aku bahagia bila lihat dia bahagia.. Aku berduka bila lihat dia terluka.. Bak kata pepatah “Cubit peha kanan, peha kiri turun terasa” Begitu juga apa yang aku rasa bila dia rasa kurang senang.. Biarpun aku jarang jumpa dia, jarang tahu apa yang dia lalui sama seperti dia juga yang jarang tahu apa yang aku hadapi.. Masing masing punya perasaan dan hal sendiri yang kadang kala tak mampu terluah cuma berharap orang akan memahami..

Kehadiran Berry bukan secara tidak sengaja namun kehadirannya adalah diibaratkan tidak menyangka.. Kami berusaha segigihnya untuk menanti kehadirannya biarpun pada mulanya bukan Berry yang kami mahukan.. Berry muncul di saat si dia mula berputus asa dengan hobi dan aktiviti yang buat hatinya gembira dan tenang.. Dia bagaikan hilang arah dan cukup berputus asa.. Aku terdiam aku terkesima.. Mengapa dan kenapa hatinya begitu terusik bila kami gagal mendapatkan “itu” sebelum kemunculan Berry.. Aku terpukul dengan kata katanya seolah olah dia mahu berhenti melakukan apa yang dia sangat suka dan bahagia.. Entah mengapa, waktu itu airmata aku mengalir.. Aku merasakan aku gagal membantunya ketika itu.. Meskipun aku merasa gagal waktu itu, hatiku terdetik mengapa aku tidak berusaha lagi keras dan kuat untuk bantu dia bangkit kembali.. Aku perlu keluar daripada rasa gagal itu dan cari jalan bagaimana aku mampu membantunya dengan sedaya upaya kudratku... Aku mengatur langkah dan strategi apa yang perlu apa yang tidak.. Aku cuba memujuk dia agar sama sama bantu aku untuk mendapatkan “itu”. Aku cuba pulihkan semangat dan kekecewanya.. Aku benar benar ingin dia terus berusaha dan tidak putus asa.. Aku ingin dia merasa bertapa indahnya sabar itu.. Bertapa lumayan ganjarannya bila kita miliki.. Bertapa hebatnya bila berusaha dan tidak putus asa.. Aku cuba aku cuba au cuba dan akhirnya aku berjaya!

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Aku rasa sangat bersyukur bila dapat khabar yang kami bakal memiliki Berry dengan tidak disangka sangka.. Begitu cepat dan pantas masa berlalu waktu itu.. Segala prosedure dan segala syarat syarat untuk memiliki Berry dipermudahkan dengan sangat lancar tanpa ada sedikitpun halangan..

Tanggal 1 Julai 2020, merupakan tarikh keramat kami memiliki Berry sepenuhnya.. Gambaran perasaan aku ketika itu, bahagia dalam tangisan.. Aku selitkan doa dan lafaz di saat aku menempuh prosedure memilikinya.. Hati kecilku rasa ingin menjerit kerna terlalu gembira.. Tubuhku seperti ingin memeluk si dia untuk menandakan yang kami dah berjaya! Kita berjaya! Kita berjaya miliki Berry! Kita berjaya akhirnya biarpun berhempas pulas kita berusaha dengan keringat, airmata, kekecewaan muncul pada masa yang sama.. Alhamdulillah!

Harini juga Bella sembuh sepenuhnya setelah hampir setahun injured dan tak mampu bergerak.. Aku rindu sangat dengan Bella! Tersangat sangat.. Bella kunci hubungan antara aku dan dia.. Jikalau bukan kerana Bella, mungkin saja aku tidak akan pernah kenal dia seutuhnya.. Hai Bella, nanti kita jumpa ya! Rindu!

Berry dan Bella, kalian adalah penguat kasih sayang antara aku dan dia.. Lihatkan dia dan jagakan dia juga buat aku ya walaupun di mana mana kalian berada.. Kalian segalanya buat aku dan kalian jua segalanya buat dia.. Pergilah ke mana saja yang buat kalian mampu cipta memori bersama.. Aku senantiasa mendoakan dari jauh dan berharap aku juga dapat mencipta memori bersama kalian hingga ke akhirnya.. Aaminnn Aamiin Aamiinn

Selamat malam ❤️

Wednesday, November 11, 2020

Nafasku malam ini

 Assalammualaikum...

Hai malamku.. 

Nafas yang cukup dalam aku lepaskan ketika ini.. Entah kenapa.. Di saat jari jemari aku laju menaip, dia ada di depan mata, berbual di telefon dengan rakannya.. Aku tidak tahu mengapa, aku masih rasa aku sendirian biarpun dia ada di depan mata... Aku merasa aku keseorangan saat ini.. Adakah dia nampak aku di depan matanya? Adakah aku tidak mampu membuat dia berhenti dari kesibukan harian dia? Aku cuma dapat melihat, bergurau dan mendengar gurauan dia ketika berjumpa.. Itu pun cuma sekali dua dalam sebulan pada masa 2 atau 3 jam bertemu.. 

Aku bukan mengeluh.. Aku bukan tidak menghargai... Namun, aku ingin rasa yang aku ada di depannya.. Aku bukan mahu mengusutkan lagi apa yang membelenggu dirimu.. Aku bukan ingin menyusahkan kamu dalam apa jua yang menghantui kehidupanmu.. Aku mengerti dan aku memahami yang kamu punya tanggungjawabmu sendiri.. Tanggungjawab yang perlu kau pikul... Tanggungjawab itu amanah.. Andai aku mengenggammu namun jiwamu tiada denganku, haruskah aku menggarimu ketika ini? Aku mendengar hembusan nafas yang berat di setiap degup jantungmu.. Mungkin kau tersepit di antara aku dan tanggungjawabmu.. Biarpun berat hatiku melepaskan kamu sedangkan banyak benda yang ingin aku luahkan dan bercerita, namun semuanya aku tolak ke tepi... Biarlah aku simpan sendiri... Ringan mulut aku bertanya jika kau mahu pulang, sedangkan hatiku menangis ketika ini.. Pulanglah jika itu lebih melegakan.. Untuk apa aku mementingkan diri.. Tiada apa yang aku dapat jika berbuat demikian.. 

Aku hadir dalam hidupmu bukan untuk menyakiti dan menambahkan lagi bebanmu.. Aku hadir hanya ingin meringankan, melegakan dan buat bibirmu tersenyum setiap kali mendengar suaraku, setiap kali melihatku.. Setiap kali namaku muncul dan wajahku terpancar di ingatan kamu.. 

Setiap kali langkah kakimu dan palingan wajah kamu pergi meninggalkan aku, setiap kali itu juga aku menahan airmata dari berlinangan.. Kerna aku tahu aku perlu serahkan kamu pada realiti yang sebenar.. Aku cuma mampu melihat kamu di mimpi, mimpi yang tiada siapa dapat mengganggu.. Mimpi yang aku mampu memiliki kamu sepenuhnya.. Berbicara apa saja tanpa ada halangan.. Ketawa dan bergurau tanpa henti.. Itu cuma hanya ada di mimpiku... Bahagianya perasaanku tatkala kau muncul dalam mimpi itu, aku bangun dengan senyuman.. Ia membuat hariku girang yang terlampau.. Kerna itu aku senantiasa menanti kehadiran kamu dalam setiap mimpiku..

Biarlah biarlah biarlah....

Aku mampu simpan segalanya sendiri... Hampir 5 tahun berlalu dan akan tetap berlalu...

Aku masih mampu mengukir senyuman kini hingga akhirnya nanti ☺️

Selamat malam...


Sunday, November 8, 2020

Kenapa perlu berbohong lagi dan lagi???

 Assalammualaikum...

Di pagi Ahad yang indah, aku mengambil kesempatan mencoret sesuatu yang aku tahu hanya di sini saja tempat aku mampu bercerita dan meluah. Airmata pasti mengalir setiap kali meluahkan segalanya di sini. 

Aku ingin bercerita tentang dia. Ya, blog ini tercipta untuk bercerita apa yang tersimpan di hati kecilku ini. Hanya di sini. Di sini saja tempat aku menulis segalanya. 

Dia masih berbohong denganku sedangkan aku sendiri tidak tahu apa salahnya dia jujur sejujurnya. Aku tidak meminta apa-apa darinya cuma kejujuran. Khamis lepas dia beritahu aku yang dia akan pergi ke Penang bersama rakan-rakan yang lain. Sedangkan dia ke Cameron Highlands, aku sendiri tak tahu kenapa perlu berbohong. Beritahu aku sejujurnya. Aku tidak pernah mendesak, tidak pernah kisah ke mana saja kau mahu pergi. Dengan siapa pun aku sendiri tidak kisah andai kau beritahu dengan sebaiknya. Aku seperti manusia bodoh yang ditipu dibohong bulat2. Perasaannya seperti ditusuk pedang pabila aku tahu kebenarannya. Sakitnya bagaikan nyawa diragut dalam sekelip mata. 

Bukan baru kali ini dia berbohong namun sudah berkali kali tapi aku tidak mahu mencoretkan di sini. Tahun lepas aku masih ingat, dia berjanji untuk tidak berbohong dengan aku di saat aku bergaduh besar dengannya tanpa mahu berbicara berhari hari. Di waktu aku jujur dengannya mengapa pembohongan kau berikan pada aku. Aku fikir dia tidak akan berbohong lagi sejak dari itu. Tapi tekaan aku meleset belaka. Dia masih berbohong denganku lepas daripada itu. 

Aku tahu kebenarannya tapi aku tutupi seperti tidak tahu apa apa. Aku bertanya untuk kepastian namun jawapannya tetap sama. Aku mengerti yang aku tetap akan dibohong selama mana yang aku tidak tahu. Aku sendiri tidak tahu andai bila waktunya dia sebenarnya benarnya jujur dengan aku. Entahlah...

Aku seolah olah seperti tiada apa apa makna dalam hidup dia. Aku senantiasa dalam persoalan, mengapa perlu berbohong denganku? Adakah aku tidak cukup baik untuknya? Adakah aku menggongkong kehidupannya? Adakah selama ini aku cuma sekadar perhiasan dalam hidupnya? Adakah aku tidak layak mendapat sesuatu penghargaan yang sebenar benarnya darinya? Aku ingin didengari olehnya. Aku ingin dihargai darinya. Aku ingin menjadi orang yag pertama dia cari untuk bercerita berkongsi meluahkan apa saja cerita gembira dan sedih. Tapi bukan aku.

Aku menjadi orang yang terakhir tahu. Aku menjadi orang asing dalam kehidupannya. Siapakah aku dalam hidupnya? Siapakah? Siapakah?

Ia tetap akan berterusan tanpa akhirnya. Jika ini saja yang aku perlu terima, biarlah aku buat haluan sendiri tanpa bertanya apa apa. Tanpa mengambil berat apa apa. Tanpa mengambil tahu tentang kehidupannya. Biarkan saja aku jalani hari hari aku dengan syukur seadanya. Cuma satu yang bakal aku takuti, di saat aku senantiasa memaafkannya di atas pembohongan itu mungkin saja rasa sayang itu bakal pudar hari demi hari. Aku sendiri tidak tahu. 

Aku tidak cukup sempurna dan baik untuknya mungkin. Kerna itu dia tidak berkata jujur denganku. Mungkin saja aku bukan wanita yang mampu memberi apa saja yang dia mahu, kerna itu dia berkelakuan sebegitu rupa denganku. Aku sudah cuba sedaya upaya dari kudrat yang ada memberi lebih dari kemampuanku. Aku mengikat perut dan simpan impian hanya untuk memenuhi impiannya. Hanya untuk berkongsi dan meringankan bebannya. Aku pendam dan simpan segalanya. Dia tidak pernah mengetahuinya. Aku bersusah sendirian. Aku simpan segalanya sendiri. Tanpa pengetahuan dia tanpa pengetahuan keluargaku. Apa yang aku tanggung. Apa yang aku lalui hari hari. 

Aku ikhlas lakukan itu demi melihat dia bahagia dan senyum gembira. Namun aku dibalas sesuatu yang mungkin aku layak menerima suatu penghargaan darinya. Biarlah..

Tuhan lebih mengerti segalanya. Apa yang aku tahu apa yang tidak. Aku serahkan diriku segalanya untuk lalui hariku dengan gembira tanpa simpan apa apa. In shaa Allah. Aku bersyukur seadanya....





Sunday, November 1, 2020

Wahai Diriku...

 Assalammualaikum...

Genap 2 bulan tanpa coretan.. Seperti kebiasaannya, inilah tempat di mana aku mampu meluahkan segalanya tanpa ada keraguan. Lewat malam ini, aku berada di ruang tamu ingin mencoret sesuatu..Mata aku cukup segar sedangkan kebiasaannya aku akan lelap awal dari waktunya...

Aku merasa ada sesuatu yang mengubah aku dari kebiasaanya. Aku kurang bertanya, aku lebih banyak masa untuk bersendiri. Aku kurangkan berinteraksi dengan social media. Aku banyak memberi ruang untuk senyap dan lalui kehidupan aku tanpa keraguan dan kerisauan. Aku lebih senyap dari kebiasaan. Aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku dalam diri aku ketika ini. Depress ke aku? 

Jika sebelumnya, aku sering mengambil berat tentang orang lain lebih daripada diri aku sendiri.. Aku lebih banyak bertanya, aku lebih kepada ingin tahu apa saja yang mengganggu emosi dan diri mereka.. Biarpun tanpa tindak balas dari mereka, aku tetap akan cari mereka. Namun kini, semuanya seolah-olah tiada lagi.. 

Bukan aku cuba menjauh ataupun menjarakkan diri daripada sesiapa saja, tapi aku merasa seolah-olah perasaan itu kosong dan aku sepertinya kehilangan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya...

Aku tidak mampu menjelaskan apa yang terjadi dengan aku...

Tiada siapa yang tahu, tiada tempat aku meluahkan...

Aku hanya mampu berbicara dengan ALLAH. 

Aku bergelut dengan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu puncanya..

Sakit dan peritnya, aku yang menanggung...

Pulanglah diriku... 

Di mana kau berada? Aku butuh kamu untuk bangkitkan aku kembali...

Pulanglah... Pulanglah...


Monday, August 31, 2020

Kesungguhan dan Keikhlasan Dia

 Assalammuaalaikum...

Lama blog ni sepi tanpa berita.. Aku ingin mencoretkan sesuatu untuk si dia... Dalam keadaan aku yang kurang sihat, aku tak mampu untuk berjumpa dia... Badan aku lemah... aku tak larat... Aku tidak mahu dia melihat keadaan aku sebegini...

Dia hadir malam kemerdekaan hanya ingin melihat keadaan aku... Ya Allah sungguh aku tidak menyangka dia bersungguh dan sanggup sebegitu    Aku mampu merenung dr luar jendela sambil menitiskan airmata... Ya Allah, aku melihat dia... Seperti dalam mimpi... Mimpi yang menjadi kenyataan... Bila mana aku ingin dia berada di sisi di saat aku butuhkannya... Aku fikir dia cuma bergurau... Sedangkan dia ada dgn aku... Melihat aku biarpun di luar.... Aku tertidur hingga lamanya dia berada di bawah... Hingga aku tersedar sekali lagi dia menelefon aku... Mungkin dia fikir kenapa aku tidak mahu berjumpa dengannya... Ya Allah, andai dia tahu aku selemah mana... Andai dia tahu keadaan aku tidak terurus seperti apa...

Fikirannya bercelaru.. Hatinya terasa yang teramat... Terguris... Maafkan saya... Saya sayang awak selamanya..... 

Tuesday, June 2, 2020

Jangan tinggalkan saya

Assalammualaikum..

Hai..Malam ni aku ingin coretkan sesuatu..Airmata aku mengalir di saat si dia meluahkan sesuatu.. Entah mengapa..hati aku cukup sayu dan pilu.. Aku merasa aku bakal kehilangan sesuatu yang amat penting dan paling berharga dalam hidupku... Dia mengatakan andai dia pergi dulu, dia mengharapkan aku mengambil harta kepunyaan dia yang aku kongsi bersama-samanya... Airmata aku jatuh serta merta... Kerna aku tahu aku tidak dapat bayangkan hidup aku tanpa dia pada waktu itu... Jika aku kehilangan dia, mampukah aku meneruskan hidupku? Sanggupkah aku lalui hari hariku tanpa dia disisi? Kuatkah aku untuk menerima ketiadaan dia dalam hidupku? Aku benar benar tahu aku tidak mampu menghadapi semua itu... Aku tidak akan mampu...

Awak takkan tinggalkan saya kan? 
Awak akan selalu ada dengan saya kan? Biarpun saya tahu ajal maut jodoh serta perpisahan ini adalah ketentuan Allah... Namun, saya tahu saya takkan mampu menerima kehilangan awak dalam hidup saya... Bagaimana saya dapat teruskan hidup tanpa awak? Bagaimana keadaan saya nanti? Siapa yang akan teman saya? Siapa yang mampu ganti awak dalam hati dan hidup saya? Takkan ada siapa mampu menggantikan awak... Awak perlu ada dengan saya... Awak perlu sama sama jalani hidup awak dengan saya... Susah senang pahit manis kita lalui sama sama... Jangan tinggalkan saya...
Jangan tinggalkan saya...... 
Saya perlukan awak sentiasa disisi saya...
Saya takkan kuat hadapi semua tu....
Saya butuhkan awak dalam hidup saya....

Sunday, May 31, 2020

Luahan Hati Si Dia

Assalammualaikum...
Hai! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin! Hampir seminggu lebih kita sambut raya. Tapi tahun ni raya tak seperti tahun-tahun yang lain. Beraya tahun ni aku cuma berdua dengan rakan baikku. Kami tak dapat balik beraya bersama keluarga disebabkan coronavirus yang masih berleluasa. Berkorban tahun ini untuk putuskan rangkaian virus yang semakin lama semakin merebak. Aku tetap bersyukur masih mampu melihat wajah mereka di pagi raya dan hari hari yang mendatang. In shaa Allah. Biarpun mata dah cukup bengkak waktu tu menangis disebabkan terasa kosong aku beraya tanpa keluarga disisi. Aku tetap bersyukur dengan nikmat-Mu. Ya Allah, kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku, adik adikku dan mereka yang aku sayang agar aku dapat berjumpa dan memeluk mereka seeratnya. 

Harini aku ingin bercerita tentang dia. Si dia yang sentiasa menjadi pelengkap diri aku selama beberapa tahun ini. Sungguh banyak yang kami lalui, namun aku tetap berjanji untuk tidak berputus asa dengan dia, aku dan juga ikatan ini. Bukan mudah tapi aku sentiasa memandang di sudut yang positif untuk memastikan kami saling memahami dan melengkapi diri masing masing tanpa menyimpan dendam tanpa menyakiti hati berdua. Ikatan yang terjalin bukan hanya atas dasar cinta dan kasih sayang tapi perlu memahami apa yang dilalui dan memberi kebebasan untuk dia terbang ke mana saja agar dia gembira dan bahagia. Sakit perit dia adalah derita buat aku. Jika aku tidak mampu membantu dan bangkitkan dia dari kesakitan itu, apa gunanya aku dalam hidup dia? 

Selang beberapa hari lalu, aku berkesempatan untuk berjumpa dan melihat wajah polos itu. Rindu. Aku tersangat rindu untuk melihat senyuman dan mendengar suara dia memanggil aku. Hati aku menari girang. Jantung aku berdengup sambil mengikuti rentak alunan lagu kegemaranku tatkala melihat dia berada di depan mata. Excited dia hanya aku saja tahu walaupun aku cuba untuk mengawal diri di depannya. Sedangkan waktu aku ingin melonjak girang dan memeluknya serta merta. 

Raut wajah itu menyimpan seribu satu cerita yang tidak terluah. Aku yakin dia cukup tertekan dan butuh waktu untuk bertahan dan terus bertahan. Tidak pernah sekalipun aku melihat dia sebegini rupa. Hati aku menangis. Wajah itu tidak seceria selalu. Raut wajah itu kosong tanpa senyuman seperti sebelumnya. Apa yang boleh aku buat sayang untuk membantumu? Apa yang dapat aku lakukan untuk kembalikan senyumanmu? Aku ingin kamu senyum dan kembali seperti sedia-kala. Aku akan berusaha keras untuk memastikan kamu tidak jauh dari dirimu sendiri. Aku tidak ingin kau berputus asa dengan semua ini. Aku akan membantumu sayang. 

Di saat dia meluahkan segalanya tanpa henti, aku tahu cukup berat baginya memendam dan menyimpan segalanya sendiri. Aku benar benar tidak mahu dia berhenti dengan hobi kegemarannya. Aku tidak mahu sekali dia berputus asa dan berhenti untuk menggembirakan dirinya. Aku tidak ingin dia hilang tersasar jauh dari dirinya sendiri. Aku tidak mahu itu. Aku tidak mahu. Aku benar benar perlu bantu dia untuk bangkit dan kembali seperti dulu. Aku perlu lakukan sesuatu dengan apa cara sekalipun. Aku akan berusaha sebaiknya untuk memastikan semua itu. 

Sayang.
Andai suatu hari nanti awak berkesempatan baca blog ni, saya harap awak benar-benar tahu yang saya cukup menyayangi awak. Saya hadir dalam hidup awak bukan hanya ingin berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan awak semata namun saya ingin berkongsi sakit perit yang awak lalui. Saya ingin menjadi pendengar setia dan menjadi sayap untuk awak terbang bebas ke sana sini. Sayap yang mampu beri kebebasan dan ketenangan dalam diri awak. Sayap yang sentiasa ada buat awak tanpa mengira saat bahagia dan deritanya awak. Sayap yang sentiasa ada hanya untuk awak. Saya ingin awak kembali seperti dulu. Saya ingin cinta hati saya yang bangkit dari kesukaran ini. Saya ingin awak kembali memberi senyuman yang menjadi rama-rama di taman hati saya. Saya yakin awak mampu bangkit dan bertahan untuk diri awak. Saya ada sini. Saya sentiasa ada di sisi awak. Kita lalui dan hadapi sama sama ya. In shaa Allah semuanya akan kembali seperti sedia kala. Aamiinn..

Saya sayang awak hingga ke akhirnya.


Love, fna 💋

Monday, March 23, 2020

Jawapan untuk kepastian itu

Assalammualaikum

Haii..
Hari ke Enam aku kuarantin di rumah
Aku sudah temui jawapan di sebalik tingkah laku dia semalam. Segalanya berpunca dari aku yang turn off data kelmarin malam. Dia marah dan tak suka membawa kepada perbalahan lagi dan lagi. 
Sayang,
Andai awak tak suka dan marah, kenapa tak beritahu sebetulnya?  
Awak buat saya terfikir seolah olah saya yang tak sudi bantu awak. 
Saya tak mencari salah siapa. Saya bukan nak bergaduh dengan awak. Bukan nak bermasam muka dengan awak. Saya cuba nak selesai sebaiknya. Andai cara begini hanya lebih buat kita makin jauh, itu ke yang awak mahukan? Saya tahu awak miliki apa yang awak ada. Jika ketiadaan saya, semuanya takkan beri kesan pada awak.
Saya hanya orang baru yang hadir dalam kehidupan awak. Pentingnya saya mahupun tidak dalam kehiduppan awak, hanya awak saja yang tahu. 

Diari ini adalah luahan yang saya huraikan untuk diri saya sendiri tatkala tiada tempat untuk saya menulis dan bercerita. 

Hujan lebat di luar seperti mengiringi perasaan dan situasi aku di kala ini.
Airmata mengalir. AKU RINDU.  Aku rindu untuk jumpa mereka yang aku sayang. 
Sunyi dan sepi yang aku rasakan sekarang ni.  
Jauh dari mereka untuk melepaskan rasa pilu ini. Jauh dari mereka untuk aku biarkan rasa sedih ini berlalu pergi. Pada siapa yang dapat aku luahkan? Aku keseorangan saat ni. Aku sendiri. 
Siapa yang mampu sudi dengar?

Panas badan aku masih belum kebah, tekak terasa perit.
Aku bernafas tak seperti selalu. Aku berharap tiada apa-apa yang mengaitkan aku dengan virus ni.
In shaa ALLAH, aku akan baik-baik saja. 

Aamiinn


Sunday, March 22, 2020

Kenapa dengan kamu?

Assalammualaikum 

Hai
Sebulan lebih diari ni sepi tanpa apa-apa. Harini merupakan hari kelima rakyat Malaysia di kuarantin. Fikiran tak tahu macam mana celarunya. Duduk di rumah cuba buat apa yang patut tapi masih rasa sesuatu yang hilang. Semalam aku sempat jumpa dia buat seketika. Bersua muka, makan bersama dan beli barang keperluan rumah. Dia berbelanja itu dan ini buat aku untuk pertama kalinya. Bahagia dan gembira hanya Allah saja yang tahu. Aku senyum melihat dia cari barang dapur untuk keluarga. Nasib kiranya topeng muka ada melekat di muka, jika tidak mesti dia nampak aku senyum tidak berhenti pabila melihat dia. Bakal malu dan segan aku dibuatnya nanti. Biarpun masa terluang cuma seketika buat aku dan dia, aku bersyukur dan sangat sangat gembira. Hati riang bila melihat dia di depan mata. Jarak memisahkan kita, waktu dipinjamkan sekejap buat kita. Namun, aku tidak akan pernah berhenti menyayangi kamu.

Sayang,
Aku merasa sesuatu yang menganggu kamu ketika ini. Aku tidak tahu apa yang kamu lalui. Kamu senyap tanpa membalas apa-apa pesananku. Puas aku meninggalkan pesan berbelas belas tapi kamu tetap menyepikan diri. Sedangkan aku melihat kamu 'online' di whatsapp. Apa yang merunsingkan kamu, sayang? Apa yang membebankan kamu dikala ini? Adakah ia berpunca daripada aku?
Hati aku tidak tenang. Hati aku runsing memikirkan kamu.
Jika diikutkan hati, aku ingin sekali buat panggilan dan menanyakan keadaan kamu. Tapi aku berfikir sejenak, mungkin kamu butuh waktu bersendiri. Mungkin kamu butuh waktu untuk bertenang dan menyelesaikan apa yang perlu. Aku mendoakan segala urusanmu dipermudahkan.
Biarlah aku menunggu kamu  dan mendoakan yang baik baik buat kamu. 

Itu yang mampu aku lakukan saat ini.

Maafkan aku.  

Tuesday, February 18, 2020

Cinta Sejati

Manakala hati menggeliat mengusik renungan
Mengulang kenangan saat cinta menemui cinta
Suara sang malam dan siang seakan berlagu
Dapat aku dengar rindumu memanggil namaku
Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian
Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu
Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku
Sukmaku berteriak menegaskan kucinta padamu
Terima kasih pada Mahacinta menyatukan kita
Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh sukacita
Sehingga siapa pun insan Tuhan pasti tahu
Cinta kita sejati
Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian


Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh…

Sunday, February 16, 2020

Marry Me...

******

We ran out of time now
Trapped in the wind now
No change when the fate came
I'm running like hell
I wrote black and blue
But I see, all bloody red

It shouldn't be like this
Now not the ending
Show me your love, love, love
It might be the end
But I'm not losing you now

Marry me...
Marry me...
Stay with me...
Live with me...


******


Saturday, February 15, 2020

Weekend ini

Assalammualaikum

Happy Weekend!

Weekend minggu ni aku stay dekat rumah memandangkan perut cramp and sengugut. 
Lagipun bulan ni tak berapa ada. So diri sendiri kena faham faham la kan. But tapeee. Rezeki Allah tu luas. In sha Allah aku boleh bertahan lagi beberapa minggu.  Kadang kadang kita tak mampu nak luahkan pada manusia apa yang kita rasa sebab mereka mungkin tak mahu mendengar pun apa yang kita nak sampai dan luahkan. Paling aku yakin dan pasti apa apa yang aku luahkan pada Allah mesti tiada kekecewaan, sentiasa didengar dan diberi peluang. 
Aku berpegang pada satu. Segala yang aku lihat, aku dengar, aku rasa ini adalah pinjaman semata mata. Sama juga dengan mereka yang aku sayang. Mereka adalah pinjaman Allah buat aku. Aku tak mampu buat mereka sentiasa ada dengan aku. Aku tak mampu buat mereka sayangkan aku. Aku tak mampu buat mereka faham dan dengarkan aku. Kerna mereka cuma manusia. Manusia yang punya hati yang boleh berubah rubah. Jiwa yang meronta. Fikiran yang bisa fikir apa saja. Aku tak mampu genggam atau gari mereka. Aku tak mampu kerna aku juga manusia. 
Manusia yang lemah. Manusia yang memerlukan pertolongan Allah.
Tiada tempat lain yang mampu aku luahkan segalanya, hanya pada-Nya.
Aku berserah. Aku berserah. Aku berserah.

Doa itu adalah penawar. 
Penawar bagi setiap suka dan duka.
Penawar bagi hati yang terluka.
Penawar bagi jiwa yang bahagia.
Penawar bagi ketenangan yang abadi. 

Moga aku kekal tenang sebegini hingga ke akhirnya.
Moga aku kekal sebegini hingga menutup mata.

Aamiinnn

***

Tuesday, February 11, 2020

Awak rindu siapa?

Assalammualaikum

Hai Semua.
Harini aku mencuri masa di ofis nak menulis blog bila aku terbaca status dia pagi tadi. 
Aku tertanya-taya siapakah yang dia rindu saat ni.
Dia senyap since semalam tanpa bertanya apa-apa dengan aku.
Tade call, tade apa apa pun.
Hmmm..
Awak dah tade hati dengan saya?
Awak memang tak perlu saya ke dalam hidup awak?
Awk menyepi seolah-olah kita cuma kawan biasa. Sedangkan kita sudah bertahun-tahun lamanya.
Mungkin juga awak dah bosan dengan saya. Mungkin jua saya bukanlah lagi orang yang boleh buat awak bahagia sekarang ini. 
Siapa yang awak rindu harini?
Tentulah bukan saya kan. Orang lain kan.

Kuatkan aku, Ya Allah untuk lalui hari hari aku sendiri.
Hanya Kau tempat aku mengadu biarpun beribu-ribu airmata aku mengalir setiap kali aku bersujud padamu. 
Aku doakan yang terbaik buat dia. Kau lindungilah dia selalu. Jagakanlah dia buatku.
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala-galanya.
Aku redha dengan jalan ini. 

***********


Thursday, February 6, 2020

Aku merindu...

Assalammualaikum

Hai. Jumpa lagi kita. 
Aku baru balik dari kerja. Sampai rumah lebih kurang 20 minit yang lepas.
Hati nak menulis hati nak bercerita. Hati nak menangis kerna sakitnya merindu dan dibiarkan sepi.
Blog ni menjadi diari aku saat ini. Pengganti diari yang sebelumnya adalah sebuah buku. Meluah apa yang tersimpan di hati biarpun takkan ada siapa baca blog aku ni. Takkan ada siapa tahu blog ni. Aku mencoret segalanya di sini. Aku menulis segalanya hanya untuk Dia. Dia yang hadir dalam hidup aku beberapa tahun yang lalu. Dia yang menjadi semangat aku bila aku bangun pagi dan dialah mimpi tatkala lena tidur malamku. 

Hampir seminggu dia berdiam diri tanpa sebarang khabar. Sepikan diri dan diamkan aku. Tanpa ucapan. Tanpa berhubung tanpa apa-apa. Aku bangkit pujuk hati, dia punya mereka yang dekat dengannya sedangkan aku jauh dan tiada apa-apa. Ruang aku punya cuma masa. Ruang aku cuma kasih sayang yang ada. Adakah aku gagal membahagiakan dia? 
Adakah aku tidak cukup sempurna untuk dia?
Adakah aku hanya memberi derita dan terluka kepada dia?
Adakah aku benar-benar salah?
Adakah dia sudah membenci?

Aku cuma meluah apa yang terbuku. Kerna sakitnya melihat dia bersama yang lain. Dia punya masa lebih buat mereka. Sedangkan dengan aku cuma seketika, jika bercakap melalui telefon jarang sekali. Whatsapp cuma bila dia ada waktu membalasnya. Jika tidak, dia akan diam membiarkan aku tanpa reply apa-apa.
Apakah aku tiada hati untuk beremosi dan terasa tersisih?
Adakah aku tidak punya perasaan untuk merasa diabaikan?
Aku manusia. 
Aku ingin dimanja, diberi masa dan perhatian, dibelai dengan kasih sayang untuk merasa dihargai dan menjadi wanita yang penting dalam hidupnya. 
Adakah permintaan aku ini satu bebanan buat dia?
Mungkin di fikirannya, aku mengeluh, merungut dan mengganggap dia tidak mampu berikan apa yang aku inginkan.
Adakah ia permintaan yang melampau dariku?

Jika benar, aku mohon maaf padamu.
Aku cuma memberi bebanan hidup buatmu. 
Sejauh mana bencimu kepadaku, sejauh mana bosanmu terhadapku.
Aku tidak pernah berhenti menyayangi kamu. Aku tidak pernah sesekali ingin membencimu.
Cinta aku tidak pernah sedikit berubah biarpun kita sering berselisih fahaman, kita sering menyalahkan satu sama lain, kita sering merasa jauh dalam hubungan ini.
Aku mohon maaf. Maaf buat segalanya.

Ambillah masamu. Berbahagialah kamu.
Aku sudah cukup terseksa menanggung rindu. Aku sudah cukup terseksa bila kau mendiamkan diri tanpa mencari aku. Allah saja yang tahu. Allah lebih tahu apa yang ada dihatimu, apa yang ada dihatiku. Aku takkan seksa dirimu lagi. Jika ini jalan yang buat kamu bahagia, aku akan lebih bahagia.
Maafkan aku...
Aku tidak pernah berhenti mendoakan kamu di setiap sujud siang dan malamku.
Andai airmata ini mengalir memberi bahagia dan senyuman untukmu, aku korbankan hanya buat kamu. Hanya ingin kembalikan senyum itu. Senyum yang buat hati aku bahagia selalu iaitu senyumanmu..
Maafkan aku... Aku tetap menyayangimu selamanya...

***********





Sunday, February 2, 2020

Welcome 2020


**********

Assalammualaikum 

Hai ! Lamanya rasa tak menulis dekat blog ni. Harini 2 February 2020, masuk tahun 2020 dah sebulan. Masih belum ada kereta terbang lagi sekarang ni. Jangan berangan okay. Ahahah. Btw alhamdulillah aku masih di sini dan mampu menulis sesuatu dalam blog ni. Last post is 17th August which means my birthday. Masa tu aku dalam keadaan yang sangat-sangat tidak okay. Aku sendiri tak tahu macam mana nak describe perasaan yang sangat kecewa. Berapa hari menangis sampai aku rasa mata aku ni bengkak tahap dewa. 

Beberapa bulan pun berlalu seperti biasa, kehidupan aku ada pasang surutnya. Menanti menunggu hingga bila aku sendiri tak tahu. Berharap dan terus berharap dalam tangisan dan ketawa tanpa berakhirnya apa-apa. Tanpa ada kata putus yang membolehkan aku yakin dan percaya dengan kata-kata.

Hari ini aku mencari kekuatan untuk tenang dan sabar. Aku buang segala perasaan kecewa yang ada. Aku buang kesedihan biarpun airmata menitis jua. Pinjaman yang Allah berikan iaitu DIA. Dia yang aku ada selain keluargaku. Dia yang aku perlu selain ahli keluargaku. Perasaan sedih yang hadir tatkala masa dia mampu untuk luangkan khas buat orang lain sedangkan aku cuma bayang-bayang. Selepas ini dia juga sudah ada peneman untuk ke sana sini. Mungkin jua aku dilupakan, mungkin jua aku dibelakangkan. Mungkin jua aku tidak dipedulikan. Itu adalah kemungkinan yang bakal berlaku kerna aku tahu ia mungkin akan berlaku.  

Aku beritahu apa yang aku rasa kerna itu hakikat yang aku lalui sepanjang beberapa tahun ini. Aku sendiri tak tahu andai dia mampu menerima apa yang aku perkatakan. Itu kebenarannya untuk apa aku sangkalkan. Itu yang aku tempuh untuk apa aku sembunyikan.
Aku berkata benar. Aku merasa semuanya. Aku merasa diabaikan. Aku merasa diketepikan dalam setiap sudut. Adilkah kau terhadap aku? Adilkah kau dengan apa yang kau lakukan?
Kau sendiri tahu apa yang kau berikan pada aku. Kau sendiri lebih tahu apa yang pernah terjadi dan bakal terjadi. 

Adakah aku berbohong? Adakah aku penipu dalam soal ini? Tidak. Tidak sama sekali. 
Aku berkata benar. Aku berkata benar. Terpulang buat kau untuk terima kata-kataku. Bagi aku, kau adalah pinjaman Allah buatku. Sebesar mana kekecewaanku, sedalam mana kesedihanku dan sekuat mana kasih sayang aku terhadapmu, Allah akan ambil jua kau daripadaku kerna kamu cuma pinjaman. Pinjaman yang aku ada sekarang ini. Apa-apapun aku perlu bersedia dan redha dengan apa jua yang bakal berlaku. 

Alhamdulillah. Aku tenang. Aku tenang untuk menghadapi semua ini.
In shaa Allah. Doakan yang terbaik untukku. 
Aamiin...


**********