Sunday, May 31, 2020

Luahan Hati Si Dia

Assalammualaikum...
Hai! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin! Hampir seminggu lebih kita sambut raya. Tapi tahun ni raya tak seperti tahun-tahun yang lain. Beraya tahun ni aku cuma berdua dengan rakan baikku. Kami tak dapat balik beraya bersama keluarga disebabkan coronavirus yang masih berleluasa. Berkorban tahun ini untuk putuskan rangkaian virus yang semakin lama semakin merebak. Aku tetap bersyukur masih mampu melihat wajah mereka di pagi raya dan hari hari yang mendatang. In shaa Allah. Biarpun mata dah cukup bengkak waktu tu menangis disebabkan terasa kosong aku beraya tanpa keluarga disisi. Aku tetap bersyukur dengan nikmat-Mu. Ya Allah, kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku, adik adikku dan mereka yang aku sayang agar aku dapat berjumpa dan memeluk mereka seeratnya. 

Harini aku ingin bercerita tentang dia. Si dia yang sentiasa menjadi pelengkap diri aku selama beberapa tahun ini. Sungguh banyak yang kami lalui, namun aku tetap berjanji untuk tidak berputus asa dengan dia, aku dan juga ikatan ini. Bukan mudah tapi aku sentiasa memandang di sudut yang positif untuk memastikan kami saling memahami dan melengkapi diri masing masing tanpa menyimpan dendam tanpa menyakiti hati berdua. Ikatan yang terjalin bukan hanya atas dasar cinta dan kasih sayang tapi perlu memahami apa yang dilalui dan memberi kebebasan untuk dia terbang ke mana saja agar dia gembira dan bahagia. Sakit perit dia adalah derita buat aku. Jika aku tidak mampu membantu dan bangkitkan dia dari kesakitan itu, apa gunanya aku dalam hidup dia? 

Selang beberapa hari lalu, aku berkesempatan untuk berjumpa dan melihat wajah polos itu. Rindu. Aku tersangat rindu untuk melihat senyuman dan mendengar suara dia memanggil aku. Hati aku menari girang. Jantung aku berdengup sambil mengikuti rentak alunan lagu kegemaranku tatkala melihat dia berada di depan mata. Excited dia hanya aku saja tahu walaupun aku cuba untuk mengawal diri di depannya. Sedangkan waktu aku ingin melonjak girang dan memeluknya serta merta. 

Raut wajah itu menyimpan seribu satu cerita yang tidak terluah. Aku yakin dia cukup tertekan dan butuh waktu untuk bertahan dan terus bertahan. Tidak pernah sekalipun aku melihat dia sebegini rupa. Hati aku menangis. Wajah itu tidak seceria selalu. Raut wajah itu kosong tanpa senyuman seperti sebelumnya. Apa yang boleh aku buat sayang untuk membantumu? Apa yang dapat aku lakukan untuk kembalikan senyumanmu? Aku ingin kamu senyum dan kembali seperti sedia-kala. Aku akan berusaha keras untuk memastikan kamu tidak jauh dari dirimu sendiri. Aku tidak ingin kau berputus asa dengan semua ini. Aku akan membantumu sayang. 

Di saat dia meluahkan segalanya tanpa henti, aku tahu cukup berat baginya memendam dan menyimpan segalanya sendiri. Aku benar benar tidak mahu dia berhenti dengan hobi kegemarannya. Aku tidak mahu sekali dia berputus asa dan berhenti untuk menggembirakan dirinya. Aku tidak ingin dia hilang tersasar jauh dari dirinya sendiri. Aku tidak mahu itu. Aku tidak mahu. Aku benar benar perlu bantu dia untuk bangkit dan kembali seperti dulu. Aku perlu lakukan sesuatu dengan apa cara sekalipun. Aku akan berusaha sebaiknya untuk memastikan semua itu. 

Sayang.
Andai suatu hari nanti awak berkesempatan baca blog ni, saya harap awak benar-benar tahu yang saya cukup menyayangi awak. Saya hadir dalam hidup awak bukan hanya ingin berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan awak semata namun saya ingin berkongsi sakit perit yang awak lalui. Saya ingin menjadi pendengar setia dan menjadi sayap untuk awak terbang bebas ke sana sini. Sayap yang mampu beri kebebasan dan ketenangan dalam diri awak. Sayap yang sentiasa ada buat awak tanpa mengira saat bahagia dan deritanya awak. Sayap yang sentiasa ada hanya untuk awak. Saya ingin awak kembali seperti dulu. Saya ingin cinta hati saya yang bangkit dari kesukaran ini. Saya ingin awak kembali memberi senyuman yang menjadi rama-rama di taman hati saya. Saya yakin awak mampu bangkit dan bertahan untuk diri awak. Saya ada sini. Saya sentiasa ada di sisi awak. Kita lalui dan hadapi sama sama ya. In shaa Allah semuanya akan kembali seperti sedia kala. Aamiinn..

Saya sayang awak hingga ke akhirnya.


Love, fna 💋