Sunday, December 16, 2018

Accepting Qadr

Assalammualaikum.. 

Hai !
Lama tak menjenguk ke sini. Hampir 2 bulan dah.
Huhuhu. Lama jugak kan. Lagi 2 minggu bakal masuk tahun baru.
Pencapaian dan impian tahun ini alhamdulilah. Biarpun tak semua terlaksana, tapi aku bersyukur kerna masih diberi ruang untuk langsaikan apa yang perlu dan yang penting. Tahun depan 2019 aku sudah set kan goal dan azam yang baru untuk melunaskan apa yang sepatutnya. 
Andai Allah berikan rezeki lebih buat aku, aku bakal menunaikan umrah dan melangsaikan hutang PTPTN secara lump sum. Aku cuma tidak mahu meninggalkan hutang pada keluarga tatkala aku pergi menghadap Illahi. Perubahan demi perubahan perlu dilaksanakan untuk berjaya dan pada masa akan datang. Ikhlaskan hati, bersihkan jiwa dan lapangkan fikiran. Fikir yang positif dan berjuang demi diri sendiri dan keluarga. Aku tak punya banyak masa tapi aku akan gunakan ia sebaik mungkin. Siapa tahu di saat kau merasa diri kau sihat tapi pergi jua secara tiba-tiba. Berbuat baik dengan semua orang, maafkan semua orang. Jangan berdendam, jangan iri hati dan jangan pula membenci. Kita sebagai manusia punya laluan hidup yang berbeza-beza diciptakan oleh Allah. 
Mungkin permulaan hidup kita tidak membahagiakan, tapi satu hari nanti membawa erti yang lebih mendalam serta sempurna dari apa yang kita inginkan. 
Jika kita mengingatkan diri tentang kematian, kita akan rasa takut untuk berbuat jahat pada diri sendiri dan orang lain. Aku berusaha untuk memperbaiki diri, menukarkan perspektif diri kepada sesuatu yang lebih positif dan bersangka baik dengan Allah.  Langsaikan hutang piutang yang ada sebelum menutup mata. Berbahagia dengan cara sendiri. Itu lebih baik kan. Jangan mengharapkan ganjaran atau pembalasan daripada apa yang kita berikan pada orang lain. Jika kita terlalu bergantung harap dan mereka tidak memberi seperti apa yang kita harapkan, kita akan kecewa yang teramat sangat. Hati akan terluka. Aku cuba bangkit dalam dunia aku dengan cara tersendiri. Bukan untuk membuang orang lain dalam hidup ini, tapi untuk mencari jalan menyendiri. 
InshaAllah semua akan baik-baik saja. 
Berkata yang baik-baik, berdoa yang baik-baik.
Moga Allah permudahkan segalanya buat aku dan mereka.
Amin Ya Rabbal Alamin.


Love, fnayzd ❤

Sunday, October 7, 2018

Aku telah MATI

Assalammualaikum.

Apa khabar semua? 
Lama aku tak menjenguk diari hati ini. Tempat aku meluahkan rasa yang terbuku. Suka duka tangis dan tawa semuanya tertulis di sini. Aku tiupkan kekuatan yang ada di saat aku jatuh dan rapuh seorang diri. Aku sudah bekerja selama sebulan lebih di syarikat baru. Tapi pada masa yang sama juga aku perlu hadap segala nightmare yang tak pernah aku lalui sebelum ni. Rasa tertekan dan rasa boleh jadi gila sebab semua benda ini. Kenapa aku boleh jumpa manusia yang punya hati busuk dan takde rasa keperimanusiaan langsung. Aku kena tengking dan kena buli dalam diam. Aku rasa dipergunakan macam orang gila. Aku tak tahu nak luahkan pada siapa. Dan bila mana aku luahkan pada seseorang aku rasa aku dah bebankan dia. Dia langsung tak pedulikan aku yang betul2 rasa naik gila. Aku rasa cukup tertekan. Aku rasa aku sorang2. Dia lebih pentingkan keluarga dia. Aku tahu kau punya hal dengan mereka. Aku tak kisah langsung kalau kau tak mampu untuk jumpa aku tapi sekurang2 nya jangan diamkan aku, jangan buat aku rasa aku ni memang tak penting untuk kau. Aku cuma harap kau mampu tenangkan aku seketika buat aku rasa kau ada di sisi biarpun kau tak mampu untuk ada dekat dengan aku. Aku menangis macam orang gila 3 hari berturut2. Aku rasa nak berhenti 24 jam dari kerja ni. Tapi bila aku fikirkan balik, aku perlu bangkit dari rasa ini biarpun aku sorang diri. Perit pahit yang tak terkata. 

Kau anggap saja aku dah mati. Mati dari dunia yang ada ini. Jiwa AKU TELAH MATI. Hati aku seolah tidak berfungsi untuk lalui setiap saat. Badan aku lemah. Akal aku turut mati. Kau tahu tak? Aku rindu kau. Kau tahu tak apa aku buat kalau aku rindu kau? Aku dengar suara kau. Aku dengar nyanyian kau. Tanpa kau sedar, tanpa kau tahu. Tanpa kau faham apa yang tersirat dalam hati aku. Aku dah cukup sakit sekarang ni. Andai kau abaikan aku, andai kau tak perlukan aku. Kau jujur pada aku. Kau ikhlaskan aku pergi. Aku takkan ganggu kehidupan bahagia kau. Aku juga punya maruah diri. Aku akan mencari kekuatan aku sendiri. Biarpun aku perlu tersungkur berkali-kali. Biarpun aku perlu bangkit dengan airmata. Aku akan lepaskan kau pergi dengan redha di hati. 
Tuhan lebih mengerti.
Aku berserah pada Illahi.
Cukup sampai di sini. 

Love, fnayzd ❤

Tuesday, August 28, 2018

Sesuatu bukan milik kita

Assalammualaikum...

Aku di sini lagi dan lagi tatkala hati rapuh dan perlukan sesuatu untuk berbicara. Aku meluahkan dengan cara aku sendiri. Tiada siapa yang mahu mendengar, aku meluahkan di sini agar aku mampu terus bertahan dari hari ke hari. Air mata aku deras mengalir tatkala ini. Aku terasa begitu jauh dengan diri aku sendiri. Aku seolah-olah tidak kenal senyuman aku sendiri sedangkan aku butuhkan semuanya untuk aku berjuang buat diri sendiri. Aku rindu senyuman aku sendiri. Aku rindu gelak tawa aku. Aku rindu untuk merasa semuanya indah biarpun hati aku menangis. 

Aku tak tahu apa akan jadi pada esok hari. Aku akan berjumpa dengan dia untuk beri dengan niat yang sebaiknya. Aku seolah-olah cukup mengerti apa yang dia sampaikan sebentar tadi. Andai aku undurkan diri, mungkin dia akan kembali pada mereka. Mereka yang lebih memerlukan dia. Mungkin juga esok hari untuk aku melepaskan sesuatu yang bukan milik aku. Sesuatu yang bukan kepunyaan aku. Allah cuma pinjamkan sementara buat aku merasa bahagia seketika. Ada sebab mengapa semua ini terjadi. Aku takkan luputkan kasih sayang yang ada. Aku cuma simpan ia agar menjadi kekuatan aku sendiri. Agar jadi penyebab kenapa aku bertahan hingga ke tahap ini. 

Aku berdiri dengan niat yang Allah saja yang tahu. Masa aku mungkin belum sampai untuk aku merasai, tapi janji Tuhan itu pasti masa itu akan tiba dengan sendirinya. Sabar dan aku akan lalui semuanya dengan cara yang berbeza. Pasti.
Melepaskan benda yang paling kita sayang, itu satu pengorbanan. Pengorbanan yang pada hakikatnya perit dan deritanya Tuhan saja yang tahu. Andai itu untuk kebaikan semua orang, andai itu cuma pengorbanan kecil aku untuk Tuhan. Apalah sangat dengan apa yang Allah beri pada aku selama 26 tahun ini. Nikmat dan pinjaman yang terlalu banyak untuk diungkap. Cuma aku tidak bersyukur dengan apa yang ada. Aku rasa cukup kerdil dan berdosa. Aku perlu berubah. Berubah dari segala persepsi dan tanggapan aku pada Tuhan. Buka minda dan hati aku seluasnya agar tiada tertutup untuk apa-apa. Berfikiran sebaiknya dan bersangka baik pada Tuhan. 

Bersangka baik pada Allah.
Bersangka baik pada Allah.
Bersangka baik pada Allah.

Moga aku terus kuat dan kuat untuk menempuh kehidupan.


Love, fnayzd ❤ 

Friday, August 17, 2018

Selamat Ulangtahun Aku

Assalammualaikum .

. . . . . .

Tanggal 17 Aug hari ini. 
Lahirnya seorang aku pada 26 tahun yang lepas. 
Seorang puteri sulung buat ibu dan ayah yang melengkapi rumah tangga mereka. 
Hari ini aku sendiri di dalam kamar mengisi hari aku yang bersisa beberapa jam lagi.
Lewat di kamar ini aku menyendiri dan mencoretkan kisah aku di sini.
Dunia mengajar aku erti memahami yang kita ini tidak punya kuasa apa apa melainkan DIA yang Maha Agung dan Berkuasa. Kita hanya mampu merancang tapi DIA menentukan segalanya. 
Alhamdulilah. 
Aku bersyukur masih diberi kesempatan selama 26 tahun untuk terus hidup dan menikmati pinjaman Tuhan buatku hingga hari ini. Biarpun aku ingin mengalah dan berputus asa tentang kehidupan aku, namun Tuhan masih sayangkan aku untuk melihat dunia ini lebih indah dari jangkaanku.
Mungkin tiada lagi 17 Aug buat aku pada tahun hadapan,
Mungkin juga tiada lagi manusia yang sama seperti aku yang punya nama mirip, tarikh dan masa dilahirkan serupa, perwatakan yang sama atau wajah yang seakan akan serupa aku.
Tiada. 
Kerna Tuhan mencipta kita berbeza beza.
Kerna DIA Maha Agung lagi Bijaksana.


Love, fnayzd ❤


Friday, August 10, 2018

Kau Takkan Tahu

Assalammualaikum 

. . . . . .

Apa yang perlu aku katakan?
Sayang, kau takkan tahu apa yang berlaku. 
Apa yang bermain dalam hati dan fikiran aku.
Kau cinta hati aku. Tapi hanya dari jauh.
Apa yang berlaku pada aku, kau tetap takkan tahu.
Bukan kau ada di depan mata aku.
Bukan kau tahu apa yang sedang berperang dalam fikiran aku, hati aku.
Aku cuba untuk keluar dari semuanya biarpun aku sendiri.
Aku semakin berani untuk berjalan sendiri dan tidak memerlukan orang lain.
Aku cuba untuk buang semua harapan dalam diri.
Kelemahan aku pendamkan.
Kelebihan aku campak jauh dari sisi.
Setiap hari, aku sentiasa bermimpi kau tersenyum jelas di depan mata aku.
Pabila mata di buka, senyuman itu hilang dari pandanganku.
Tiada susuk tubuh yang aku rindukan.
Tiada kata-kata indah yang diluahkan dari bibir kamu.
Tiada ketawa kamu, tiada senyuman kamu. 
Aku mati di dunia nyata.
Aku bahagia di dunia tidurku.
Ia berlaku setiap hari, setiap lena aku.

Aku yakin.
Allah temukan aku dengan kamu bersebab.
Allah jauhkan kamu dari aku juga bersebab.
Tatkala rindu ini tak mampu untuk aku bendung, tatkala itu aku berdoa buat kamu.
Aku cuba jarakkan diri pada kamu, hanya kerna aku tahu aku bukan pilihanmu.
Tapi aku tahu aku cinta kamu.
Biarkan aku begini.
Biarkan aku sendiri.
Bahagialah kamu tanpa aku.

Aku redha dengan semua ini.
Aku redha. 
Aku redha.


Love, fnayzd ❤



Wednesday, August 1, 2018

JIwa aku separuh mati

Assalammualaikum

. . . . . . . . 

Lama aku meninggalkan cerita yang meniti hari-hari aku. Aku rasa jiwa aku separuh mati. Tiada apa yang tinggal. Tiada rasa yang hadir. Tiada warna yang menceriakan. Tiada teman untuk meluahkan. Tiada tempat untuk aku berkongsi. Jiwa aku benar benar mati. Akal aku mati. Hati aku turut merasai benda yang sama. Membisu dan membatu. Tiada darah yang mengalir. Tiada warna merah. Tiada warna apa pun yang mewarnai. Aku mungkin kehilangan separuh hati aku. Aku kehilangan separuh jiwa aku. Aku hilang separuh senyuman aku. Aku hilang separuh tawa aku. Aku hilang semua yang aku ada. Aku hilang keceriaan yang aku ada. Aku rasa jasad aku masih kekal namun jiwa aku melayang jauh. Jiwa aku mati seolah olah koma. Tiada nyawa tiada perasaan apa apa. Akal jahat aku sentiasa berniat untuk telan pil tidur. Agar akal aku tidak berfikir. Agar hati aku tak punya rasa apa apa. Aku menangis seperti orang kurang siuman meluahkan pada Illahi. Setiap hari setiap malam tanpa ada tertinggal. Senantiasa airmata menjadi sahabat sejati. Kosong, Kosong, Kosong. Aku lupa tentang diri sendiri, Makan minum dan semuanya. Tiada siapa lihat pengorbanan yang kau lakukan, tapi mereka akan lihat kesilapan kau biarpun sekecil zarah. Aku ingin pergi jauh dari semuanya tanpa ada siapa kenal aku. Aku takkan menyakiti sesiapa. Aku tidak akan menyusahkan sesiapapun. Susah senang perit dan sakit biar aku sorang yang tanggung sendiri. Itu lebih baik. Baik dari segalanya. Aku mendoakan Allah melindungi mereka yang aku cintai. Sampai bila mataku tertutup rapat, hilanglah segala kepayahan mereka tanggung hanya kerana aku. Sampai satu masa nanti. Masa itu tetap akan tiba. Aku mohon maaf buat kamu yang membaca di setiap keterlanjuran kata, kekasaran yang menguris hati sepanjang kamu mengenali aku menyayangi aku. Aku tetap aku. Kesilapan aku, maaf sejuta kali daripadaku. Moga kau berbahagia selalu tanpa aku. Allah akan pelihara dan jagakan kamu. 


Love, fnayzd ❤

Wednesday, July 18, 2018

Aku bukan Malaikat...

Assalammualaikum 

Hye .

Aku kembali ke sini seperti biasa, menceritakan apa yang hati ingin berkata. Hati ingin meluahkan. Alhamdulilah. Bersyukur hari ini bila aku tahu kebenaran dan hakikat sebenar. Kebenaran yang menyakitkan dan cukup perit. Bila kau sedari, sebenarnya manusia di sekeliling kau tak pernah menyukai kau pada realitinya. Hanya berpura-pura pada kau untuk menjaga hati sedangkan mereka seharusnya menjadi pembimbing kau sebaiknya. Aku bukan malaikat yang tahu kesilapan diri. Sedangkan aku tidak pernah sedar. Mungkin aku sejenis manusia yang sentiasa pendam pada hati tentang apa yg aku hadapi. Eksperi aku terluah tatkala bila aku emosi. Tapi aku tak tujukan pada sesiapapun.. Itu cara aku sendiri tapi sebenarnya tiada siapa yang suka. Mereka hanya kasihani aku. Aku tak perlukan belas kasihan sesiapapun. Aku mohon maaf untuk semuanya. Pada mereka yang tak pernah suka perangai aku. Aku tak pernah untuk hipokrit. Aku menjadi diri sendiri bila aku dengan orang yang aku sayang. Tapi baru aku sedar, sebenarnya mereka tak pernah suka sedikitpun. Maafkan aku. Terima kasih untuk kejujuran itu. Aku terima seikhlasnya. Aku hargai. 
Aku akan pergi. Itu sebaiknya...

Love, fnayzd ❤

Saturday, June 30, 2018

Kalau tak mampu jadi Lebah, Jangan jadi LALAT

Assalammualaikum

Salam Subuh 

Pagi ni aku terkejut awal pukul 3.30. Even aku masih dalam keadaan belum boleh menunaikan solat lagi. Aku mandi dan bersihkan diri pagi ni. Segarkan badan, lapangkan fikiran yang memang tengah fikir apa sebenarnya yang berlaku. Aku penat dengan orang sekeliling yang hanya hipokrit dan mementingkan diri sendiri. Biarpun ada pertalian darah dengan kau. Entahlah manusia ni macam-macam ragam, macam-macam niat yang bukan bukan. Aku malas nak hujah semua tu. Ada yang macam cacing kepanasan sebab terasa kena batang hidung dia padahal status aku random buat semua. Mungkin memang diri sendiri buat salah kot dengan aku dan famili aku. Kutuk dan mengata macam-macam. Last2 kau macam anjing menyalak tak tentu pasal. Kalau kau tak buat salah, kenapa nak menyalak macam orang tak siuman? Ker kau memang tak siuman? 
Apa apa jelah. Aku malas nak melayan. Umur dah tua bangka pun otak macam kanak-kanak. Kau cakap aku budak-budak ek? Yang kau tetiba nak melenting tak tentu hala dah kenapa ya? Siapa yang budak2? Aku ker kau yang dah tua tu? Entahlah kita tengok jelah sampai bila dia nak ada pulut puaka tu. Moga Allah bagi hidayah dekat kau selamanya. Amin ya rabbal alamin. 

Love,fnayzd 💓

Friday, June 29, 2018

Dekatkan aku, Sabarkan aku

Assalammualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 😊

Bismillah...

Hampir sebulan blog ni sunyi sepi tanpa coretan hati seorang fna. Agak sibuk sikit dalam masa sunyi tanpa kata ni. Lagipun tak menjengah ke blog untuk menulis sedangkan banyak benda yang nak diceritakan sebenarnya. Sebulan. Macam2 jadi, macam2 yang tersimpan terpendam. Cuma malam ni tergerak hati nak pinjam laptop adik dan menulis apa yang patut disebabkan aku tak mengantuk lagi. Biarpun tengah period pain sekarang ni. Tapi jari jemari gigih nak menulis apa yang perlu. Last 2 weeks aku jatuh tangga masa raya ke berapa aku tak berapa pasti. Kaki still sakit sampai sekarang belum baik. Tapi lasak jugak ke sana sini. Uruskan bisnes kecil-kecilan. Mana tahu kan ada rezeki Allah beri untuk memperluaskan perniagaan sendiri. Hasil titik peluh sendiri. Insha Allah... 
Amin ya rabbal alamin..

Sebenarnya aku rindu. Rindu pada seseorang. Rindu yang aku tak tahu nak ungkap macam mana. Rindu sampaikan mengalir airmata. Aku rasa cukup berat untuk tanggung perasaan ni. Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. Allah tahu mana seeloknya buat kita. Andai aku perlu menanggung rasa berat perasaan ini hanya kerna Allah. Aku rela. Aku redha. Aku tahu Allah sebaik-baik perancang. Allah Maha Mengetahui. Tak semua apa yang kita inginkan, Allah akan beri pada kita.
Allah mengatur segalanya. Apa yang terbaik dan apa yang sememangnya perlu buat kita. 

Rindu...

Doa yang aku titipkan setiap hari untuk melepaskan rindu. Aku tahu doa adalah bahasa yang paling dekat yang akan dia dengar daripada aku. Aku cukup menyayangi dia, Aku takkan cuba untuk mengulangi kesilapan yang sama. Permintaan yang sama. Biarpun berat untuk aku lalui dugaan yang Allah beri, aku tahu itu yang sebaiknya buatku. Cinta itu indah jika kita meltakkan Allah yang terdahulu dari cinta kita pada manusia. Luahkan pada Allah, ceritakan segala-gala pada-Nya. DIA Penciptamu, DIA Maha Agung. Aku berserah padaMu untuk perjalanan ini. Sabarkan aku, dekatkan aku padaMu. Titipkan kekuatan dalam akal dan hatiku. Biar seperit mana untuk aku lalui, aku takkan pernah untuk melupakanMu, Amin ya rabbal alamin.

Love, fnayzd 💗


Tuesday, May 29, 2018

Kesunyian Malam

Assalammualaikum . . .

Salam Ramadhan untuk hari yang ke-13 .

Alhamdulilah. Aku masih dapat berpuasa hingga ke hari ini. Timing untuk bercuti sepatutnya beberapa hari lepas tapi mungkin lewat sikit untuk bulan ni. Badan mula rasa tak berapa selesa. Mood mula swing. Malas untuk buat itu ini. Lemah dan rasa tak bermaya. Macam biasa untuk seorang perempuan bernama fatinurain. Mula terasa itu ini padahal mungkin tiada masalah apa-apa. Cuma perlukan perhatian tapi tiada siapa pun peduli. Ahahah. Hanya diri sendiri peduli dengan diri sendiri. So sad ! Realiti. Come on. Face it, fna! Bila keadaan macam ni, mulalah airmata nak mengalir tiba-tiba. Mulalah fikiran tak menentu. Mulalah itu dan mulalah ini. Semuanya bermulalah gitu, Aku tak dapat lelapkan mata malam ni. Jam menunjukkan bakal jam 3.00 pagi waktu Malaysia. Aku masih berada di Malaysia. Bilalah nak dapat waktu lain ya? Ahahhaha. Berangan je lebih! Tapi mana tahu kan, rezeki aku nanti dapat merasa waktu lain selain Malaysia. Amin! Kata-kata yang baik adalah doa yang melantun-lantun. Moga diperkenankan angan-angan ini. Amin amin amin! 

Apa yang nak buat malam ni untuk lelapkan mata pun aku tak tahu. Padahal tadi dah tutup lampu dan siap baca doa tidur bagai. Last-last tak boleh lelap langsung. Bangun, switch on lampu then mula ambil laptop dan berkarya. Ahahah. Karya sangat. Aku berkarya ni sambil dengar lagu dekat playlist handphone. Why laa mata? Why taknak lelap hah? Rasanya macam tunggu sampai sahurlah ni kot dia buat perangai taknak lelap. Tapelaaa tapelaaa. Kita layankan jela mata ni nak buat apa dia terkebil-kebil. Maybe salah satu sebab aku tak boleh tidur, ingatkan sesuatu. Rindukan sesuatu. Entahlah. Aku tak mahu fikir terlalu jauh dan mengusutkan kepala sendiri. Aku tahu semuanya akan baik-baik saja biarpun ia memerlukan masa lama. Mungkin cukup lama. Aku cuma perlu bersabar dan terus bertahan. Aku memerlukan kekuatan setiap detik tanpa hilang satu pun. Jujur hati kadang-kala rapuh, rapuh untuk bertahan biarpun akal minta untuk teruskan bertahan. Sukar tapi kau gagahkan jua hanya satu sebab, sebabnya hanya kau sendiri yang tahu. In shaa Allah, aku tahu seorang fna mampu lakukan yang terbaik buat diri sendiri dan orang yang dia sayang. Sesukar mana dia perlu hadap, dia laluinya dengan sepenuh hati. Tuhan sentiasa ada untuk dia, dia sedar yang Tuhan akan lindungi, pelihara dan jagakan orang-orang yang dia sayang. Kerna itu di luar kemampuan dia sendiri. Tuhan Maha Berkuasa lebih dari segala-galanya. Tuhan lebih Mengetahui apa yang tersirat dalam hatimu. Kerna Tuhan adalah Pencipta kamu. 

Love, fnayzd ❤

Monday, May 28, 2018

Nothing Else Matters

. . . .  .  . . . . 

So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters

Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
And nothing else matters

Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
And nothing else matters

Never cared for what they do
Never cared for what they know
But I know

So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters

Never cared for what they do
Never cared for what they know
But I know

I never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
And nothing else matters

Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
And nothing else matters

Never cared for what they say
Never cared for games they play
Never cared for what they do
Never cared for what they know
And I know

So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
No nothing else matters

. . . . . . . .

Saturday, May 26, 2018

You Are The Reason


..................

There goes my heart beating
Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now

There goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, cause I need you to see
That you are the reason

There goes my hands shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
And I need you now

If I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, cause I need you to see
That you are the reason

I don't wanna fight no more
I don't wanna hide no more
I don't wanna cry no more
Come back I need you to hold me
(You are the reason)
Come a little closer now
Just a little closer now
Come a little closer
I need you to hold me tonight

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Cause I need you to see
That you are the reason

.......................


Love, fnayzd ❤

Thursday, May 24, 2018

Alhamdulilah !

Assalammualaikum.

Hye hye hye !

Lama tak menjenguk blog ni..hihi..Harini dah genap seminggu kita berpuasa pada tahun ni..Alhamdulilah..syukur..Masih diberi kesempatan lagi untuk berpuasa dan menunaikan ibadah di Bulan Ramadhan ni..Okay malam ni aku nak bercerita tentang hari ini..Apa yang aku lalui hari ini..

Bismillah..

Harini aku datang interview untuk satu company yang berdekatan dengan rumah sewa aku ni..Kira dekat sangatlah kalau diikutkan..Aku bersyukur sebab dapat lalui hari yang cukup menenangkan hati aku..Terasa lapang..terasa cukup tenang dan selesa..Macam seolah-olah aku tengah buat shooting video..ahahah..Semua benda jadi slow motion dan kau betul-betul menikmati setiap detik yang berlalu tanpa meragui apa-apa..Aku benar-benar cukup bersyukur sangat-sangat..Aku menjadi seorang yang luar biasa hari ini..Alhamdulilah! Aku berjuang untuk di temuduga..Aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan rezeki yang Allah beri..Betul bila kita kembali dan yakin dengan perancangan Allah buat kita, kita akan menjadi setenang-tenangnya..Kita akan nampak semua benda ke arah kebaikan dan positif..Aku perbaiki diri dari hari ke hari..Aku bergantung harap hanya pada Illahi..Aku berusaha untuk dapatkan sesuatu..Aku perlu berusaha gigih..Allah memberi peluang buat aku depan mata, aku kena bekerja keras untuk mendapatkan peluang itu..Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..Aku melihat environment company tadi, cukup menyakinkan aku yang aku memerlukan suasana sebegitu..Membangkitkan aura positif dan cukup selesa..Aku di temuduga oleh General Manager dan HR Manager..Mereka sangat-sangat membantu dan memberi respon yang positif..Aku berdoa dan berharap akan diberi peluang untuk bekerja di situ..Rezeki Allah, kita tidak tahu jalan mana yang terbaik untuk kehidupan kita kelak..Apa yang tertulis, itulah yang Allah tujukan buat kita..Bersyukur, berusaha dan bertawakal dengan ketentuan-Nya..Pasti ada jalan biarpun kita rasa buntu tak tahu nak buat apa..Cari Allah, mohon padaNya, mintalah apa saja yang kita inginkan seikhlasnya,..DIA Maha Mendengar, DIA Maha Mengetahui, DIA Maha Berkuasa..Tiada yang perlu diharapkan melainkan DIA..KebesaranNya tiada tandingan..

Moga saja doa aku ini di makbulkan.. Amin ya Rabbal Alamin..

Love, fnayzd ❤

Friday, May 18, 2018

Ramadhan tiba

Assalammualaikum Ramadhan .

Alhamdulillah . 
Harini dah masuk 2 hari bulan Ramadhan pada tahun ni. Aku berada di Kuala Lumpur sekarang ni. Tak KL sangat but Selangor actually..huhu.. Aku menyambut awal Ramadhan separuh di Johor dan separuh lagi di sini. Bersahur bersama famili sendiri but berbuka puasa bersama housemate. Masing masing tak balik ke kampung halaman menyambut puasa bersama keluarga. Berada di perantauan begitulah nasibnya kan. But aku still bersyukur masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan lagi. Bakal 26 tahun ni, masih diberi peluang untuk mencari diri sendiri. Aku sempat menunaikan solat terawih hari ini. Syukur sangat sangat. Ketenangan yang tak terungkap oleh perasaan aku sendiri. Cukup telus cukup indah sekali. Lapang dada dan hati dengan sendirinya. Esok harap-harap dapat pergi lagi dan seterusnya. Jiwa memerlukan ubatnya sendiri hanya melalui Dia. Indahnya kan. Hati rasa nak menangis tapi menahan kerna sakit dirasai. Allah Maha Mengetahui. Apa yang terbaik untuk aku, apa yang terbaik untuk orang lain. Kadang kadang rasa ingin berputus asa, tapi aku perlu pujuk hati agar bertahan dan terus berusaha. Betul, semua orang ada kesilapan sendiri. Hanya ingin atau tidak kau perbetulkan segalanya. Biarlah 'mereka'. Biarkan mereka bahagia dengan sendiri. Aku? Aku akan mencari bahagia aku sendiri melalui cinta yang luar biasa. Cinta yang tiada gantinya. Kenapa perlu mengejar sesuatu yang tak pasti? Sedangkan kau tahu kau perlu mengejar sesuatu yang sememangnya cukup pasti tidak mengecewakan kau, tidak melukai kau. Malah beri ketenangan dan keindahan buat kau. Aku manusia biasa yang mudah alpa dan lalai dengan apa yang ada di depan mata. Setiap hari aku perlu mengingatkan diri sendiri tentang semuanya hanyalah sementara. Aku ingin bersihkan hati dari titik hitam yang membuatkan hatiku terluka dengan sendiri. Ya Allah, kau bukakanlah pintu pintu rezeki buatku, pintu pintu kesihatan, pintu pintu kenikmatan, pintu pintu ketenangan, pintu pintu kebahagiaan serta pintu pintu syurga untukku. Kau tahu yang terbaik buatku. Aku yakin dan percaya dengan kebesaranMu. Moga aku terus terusan menjaga hati ini. Amin ya rabbal alamin. 

Love, fnayzd ❤

Monday, May 14, 2018

Cinta Luar Biasa

Assalammualaikum .

Hening malam ini buat aku ingin meluahkan sesuatu, seperti selalu seperti biasa dan seperti sebelumnya. Meluahkan dan menceritakan adalah perkara yang sering aku lakukan tatkala hati ingin berkata sesuatu. Tatkala ia ingin meluahkan yang terbuku di benak ini. Hanya blog ini akan menjadi diari dan juga rutinku setiap hari. Hanya di blog ini juga aku meluahkan rasa hati yang kerdil ini. 

Cinta .

Cinta adalah keperluan setiap manusia. Setiap manusia ingin mencintai dan dicintai. Sejauh mana kita mencintai dan sejauh mana juga kita dicintai. Cinta juga punya ranking yang tersendiri. Bagaimana kita meletakkan ranking itu sendiri menjadi tunggak ke mana cinta itu pergi, 
Cinta sesama makhluk seringkali membahagiakan dan juga seringkali mengecewakan.
Andai kita terlalu melebihi cinta sesama makhluk, maka Allah akan uji cinta itu. 
Jika kita meletakkan kedudukan cinta makhluk kita lebih daripada cinta kita kepada Allah dan Rasulullah, kita akan diuji dengan emosi, wang ringgit, kesedihan serta kesunyian. 
Dengan ujian sedemikianlah yang membuatkan kita mencari cinta sebenar. Yang membuatkan kita mencari cinta luar biasa iaitu Cinta Allah S.W.T. dan Cinta Rasulullah s.a.w.

Cinta Luar Biasa .

Aku mengejar cinta Yusuf, Allah menjauhkannya daripadaku. Aku terlalu mengharapkannya, Allah menguji aku dengan pelbagai ujian. Aku terlalu menyayangi dan mencintainya, Allah membiarkan aku rasa kesunyian dan kesedihan, Aku terluka kerana menginginkan cintanya, Allah memperlihatkan satu persatu kebenaran. Aku menderita. Aku merasakan Yusuf semakin jauh dari hati dan kehidupan harianku. Aku melihat Yusuf berubah sedikit demi sedikit, aku merasakan Yusuf tidak memerlukan aku lagi di dalam hidupnya. Hanya kerna mungkin Yusuf sudah memiliki bahagianya sendiri, hanya kerna mungkin Yusuf tidak lagi melihat aku di hadapannya. Hatiku sayu, hatiku pilu.
Aku mengejar cinta Yusuf hinggakan hatiku menjadi kosong. Hatiku terasa sangat kecewa, hatiku rasa sunyi, hatiku terasa sepi, hatiku terasa sedih yang teramat sangat, seolah-olah hidup sudah tidak
 ada lagi makna. Semua rasa seperti tawar dan tiada pahit manisnya lagi. 

Subhanallah . 

Rupa-rupanya itu adalah turning point yang sangat baik dalam kehidupan aku. Ia adalah titik tolak kepada perubahan yang besar untuk aku meraih dan mengejar cinta yang sewajarnya iaitu Cinta kepada Allah S.W.T dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. sehingga tiada lagi kekecewaan itu, kesunyian itu, kekosongan itu dan juga kesedihan itu. Sampai satu masanya nanti, aku akan mensyukuri segala nikmat itu dan aku merasakan ketenangan yang teramat sangat ketika ini. Aku tidak lagi terlalu bergantung kepada Yusuf tetapi aku hanya bergantung harapan kepada Illahi. Aku merasakan kelapangan hati tatkala perasaan itu hadir. Aku melihat segalanya di sudut yang berbeza dan ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Syukur alhamdulilah. 
Aku sentiasa meletakkan Yusuf di dalam sujud dan doaku agar Allah menjaga dan melindungi dia untukku. Aku tidak punya kuasa dan aku juga tidak dapat melihat apa yang dilaluinya, namun aku yakin Allah memeliharakan dia untukku. Aku yakin dan percaya tentang keagungan dan kekuasaan-Mu, Ya Allah. Kau tetapkanlah niatku ini, Kau yakinkanlah hati ini agar sentiasa mengharapkan-Mu. Amin ya rabbal alamin.

Selamat Malam . 


Love, fnayzd ❤

Sunday, May 13, 2018

Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum .

Salam Maghrib semua.

Alhamdulilah aku baru saja selesai menunaikan yang wajib untuk bawa ke akhirat kelak. Selepas selesai, tergerak hati untuk menjenguk blog ni seperti biasa. Blog yang sentiasa menjadi coretan hati kecil seorang 'fna'. Seorang wanita yang ingin mengubah hidupnya dan keluarganya untuk menjadi lebih baik dan terus terusan melakukan kebaikan. Tabahkan hati dan baik hati terhadap semua orang sepanjang masa. Insha Allah . 

Hari ini merupakan Hari Ibu. 13 Mei 2018. Sepatutnya aku perlu bergerak pulang ke KL hari ini tapi kesihatan aku tidak mengizinkan aku untuk memandu jauh. Aku mengambil keputusan untuk stay saja di sini bersama mereka sementara masih punya waktu. Peluang yang ada aku bawa mereka keluar untuk bersiar-siar biarpun keadaan diri cukup tidak bermaya. Aku gagahkan jua diri untuk buat mereka gembira terutama sekali ibuku. Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu yang ada di dunia ini dan juga buat insan tercinta ibuku sendiri, Puan Noorsila Mohd Salim. Seorang ibu yang tidak pernah jemu menyayangi aku seikhlas hati. Seorang ibu yang sentiasa ada di sisiku tatkala suka dan duka. Aku hidup dan aku berjuang untuk terus ke arah kebaikan hanya kerana ibu dan mereka. Tiada  mereka, tiada aku merasa nikmatnya berada di muka bumi Allah ini. 
Syukur alhamdulilah . Ya Allah, aku bersyukur di atas kurniaanMu yang cukup indah kerna memberiku kesempatan melihat mereka di depan mataku sendiri. Aku ingin melihat mereka tersenyum bahagia dan senang hatinya. Aku ingin melihat mereka bangga melihat aku berjaya dan mampu menyenangkan hati dan hidup mereka tatkala usia semakin meningkat. 

Ya Allah,
Kau ampunilah dosa-dosaku dan keluargaku.
Kau kurniakanlah rezeki dan nikmatMu yang melimpah ruah kepadaku dan keluargaku,
Kau lindungilah aku dan keluargaku sebaik-baiknya.
Kau lapangkanlah dan Kau permudahkanlah urusanku serta orang-orang yang amat aku cintai.
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun, dan Maha Pemberi Rezeki serta Maha Pemurah.
Amin ya rabbal alamin. 

Love, fnayzd ❤



Saturday, May 12, 2018

Cinta Yusuf Zulaikha

Assalammualaikum . . .

Aku demam hari ni. Badan lemah dan rasa sakit seluruh badan ni.
Begitu juga hati. Lemah. Aku tahu Tuhan masih sayangkan aku.
Aku merasai segalanya. Tuhan mahu bentuk aku menjadi hamba yang yakin pada qada' dan qadarNya. Tuhan mengajar aku untuk terus-terusan mengharapkanNya lebih daripada aku mengharapkan manusia. Tuhan mengajar aku untuk memperbaiki diri aku setiap hari dan setiap waktu. Tuhan berikan aku sakit kerna Dia masih sayangkan aku. Tuhan ingin aku senantiasa mengingati Dia selalu. Aku ingin menjadi seperti Siti Zulaikha yang mengejar cinta Nabi Yusuf A.S.
Zulaikha terlalu mengagumi ketampanan dan kebaikan Nabi Yusuf lebih dari segalanya. Hingga dia lupa tentang Tuhan yang Maha Melihat di atas segala perbuatannya terhadap Nabi Yusuf. 
Disaat Zulaikha mengejar cinta Nabi Yusuf, Allah menjauhkan mereka berdua. 
Disaat Zulaikha begitu mendambakan cinta Nabi Yusuf, Allah pisahkan mereka.
Disaat Zulaikha benar-benar mencintai Nabi Yusuf, Allah  membiarkan Zulaikha menderita.
Sehingga sampai waktu Zulaikha bertaubat sesungguhnya kepada Allah S.W.T. dan ketika itulah Nabi Yusuf diutuskan menjadi rasul, Allah menjadikan Zulaikha muda remaja biarpun ketika itu Zulaikha sudah tua dan lanjut usianya. Akhirnya, Nabi Yusuf dikahwinkan bersama Zulaikha di atas kehendak Allah Taala. Zulaikha menjadi wanita solehah yang sentiasa beramal kepada Allah.
Aku ingin sekali menjadi seperti Zulaikha.
Hatinya kuat dan tegar serta mengharapkan Allah di atas segala-galanya.
Tatkala kita menndekatkan diri kepada Allah, di kala itu juga Allah tahu apa yang perlu untuk kita di dalam kehidupan ini. Allah takkan temukan kita dengan seseorang yang kita inginkan, tetapi Allah hadirkan kita dengan seseorang yang benar-benar kita perlu.
Seseorang yang akan membahagiakan kita dengan kehendakNya.
Seseorang yang mengutamakan DIA terlebih dahulu daripada dirinya sendiri dan juga diri kita.
Seseorang yang membimbing kita di dunia dan membawa kita ke syurga Illahi.

Ya Allah .
Kau Maha Mengetahui segala yang tersurat dan juga yang tersirat.
Kau Maha Agung lagi Maha Besar.
Kau bimbinglah hati, pemikiran dan jiwaku untuk meletakkanMu lebih dari segalanya.
Nikmat yang Kau beri hanyalah sementara, tetapi amalan-amalanku yang membawa aku dekat kepadaMu. Kuatkanlah dan lindungilah aku agar senantiasa menginginkan keredhaanMu.
Kau lindungilah mereka yang aku cintai. Kau jagakanlah mereka buatku.
Aku tidak sempurna. Aku rapuh di kala hati dilukai. Namun aku yakin tentang kekuasaanMu yang tiada batasan. Aku berserah segalanya padaMu, Ya Allah. 
Amin ya rabbal alamin . 


Love, fnayzd ❤

Thursday, May 10, 2018

Syukur Ya Allah !

Assalammualaikum .

Alhamdulilah ! 

Sudah berapa hari berturut-turut aku sentiasa update blog ni. Tujuan aku cuma ingin mencatat hari hari yang bersejarah untuk aku dan juga Negaraku. Beberapa jam lepas sekali lagi Negaraku Malaysia menerima kembali bekas perdana menteri yang ke-4 dan melantik beliau semula menjadi Perdana Menteri yang Ke-7. Syukur padaMu Ya Allah. Tun M menjadi perdana menteri kembali untuk mengubah Negaraku 5 tahun dari sekarang. Kau panjangkanlah umur beliau dan berikanlah kesihatan yang baik buat beliau serta pemimpin-pemimpin Negaraku yang lain. Kau permudahkanlah urusan mereka sebaik-baiknya. Aku menitis airmata saat ini. Terharu dan sebak rasanya untuk segalanya. Aku berani untuk meletakkan harapan buat diri sendiri bila Kau bangkitkan aku ari lena. Hati aku tenang. Cukup indah merasa hari ini lain dari hari yang lain. 

Ya Allah . 

Andai esok masih ada buat aku, Kau jagakan mereka yang aku cintai dan sayangi sebaiknya.
Andai esok masih ada untuk aku, Kau tenguhkan hati aku untuk terus berharap dan berharap.
Harapan yang buat aku tabah dan mengorak langkah untuk mencari kebahagiaan aku sendiri.
Andai esok masih ada buat aku, Kau kurniakanlah rezeki yang luas dan melimpah ruah terhadap aku serta keluargaku. Yakini aku untuk terus meletakkan harapan kepadaMu. 
Andai esok masih ada buat aku, Kau bersihkan hatiku dari cemburu dan iri hati terhadap kebahagiaan orang lain biarpun aku belum memiliki kebahagiaan itu.
Yakini aku lagi untuk bersabar dan terus bersabar dalam apa jua yang aku lakukan.
Kau titipkanlah segala kebaikan yang aku buat mampu memberi sinar harapan dan kegembiraan buat orang lain. Aku ingin melihat jua orang lain bahagia tatkala aku juga bahagia. 
Rezeki dan bahagia yang sentiasa dikongsikan bersama. 
Kasih sayang dan rindu yang sentiasa tersemat di hati.
InshaAllah . 
Moga segalanya menjadi ketenangan aku sebelum aku pergi menghadap Illahi. 
Amin Amin Amin .


Love, fnayzd ❤

Harapan & Impian 5 tahun lagi

Assalammualaikum 👀

Malam ini aku tak boleh tidur biarpun mata terkebil-kebil jam 3.30 pagi. Hari ini Negara aku punya harapan baru, kerajaan baru. Rakyat benar-benar menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengubah Malaysia menjadi lebih baik untuk 5 tahun akan datang dari harini hingga tahun 2022. Aku berdoa agar Malaysia sentiasa dilindungi dan dijaga oleh Allah selalu. Ya Allah, Kau berkatilah pemimpin-pemimpin kami agar telus dan jujur menjalankan tanggungjawab mereka. Kau permudahkanlah urusan mereka sebaik-baiknya. Pada masa 5 tahun akan datang, Kau jadikanlah Malaysia Negara yang masih aman dan harmoni. Rakyat tidak ditindas dan merasa terbeban dengan kehidupan seharian. Rakyat yang tidak ramai menganggur dan punya pekerjaan yang sebaiknya. Keluarga yang daif dan miskin dapat peroleh rezeki yang mencukupi untuk menanggung ahli keluarga mereka. Harapan baru buat rakyat Malaysia. Harapan baru juga buat aku. 
InshaAllah! Amin Ya Rabbal Allamin.

. . . . . 

Hari ini aku cuba untuk meletak harapan sepenuhnya pada Allah. Aku manusia yang alpa dan lalai. Aku punya kelemahan dan kesilapan yang aku ingin perbaiki dari hari ke hari. Aku tidak mahu meletakkan harapan lebih pada manusia tapi hanya meletakkan harapan pada Allah semata. Aku ingin menjadi seorang yang berfikiran matang dan positif. Punya hati yang tidak pernah iri hati dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain. Biarkan aku mencari kebahagiaan aku sendiri. Berusaha untuk jadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari. Dari masa ke semasa. Biarpun orang lain tidak ambil peduli tentang aku tapi Allah sentiasa peduli tentang aku setiap waktu.  Diri sendri. Hanya diri sendiri dapat mengubah apa yang kita perlukan dalam kehidupan ni. Jiwa aku meronta-ronta inginkan ketenangan. Hati aku inginkan keikhlasan. Fikiran aku inginkan perjuangan. Aku perlu fokus pada benda yang aku impikan. Aku akan bangkit dengan cara aku sendiri. Sesukar mana sekalipun, aku tetap akan perjuangkan kudrat yang ada untuk diri aku sendiri. 
Niat . Itu yang penting kan. Be yourself  💪
Aku bawa kasih sayang yang ada untuk tiupan semangat. Cekalkan hati . Kuatkan niat biarpun aku bakal menempuh pelbagai dugaan dan  rintangan. Moga di saat aku rapuh, aku mencari Allah dan tetapkan tawakal aku padaNya. Kata-kata yang baik adalah doa yang melantun-lantun. Niat yang baik adalah permulaan dan pengakhiran yang sempurna bagi sesuatu.
InshaAllah . 💖 Doakan yang baik-baik buat aku ya 💋


Love, fnayzd ❤

Wednesday, May 9, 2018

Janji

Assalammualaikum !

Hai awak . Hai semua . Hai juga pada sesiapa yang membaca .  😃

Ehehe ....

Today is my day. Janji yang sentiasa ditepati biarpun lambat. Aku cukup menghargai masa dan peluang yang ada biarpun sementara. Tak terluah dari kata-kata betapa gembiranya hati bila temui orang yang kau sayang. Orang yang kau rindu setiap hari. Masa yang ada cukup terhad. Sekurang-kurangnya aku dapat buat orang lain bahagia. Senyum gembira. Hargai masa yang ada. Masa itu emas. Memori itu indah. Susah payah dan effort orang lain untuk aku, cukup aku hargai. Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya. Moga perjalanan kamu baik-baik saja. Hadir semata untuk jumpa saya walaupun beberapa jam dan kembali pulang. Perjalanan yang jauh. Tapi awak tetap cekalkan hati dan lakukan semata untuk buat saya gembira. Biarpun hanya sementara. Saya cukup menghargainya. Thanks bagi saya hadiah 👟. Maaf saya tade hadiah buat awak 😢 Besday awak pun saya tak dapat bagi apa-apa lagi. Doakan rezeki saya ya, imshaAllah akan ada untuk awak satu hari nanti. Semoga saja Allah lindungi dan jaga awak selalu. Moga Allah permudahkan segala urusan awak. Kita akan baik-baik saja. Insha Allah.
Andai ada jodoh, kita jumpa lagi ya. 😘

Love, fnayzd ❤

Tuesday, May 8, 2018

Heartless

Hye!

Assalammualaikum...

Alhamdulilah. Semalam aku dapat email dari satu company dekat Damansara untuk datang interview. Which is interview tu adalah first day Ramadhan tahun ni pukul 2 petang. Aku dah decide untuk pergi disebabkan sekarang ni aku dah menjadi penggangur terhormat selama sebulan. Walaupun baru sebulan duduk rumah, tapi aku rase dah macam berbulan-bulan tak kerja. Bila mana setiap masa kau busy dan secara tiba-tiba kau jadi unemployed. Mana tak sedihnya kan. Rasa macam dunia gelap dan kau lost semuanya. Banyak benda yang kau tanggung untuk bayar tiap bulan, ada yang kena hold. What a life. Poor fna. But, aku masih cuba untuk berfikiran positif dan anggap sampai situ je rezeki aku. Mungkin Allah akan datangkan rezeki yang baru buat aku dan lebih baik dari sebelumnya. InshaAllah. Amin!

Berbalik pada post untuk hari ini.

Heartless 💔

Aku sebagai manusia pernah melalui fasa heartless ni. Bila mana kau dah rasa tawar hati untuk mengharapkan orang lain dan tak peduli langsung tentang sekeliling kau. Kau tak peduli apa yang orang cakap tentang kau, kau dah tak ambil kisah tentang orang lain. Kau dah tak harap apa-apa langsung daripada orang lain. Sebab apa, sebab hati kau banyak kali dikecewakan. Hati kau dah banyak dilukai. Kau banyak mengalah. Kau banyak pendam. Kau banyak kali memaafkan kesalahan orang lain. Kau turunkan ego kau untuk orang lain tapi orang tak pernah langsung hargai apa yang cuba kau buat untuk dia dan apa yang cuba kau usahakan untuk mempertahankan sesuatu. Bukan sebab kau give up tapi kau penat bila diperlakukan sebegitu berulang kali lagi lagi lagi dan lagi. 

Aku .

Aku kalau boleh tak nak melalui fasa tu lagi, Aku tahu bila aku kembali pada fasa tu, aku akan berubah. Hati aku akan bertukar menjadi keras. Aku takkan mudah menangis. Aku langsung tak peduli dah pasal orang lain. Aku buat hal aku. Apa orang nak cakap pasal aku pun, aku dah tak kisah langsung. Kau pujuk aku atau kau buat apa-apa pada aku untuk buat hati aku kembali pulih, takkan bermakna lagi. Dia takkan terima. Dia takkan boleh terima lagi. Jangan biarkan ia berlaku. Tolong.

Awak .

Awak yang mana menjadi penghuni hati saya, saya berharap sangat awak tak akan buat hati saya menjadi sekeras batu kerikil. Jangan pudarkan pelangi hati saya menjadi awan gelap yang tiada sinar cahaya. Saya tahu andai saya menjadi seorang yang heartless, awak tak akan dapat temui diri saya lagi. Saya akan menjadi orang yang cukup asing buat awak nanti. Jangan buat kesilapan yang sama berulang-kali. Jangan biarkan saya terkapai-kapai sendiri. Saya akui saya cukup sensitif. Tapi sensitif saya bersebab. Perilaku saya bersebab. Bergantung pada awak sendiri. Bila mana saya sudah tidak meletakkan apa-apa lagi harapan pada awak, mungkin saya mula sedar yang saya tidak diperlukan oleh awak sendiri. Andai saya tidak ambil tahu dan kisah tentang awak, mungkin hati saya sudah mula untuk berhenti mengejar awak. Hati saya tidak mudah dibuka untuk seseorang. Hati saya cukup sukar untuk mempercayai orang lain. Jika kepercayaan saya mula pudar, saya tak akan mudah untuk percaya kata-kata awak lagi. Saya akan melangkah pergi membuat haluan saya sendiri. Awak jangan memperlakukan saya sebegitu ya. Jangan biarkan saya tawar hati dengan awak. Saya mohon pada awak. Itu saja yang saya minta . 


Love, fnayzd ❤

Monday, May 7, 2018

Hati Seorang FNA

Assalammualaikum w.b.t

Hye . Malam ni jari jemari aku tak reti diam bila dok google nama sendiri last2 terjumpa blog sendiri yang memang dah berhabuk berdebu dan sewaktu dengannya. Ahaha. Hampir 7 tahun lepas blog ni aku tinggal tanpa memberi kata-kata terakhir. Adoi, sungguh drama kan. Whatever! Tapi yang penting blog ni bakal mewarnai kembali kehidupan seharian aku mulai hari ini. Manalah tahu kan, blog ni boleh menjadi kenangan dan memori yang aku simpan bila aku dah tade lagi di dunia ni. Buat suami tercinta dan juga buat anak-anak aku nanti. Belum ada suami lagi tau biarpun dah 7 tahun berlalu. Insha Allah andai diizinkan Allah aku menemui jodoh dengan orang yang benar-benar aku cintai dan sayangi. Orang yang mencintai dan menyayangi aku seikhlas hati. Seorang lelaki yang tak pernah jemu melayan kerenah aku yang cukup sensitif. Andai awak baca blog saya satu hari nanti, awaklah orangnya. Tiada yang lain. Sungguhpun tiada siapa tahu, tapi aku yakin Allah Maha Mengetahui dan aturan Allah cukup sempurna. Mungkin juga dia tengah lena dibuai mimpi, Siapa tahukan. Amin!

Okay, let's begin!

Hampir 7 tahun berlalu dengan begitu saja. Masa begitu pantas dan aku merasa cukup tua sekarang ni bila dikira-kira umur yang makin meningkat. Alahai... angka pada umur cukup merasakan aku semakin berumur dan tua. Tapi moga-moga tiada lagi kedutan di wajah. Huhuhu. 17 Ogos tahun ini umur aku bakal mencecah 26 tahun Oh my ! 😨 Sepatutnya tahun ni lah bakal menamatkan zaman bujang. Dulu aku pernah berniat dalam hati yang 26 tahun nanti, aku akan berkahwin dan menjadi suri pada seseorang. Tapi Allah dah aturkan perjalanan aku, masih belum sampai lagi jodoh aku kan. Its okay. Perjalanan hidup aku masih panjang dan aku masih lagi dalam proses memperbaiki diri sendiri untuk jadi yang lebih baik dari hari ke hari. 

Bukan mudah untuk menempuh kembali alam percintaan yang pernah buat aku terluka dan menjadi seorang yang "heartless". Hanya Tuhan yang tahu bertapa sakitnya dan peritnya aku lalui 7 tahun lepas. Cinta pertama, memang bukan mudah untuk dilupakan. Kesan parut di hati masih lagi berbekas hingga kini biarpun dia dah beristeri dan miliki 2 orang anak lelaki. Aku tidak berdendam. Lama sudah aku maafkan dia, cuma aku memang takkan dapat melupakan apa yang dia lakukan pada aku. Mungkin dengan niat dia melepaskan diri dan salahkan aku pada situasi yang sememangnya berpunca dari dia sendiri. Dia berjanji dan hanya memberikan aku harapan palsu dengan penantian yang sia-sia. Sudahlah. Kalau bukan kerana dia juga, takkan aku berjumpa dengan seseorang yang sekarang berada dalam hati aku ini. Aku patut berterima kasih pada dia sebab tinggalkan aku dan memberi peluang pada orang lain untuk menghuni hati aku. 

Si Dia.
Seorang lelaki yang cukup sempurna di mata aku. Hampir 3 tahun aku mengenali dia. Biarpun banyak dugaan yang dilalui. Aku cuma berharap dia yang terakhir buat aku selamanya. Tak perlu aku kenalkan dia di mata dunia, cukup sekadar dia berada di hati dan menjadi isi di setiap doaku ketika sujud pada Illahi. Doa adalah bahasa rindu dan cinta yang paling dekat untuk aku sampaikan buat dia yang jauh dari pandangan mata. 

Love, fnayzd