Monday, August 31, 2020

Kesungguhan dan Keikhlasan Dia

 Assalammuaalaikum...

Lama blog ni sepi tanpa berita.. Aku ingin mencoretkan sesuatu untuk si dia... Dalam keadaan aku yang kurang sihat, aku tak mampu untuk berjumpa dia... Badan aku lemah... aku tak larat... Aku tidak mahu dia melihat keadaan aku sebegini...

Dia hadir malam kemerdekaan hanya ingin melihat keadaan aku... Ya Allah sungguh aku tidak menyangka dia bersungguh dan sanggup sebegitu    Aku mampu merenung dr luar jendela sambil menitiskan airmata... Ya Allah, aku melihat dia... Seperti dalam mimpi... Mimpi yang menjadi kenyataan... Bila mana aku ingin dia berada di sisi di saat aku butuhkannya... Aku fikir dia cuma bergurau... Sedangkan dia ada dgn aku... Melihat aku biarpun di luar.... Aku tertidur hingga lamanya dia berada di bawah... Hingga aku tersedar sekali lagi dia menelefon aku... Mungkin dia fikir kenapa aku tidak mahu berjumpa dengannya... Ya Allah, andai dia tahu aku selemah mana... Andai dia tahu keadaan aku tidak terurus seperti apa...

Fikirannya bercelaru.. Hatinya terasa yang teramat... Terguris... Maafkan saya... Saya sayang awak selamanya..... 

Tuesday, June 2, 2020

Jangan tinggalkan saya

Assalammualaikum..

Hai..Malam ni aku ingin coretkan sesuatu..Airmata aku mengalir di saat si dia meluahkan sesuatu.. Entah mengapa..hati aku cukup sayu dan pilu.. Aku merasa aku bakal kehilangan sesuatu yang amat penting dan paling berharga dalam hidupku... Dia mengatakan andai dia pergi dulu, dia mengharapkan aku mengambil harta kepunyaan dia yang aku kongsi bersama-samanya... Airmata aku jatuh serta merta... Kerna aku tahu aku tidak dapat bayangkan hidup aku tanpa dia pada waktu itu... Jika aku kehilangan dia, mampukah aku meneruskan hidupku? Sanggupkah aku lalui hari hariku tanpa dia disisi? Kuatkah aku untuk menerima ketiadaan dia dalam hidupku? Aku benar benar tahu aku tidak mampu menghadapi semua itu... Aku tidak akan mampu...

Awak takkan tinggalkan saya kan? 
Awak akan selalu ada dengan saya kan? Biarpun saya tahu ajal maut jodoh serta perpisahan ini adalah ketentuan Allah... Namun, saya tahu saya takkan mampu menerima kehilangan awak dalam hidup saya... Bagaimana saya dapat teruskan hidup tanpa awak? Bagaimana keadaan saya nanti? Siapa yang akan teman saya? Siapa yang mampu ganti awak dalam hati dan hidup saya? Takkan ada siapa mampu menggantikan awak... Awak perlu ada dengan saya... Awak perlu sama sama jalani hidup awak dengan saya... Susah senang pahit manis kita lalui sama sama... Jangan tinggalkan saya...
Jangan tinggalkan saya...... 
Saya perlukan awak sentiasa disisi saya...
Saya takkan kuat hadapi semua tu....
Saya butuhkan awak dalam hidup saya....

Sunday, May 31, 2020

Luahan Hati Si Dia

Assalammualaikum...
Hai! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin! Hampir seminggu lebih kita sambut raya. Tapi tahun ni raya tak seperti tahun-tahun yang lain. Beraya tahun ni aku cuma berdua dengan rakan baikku. Kami tak dapat balik beraya bersama keluarga disebabkan coronavirus yang masih berleluasa. Berkorban tahun ini untuk putuskan rangkaian virus yang semakin lama semakin merebak. Aku tetap bersyukur masih mampu melihat wajah mereka di pagi raya dan hari hari yang mendatang. In shaa Allah. Biarpun mata dah cukup bengkak waktu tu menangis disebabkan terasa kosong aku beraya tanpa keluarga disisi. Aku tetap bersyukur dengan nikmat-Mu. Ya Allah, kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku, adik adikku dan mereka yang aku sayang agar aku dapat berjumpa dan memeluk mereka seeratnya. 

Harini aku ingin bercerita tentang dia. Si dia yang sentiasa menjadi pelengkap diri aku selama beberapa tahun ini. Sungguh banyak yang kami lalui, namun aku tetap berjanji untuk tidak berputus asa dengan dia, aku dan juga ikatan ini. Bukan mudah tapi aku sentiasa memandang di sudut yang positif untuk memastikan kami saling memahami dan melengkapi diri masing masing tanpa menyimpan dendam tanpa menyakiti hati berdua. Ikatan yang terjalin bukan hanya atas dasar cinta dan kasih sayang tapi perlu memahami apa yang dilalui dan memberi kebebasan untuk dia terbang ke mana saja agar dia gembira dan bahagia. Sakit perit dia adalah derita buat aku. Jika aku tidak mampu membantu dan bangkitkan dia dari kesakitan itu, apa gunanya aku dalam hidup dia? 

Selang beberapa hari lalu, aku berkesempatan untuk berjumpa dan melihat wajah polos itu. Rindu. Aku tersangat rindu untuk melihat senyuman dan mendengar suara dia memanggil aku. Hati aku menari girang. Jantung aku berdengup sambil mengikuti rentak alunan lagu kegemaranku tatkala melihat dia berada di depan mata. Excited dia hanya aku saja tahu walaupun aku cuba untuk mengawal diri di depannya. Sedangkan waktu aku ingin melonjak girang dan memeluknya serta merta. 

Raut wajah itu menyimpan seribu satu cerita yang tidak terluah. Aku yakin dia cukup tertekan dan butuh waktu untuk bertahan dan terus bertahan. Tidak pernah sekalipun aku melihat dia sebegini rupa. Hati aku menangis. Wajah itu tidak seceria selalu. Raut wajah itu kosong tanpa senyuman seperti sebelumnya. Apa yang boleh aku buat sayang untuk membantumu? Apa yang dapat aku lakukan untuk kembalikan senyumanmu? Aku ingin kamu senyum dan kembali seperti sedia-kala. Aku akan berusaha keras untuk memastikan kamu tidak jauh dari dirimu sendiri. Aku tidak ingin kau berputus asa dengan semua ini. Aku akan membantumu sayang. 

Di saat dia meluahkan segalanya tanpa henti, aku tahu cukup berat baginya memendam dan menyimpan segalanya sendiri. Aku benar benar tidak mahu dia berhenti dengan hobi kegemarannya. Aku tidak mahu sekali dia berputus asa dan berhenti untuk menggembirakan dirinya. Aku tidak ingin dia hilang tersasar jauh dari dirinya sendiri. Aku tidak mahu itu. Aku tidak mahu. Aku benar benar perlu bantu dia untuk bangkit dan kembali seperti dulu. Aku perlu lakukan sesuatu dengan apa cara sekalipun. Aku akan berusaha sebaiknya untuk memastikan semua itu. 

Sayang.
Andai suatu hari nanti awak berkesempatan baca blog ni, saya harap awak benar-benar tahu yang saya cukup menyayangi awak. Saya hadir dalam hidup awak bukan hanya ingin berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan awak semata namun saya ingin berkongsi sakit perit yang awak lalui. Saya ingin menjadi pendengar setia dan menjadi sayap untuk awak terbang bebas ke sana sini. Sayap yang mampu beri kebebasan dan ketenangan dalam diri awak. Sayap yang sentiasa ada buat awak tanpa mengira saat bahagia dan deritanya awak. Sayap yang sentiasa ada hanya untuk awak. Saya ingin awak kembali seperti dulu. Saya ingin cinta hati saya yang bangkit dari kesukaran ini. Saya ingin awak kembali memberi senyuman yang menjadi rama-rama di taman hati saya. Saya yakin awak mampu bangkit dan bertahan untuk diri awak. Saya ada sini. Saya sentiasa ada di sisi awak. Kita lalui dan hadapi sama sama ya. In shaa Allah semuanya akan kembali seperti sedia kala. Aamiinn..

Saya sayang awak hingga ke akhirnya.


Love, fna 💋

Monday, March 23, 2020

Jawapan untuk kepastian itu

Assalammualaikum

Haii..
Hari ke Enam aku kuarantin di rumah
Aku sudah temui jawapan di sebalik tingkah laku dia semalam. Segalanya berpunca dari aku yang turn off data kelmarin malam. Dia marah dan tak suka membawa kepada perbalahan lagi dan lagi. 
Sayang,
Andai awak tak suka dan marah, kenapa tak beritahu sebetulnya?  
Awak buat saya terfikir seolah olah saya yang tak sudi bantu awak. 
Saya tak mencari salah siapa. Saya bukan nak bergaduh dengan awak. Bukan nak bermasam muka dengan awak. Saya cuba nak selesai sebaiknya. Andai cara begini hanya lebih buat kita makin jauh, itu ke yang awak mahukan? Saya tahu awak miliki apa yang awak ada. Jika ketiadaan saya, semuanya takkan beri kesan pada awak.
Saya hanya orang baru yang hadir dalam kehidupan awak. Pentingnya saya mahupun tidak dalam kehiduppan awak, hanya awak saja yang tahu. 

Diari ini adalah luahan yang saya huraikan untuk diri saya sendiri tatkala tiada tempat untuk saya menulis dan bercerita. 

Hujan lebat di luar seperti mengiringi perasaan dan situasi aku di kala ini.
Airmata mengalir. AKU RINDU.  Aku rindu untuk jumpa mereka yang aku sayang. 
Sunyi dan sepi yang aku rasakan sekarang ni.  
Jauh dari mereka untuk melepaskan rasa pilu ini. Jauh dari mereka untuk aku biarkan rasa sedih ini berlalu pergi. Pada siapa yang dapat aku luahkan? Aku keseorangan saat ni. Aku sendiri. 
Siapa yang mampu sudi dengar?

Panas badan aku masih belum kebah, tekak terasa perit.
Aku bernafas tak seperti selalu. Aku berharap tiada apa-apa yang mengaitkan aku dengan virus ni.
In shaa ALLAH, aku akan baik-baik saja. 

Aamiinn


Sunday, March 22, 2020

Kenapa dengan kamu?

Assalammualaikum 

Hai
Sebulan lebih diari ni sepi tanpa apa-apa. Harini merupakan hari kelima rakyat Malaysia di kuarantin. Fikiran tak tahu macam mana celarunya. Duduk di rumah cuba buat apa yang patut tapi masih rasa sesuatu yang hilang. Semalam aku sempat jumpa dia buat seketika. Bersua muka, makan bersama dan beli barang keperluan rumah. Dia berbelanja itu dan ini buat aku untuk pertama kalinya. Bahagia dan gembira hanya Allah saja yang tahu. Aku senyum melihat dia cari barang dapur untuk keluarga. Nasib kiranya topeng muka ada melekat di muka, jika tidak mesti dia nampak aku senyum tidak berhenti pabila melihat dia. Bakal malu dan segan aku dibuatnya nanti. Biarpun masa terluang cuma seketika buat aku dan dia, aku bersyukur dan sangat sangat gembira. Hati riang bila melihat dia di depan mata. Jarak memisahkan kita, waktu dipinjamkan sekejap buat kita. Namun, aku tidak akan pernah berhenti menyayangi kamu.

Sayang,
Aku merasa sesuatu yang menganggu kamu ketika ini. Aku tidak tahu apa yang kamu lalui. Kamu senyap tanpa membalas apa-apa pesananku. Puas aku meninggalkan pesan berbelas belas tapi kamu tetap menyepikan diri. Sedangkan aku melihat kamu 'online' di whatsapp. Apa yang merunsingkan kamu, sayang? Apa yang membebankan kamu dikala ini? Adakah ia berpunca daripada aku?
Hati aku tidak tenang. Hati aku runsing memikirkan kamu.
Jika diikutkan hati, aku ingin sekali buat panggilan dan menanyakan keadaan kamu. Tapi aku berfikir sejenak, mungkin kamu butuh waktu bersendiri. Mungkin kamu butuh waktu untuk bertenang dan menyelesaikan apa yang perlu. Aku mendoakan segala urusanmu dipermudahkan.
Biarlah aku menunggu kamu  dan mendoakan yang baik baik buat kamu. 

Itu yang mampu aku lakukan saat ini.

Maafkan aku.  

Tuesday, February 18, 2020

Cinta Sejati

Manakala hati menggeliat mengusik renungan
Mengulang kenangan saat cinta menemui cinta
Suara sang malam dan siang seakan berlagu
Dapat aku dengar rindumu memanggil namaku
Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian
Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu
Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku
Sukmaku berteriak menegaskan kucinta padamu
Terima kasih pada Mahacinta menyatukan kita
Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh sukacita
Sehingga siapa pun insan Tuhan pasti tahu
Cinta kita sejati
Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian


Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh…

Sunday, February 16, 2020

Marry Me...

******

We ran out of time now
Trapped in the wind now
No change when the fate came
I'm running like hell
I wrote black and blue
But I see, all bloody red

It shouldn't be like this
Now not the ending
Show me your love, love, love
It might be the end
But I'm not losing you now

Marry me...
Marry me...
Stay with me...
Live with me...


******