Monday, March 1, 2021

Izinkan aku panggil ibumu “Mama”

 Assalammualaikum..

Jam menunjukkan 2.23 pagi.. Mata aku masih celik biarpun bengkak seperti panda.. Entah mengapa kepala aku pening namun aku tidak mampu lelapkan mata.. Aku teringat pada “Mama”. 

Awak...

Izinkan saya panggil ibu awk “Mama” ya. Cuma seketika.

Mama masih di hospital dalam keadaan tenat. Runtunnya hati aku sedangkan aku tidak mampu melawat beliau. Aku tidak mampu mendengar dan melihat beliau. Rasa seperti semalam saja aku berbual bersamanya. Mama banyak bercerita itu ini kisah lampau bersama arwah bapak. Bercerita bagaimana arwah bapak pergi. Mama berkongsi cerita seolah-olah aku benar-benar rapat dengannya. Entah mengapa, saat itu hati terdetik aku seperti mengenali Mama sudah lama. Perasaan itu berbaur seolah aku sudah lama tidak bertemunya setelah kian lama terpisah.

Masih segar ingatanku wajah polos itu. Masih segar ingatan dan pendengaranku tentang setiap butir bicara Mama ketika aku bersamanya. Allahu. Hati aku hancur tatkala mendapat khabar berita Mama tengah tenat. Mengalir airmataku begitu deras seperti air hujan. Hati terasa sakit dan terluka. Bagaimana ia cukup perit untuk aku terima.

Aku rindu mendengar cerita Mama. Aku rindu ingin melihat Mama. Aku rindu bawakan sesuatu buat Mama. Bahagianya tatkala melihat suapan anggur di bibir Mama. Terasa bagaikan itu hadiah yang paling istimewa aku berikan pada Mama biarpun hanya anggur. Mama makan di depan mata buat hatiku berbunga bunga dan girang. Aku senyum bahagia biarpun aku turut malu pada mulanya berjumpa Mama. Entah aku sendiri tidak tahu apa yang Mama fikir tentang aku. Entah aku sendiri tidak tahu adakah Mama ingat wajah aku mahupun tidak selepas aku berjumpa Mama waktu itu. 

Mama, bangunlah. 

Mama, sedarlah.

Mama, ceritalah apa apa pun dengan saya. Saya sudi dengar.

Mama kuatkan? Mama boleh sembuh. Bangkitlah Mama.

Ramai tunggu Mama ni. Ramai doakan Mama cepat sembuh.

Mama kena lawan sakit Mama. Mama jangan mengalah.

Mama jangan putus asa okay. Kami semua nak Mama sihat kembali. Kami tunggu Mama.

Mama, saya nak jumpa Mama lagi. Saya nak bawakan apa apa yang Mama nak makan. Mama cakap jer nak apa. Saya bawakan nanti. Bangun ya Mama. Bangunlahh

Mama, tolonglah sembuh ya. Tolong saya Mama.

Mama, saya dah berjanji dengan Allah sesuatu. Tapi Mama kena sembuh dulu baru janji saya mampu ditunaikan.

Mama, biarpun mungkin Mama takkan ingat saya. Saya tetap doakan Mama walau apa pun terjadi. 

Anak anak Mama perlukan Mama. Anak anak Mama nak Mama sihat seperti biasa. Mama bangunlah jumpa dorang ya. Mama kena sembuh tau. 

Mama, sy ada mimpi Mama tengahari tadi. Sekejap jer mimpi tu. Saya nak dengar suara Mama macam tu lagi. Saya nak dengar suara Mama bila kita jumpa lagi nanti. 

Saya selesai tunaikan solat hajat dan baca Yasiin buat Mama. Maaf Mama... semuanya saya mampu buat dari jauh..

Saya akan buat lagi dan lagi untuk Mama ya. 

Mama masuklah lagi dalam mimpi saya. Mungkin nanti Mama boleh ingat saya. Dari mimpi saja saya mampu jumpa Mama saat ni. Saya tak dapat jumpa Mama di hospital. Maafkan saya, Mama...

In shaa Allah... Allah akan sembuhkan Mama. 

Selamat Malam Mama. Jumpa nanti 😘