Monday, April 5, 2021

Kuning yang bersinar

 Assalammualaikum...

Hai pembaca.. Entah siapa pembaca aku pun entah aku pun tak tahu.. Ahahaha..

Pape jela kan sebab aku nak coretkan apa yang terjadi dan ada di depan mata sekarang ni...

 Entah kenapa.. Aku patut ceritakan apa yang seharusnya berlaku pada harini kan.. Benda kecil ataupun besar semuanya takkan sama terjadi pada hari berikutnya...  

Tiada apa yang patut aku ungkap melainkan rasa syukur yang teramat tatkala lihat wajah yang dirindu ada di depan mata.. Senyum bahagia kerna benar benar rindu... 

Awak...

Terima kasih untuk hadiah sekecil itu.. Biarpun kecil ia amat berharga buat saya...

Sangat sangat berharga.. terlalu bermakna buat saya kerna ia seperti dalam mimpi.. Mimpi yang menjadi kenyataan.. Mimpi yang sering saya angankan.. Terima kasih buat semua itu... Saya terkejut untuk hadiah itu.. Segalanya terasa amat sempurna.. Sangat sempurna...

Awak ada depan mata walaupun awak busy dengan dunia lain yang awak tinggalkan...

Saya sudah terbiasa biarpun saya mengharapkan awak sudi dengar dan bercerita apa saja yang saya ingin luahkan.. Banyak benda sebenarnya... Benda yang tak terungkap, benda yang nak sangat saya kongsi dengan awak.. Saya perlukan seseorang yang sudi mendengar...

Awak dengar saya? 


Friday, March 19, 2021

Aku tidak mampu mengisi rindumu

 Assalammualaikum..

Hai semua.. Harini masuk hari keempat aku berada di tempat kelahiran aku sendiri. Pemandangan yang indah. Suasana yang nyaman dari kesibukan bandar. View yang sangat cantik menghadap laut dan juga negara jiran. Namun ada sedikit kosong yang aku sendiri tak tahu apa yang perlu aku luahkan.

Susuk tubuh, raut wajah dia ada jelas di depan mata aku. Tapi aku merasakan ada sesuatu yang bukan untuk aku. Aku tahu dia merindu. Sangat merindu pada mereka. Pada arwah Mama dan Bapak. 

Jauh di sudut hati, aku tahu dia merasa kosong dan menanggung rindu yang tidak terbendung. Aku tidak mampu membantu kerna hati aku sendiri rapuh dan tidak mampu bertahan. Entah mengapa setiap kali melihat wajah si dia, aku melihat wajah yang aku rindu. Segalanya takkan pernah sama seperti mana waktu yang dulu. Aku sendiri tidak pasti sejauh mana aku dapat berlari dan berhenti. 

Dia mampu sembunyikan rasa yang ada namun aku tahu setiap rasa yang menyelubungi  jiwanya itu tiada ubatnya. Sakit itu dia yang rasa, perit itu jua dia yang menanggungnya. Raut wajah itu suram namun terselit senyuman. Raut wajah yang senyum dalam tangisan. 

Maafkan saya tidak mampu membantu awak dalam kerinduan yang tiada penghujung. Rindu yang tidak mampu untuk meluah. Rindu yang hanya pendam dari hari ke hari. Berbicara dengan Allah agar ia dapat sampai buat mereka. Sebagai mana peringatan dalam kerinduan. 

Cahaya bulan memancar di luar buat aku tahu segalanya akan berakhir malam ini. Cuma punya malam ini buat aku. Aku tidak akan mengeluh. Aku tidak akan merungut dalam apa jua sekalipun. Aku tahu semuanya sudah tertulis. Segalanya tetap akan baik baik saja. 

Allah Maha Mengetahui dan sebaik baik perancang hanya DIA. 

Moga lenamu mampu mengubati sedikit rasa yang menyakitkanmu. Aku sentiasa mendoakan apa yang terbaik buat kamu. Namamu senantiasa ada terselit di dalam setiap sujud dan doa ku.

Selamat Malam ❤️

Monday, March 1, 2021

Allah Sayangkan MAMA

 Assalammualaikum w.b.t

Tepat jam 12.54 tengah hari, Allah bawa pergi Mama. Mama pergi menemui PenciptaNya. Runtun hatiku. Ya Allah begitu cepat semuanya berlaku. Aku baru berniat untuk bertemu Mama di hospital hari ini. Namun segalanya sudah tertulis. Mama, saya tak sempat nak pegang tangan Mama. Saya tak sempat nak salam dan cium Mama. Saya nak jumpa Mama buat kali terakhir namun keadaan tidak mengizinkan saya ke tanah perkuburan. Saya rindu Mama. Saya rindu nak dengar suara dan cerita Mama. Maafkan saya Mama. Maafkan saya. 

Mama mesti tenang dan bahagia di sana kan. Mama dapat jumpa Bapak. Mama rindukan Bapak kan. Rindu yang teramat sangat. Mama, damailah Mama di sana. Nanti saya jumpa Mama ya. Saya jumpa Mama nanti. Mama tunggu saya ya. Tunggu tau. 

Al Fatihah buat Mama dan Bapak. Al Fatihah. 

Izinkan aku panggil ibumu “Mama”

 Assalammualaikum..

Jam menunjukkan 2.23 pagi.. Mata aku masih celik biarpun bengkak seperti panda.. Entah mengapa kepala aku pening namun aku tidak mampu lelapkan mata.. Aku teringat pada “Mama”. 

Awak...

Izinkan saya panggil ibu awk “Mama” ya. Cuma seketika.

Mama masih di hospital dalam keadaan tenat. Runtunnya hati aku sedangkan aku tidak mampu melawat beliau. Aku tidak mampu mendengar dan melihat beliau. Rasa seperti semalam saja aku berbual bersamanya. Mama banyak bercerita itu ini kisah lampau bersama arwah bapak. Bercerita bagaimana arwah bapak pergi. Mama berkongsi cerita seolah-olah aku benar-benar rapat dengannya. Entah mengapa, saat itu hati terdetik aku seperti mengenali Mama sudah lama. Perasaan itu berbaur seolah aku sudah lama tidak bertemunya setelah kian lama terpisah.

Masih segar ingatanku wajah polos itu. Masih segar ingatan dan pendengaranku tentang setiap butir bicara Mama ketika aku bersamanya. Allahu. Hati aku hancur tatkala mendapat khabar berita Mama tengah tenat. Mengalir airmataku begitu deras seperti air hujan. Hati terasa sakit dan terluka. Bagaimana ia cukup perit untuk aku terima.

Aku rindu mendengar cerita Mama. Aku rindu ingin melihat Mama. Aku rindu bawakan sesuatu buat Mama. Bahagianya tatkala melihat suapan anggur di bibir Mama. Terasa bagaikan itu hadiah yang paling istimewa aku berikan pada Mama biarpun hanya anggur. Mama makan di depan mata buat hatiku berbunga bunga dan girang. Aku senyum bahagia biarpun aku turut malu pada mulanya berjumpa Mama. Entah aku sendiri tidak tahu apa yang Mama fikir tentang aku. Entah aku sendiri tidak tahu adakah Mama ingat wajah aku mahupun tidak selepas aku berjumpa Mama waktu itu. 

Mama, bangunlah. 

Mama, sedarlah.

Mama, ceritalah apa apa pun dengan saya. Saya sudi dengar.

Mama kuatkan? Mama boleh sembuh. Bangkitlah Mama.

Ramai tunggu Mama ni. Ramai doakan Mama cepat sembuh.

Mama kena lawan sakit Mama. Mama jangan mengalah.

Mama jangan putus asa okay. Kami semua nak Mama sihat kembali. Kami tunggu Mama.

Mama, saya nak jumpa Mama lagi. Saya nak bawakan apa apa yang Mama nak makan. Mama cakap jer nak apa. Saya bawakan nanti. Bangun ya Mama. Bangunlahh

Mama, tolonglah sembuh ya. Tolong saya Mama.

Mama, saya dah berjanji dengan Allah sesuatu. Tapi Mama kena sembuh dulu baru janji saya mampu ditunaikan.

Mama, biarpun mungkin Mama takkan ingat saya. Saya tetap doakan Mama walau apa pun terjadi. 

Anak anak Mama perlukan Mama. Anak anak Mama nak Mama sihat seperti biasa. Mama bangunlah jumpa dorang ya. Mama kena sembuh tau. 

Mama, sy ada mimpi Mama tengahari tadi. Sekejap jer mimpi tu. Saya nak dengar suara Mama macam tu lagi. Saya nak dengar suara Mama bila kita jumpa lagi nanti. 

Saya selesai tunaikan solat hajat dan baca Yasiin buat Mama. Maaf Mama... semuanya saya mampu buat dari jauh..

Saya akan buat lagi dan lagi untuk Mama ya. 

Mama masuklah lagi dalam mimpi saya. Mungkin nanti Mama boleh ingat saya. Dari mimpi saja saya mampu jumpa Mama saat ni. Saya tak dapat jumpa Mama di hospital. Maafkan saya, Mama...

In shaa Allah... Allah akan sembuhkan Mama. 

Selamat Malam Mama. Jumpa nanti 😘

Monday, February 22, 2021

Highway

 Assalammualaikum..

Hai.. Lama dah tak menjenguk ke sini..  Aku masih dalam kereta otw balik ke rumah.. Sekarang ada di Tol Gombak.. Sebenarnya 2 hari 2 malam aku berada di Kota Bharu, Kelantan.. Aku ikut dia ke sana. Aku pun tak sangka dia betul2 bawa aku ke sana.. Stay uma abg angkat dia.. Aku just gelar E.. Dorg tersangat laa rapat berdua bila mana macam2 benda mereka kongsi.. Aku bahagia aku sangat la selesa bila lihat ketawa dia.. Bila mana aku mampu renung wajah dia selama 2 hari ni.. Dia masih drive walaupun mengantuk..  Aku cuma tak banyak bercakap dalam perjalanan balik ni.. Entah kenapa hati aku sedih.. Entah mengapa hati aku pilu dan sayu.. Aku sendiri tak tahu.. Mungkin kerna aku kena melepaskan dia malam ni.. Aku lihat wajah dia senyum gembira bila facetime dgn mereka.. Mungkin juga dia tak sabar untuk pulang temui mereka.. Entah tiba2 hati aku terus terdiam.. Diam seribu bahasa..  Kejap ya dia minta aku drive.. 

Alhamdulillah.. Aku sampai ke rumah tepat 1.15 pagi.. Kesian dia mengantuk.. Esok pagi dia ada meeting.. Balik nanti nak terus tidur katanya.. Moga perjalanan awak baik baik saja..

Terima kasih untuk 2 hari yang bahagia buat saya.. Terima kasih bawa saya keluar jauh dari kebiasaannya.. Maaf andai saya banyak diam.. Saya cuma sedih nak lepaskan awak pergi.. In shaa Allah nanti kita jumpa lagi ya.. Hati hati

Tuesday, January 19, 2021

Dear My Man, thank you

 Assalammualaikum...

Selamat Tahun Baru 2021! Masih tak terlambat lagi kan nak wish tahun baru ni..Biarpun permulaan tahun baru tahun ni cukup memberi impak pada aku dan orang-orang sekeliling aku terutama lagi buat si dia.. Aku akan ceritakan sedikit untuk tatapan pada masa hadapan..

Maaf baru ada kesempatan aku harini ini untuk mencoret sesuatu khususnya buat dia..

Hai sayang...

Andai suatu hari nanti awak dapat baca blog ni setelah pemergiaan saya, harap ia mampu buat awak tersenyum dan menjadi mengubat rindu awak pada saya.. 

Saya hidupkan kembali blog ini hanya untuk awak.. Khas buat awak.. Kisah saya, awak dan kita semuanya di sini..

Sayang, terima kasih untuk masa dan keringat awak buat saya harini, sebelumnya dan masa yang akan datang nanti.. Terima kasih kerna berkongsi rezeki awak bersama saya biarpun ia cukup besar buat saya.. Awak meluangkan masa berjumpa saya biarpun awak baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta... Takziah sayang buat awak sekeluarga.. Moga arwah bapak di tempatkan di kalangan para muslimin dan soleh di sisi Allah... 

Tatkala melihat wajah awak harini, mata saya tak mampu untuk beralih.. Rindu.. Rindu lihat senyum dan ketawa awak biarpun hanya seketika.. Rindu untuk semuanya.. Saya akan berhenti curi-curi melihat awak bila awak pandang saya sebab setiap pandangan saya pada awak waktu tu, hati saya sentiasa berbisik dan berkata-kata.. Saya malu bila awak tahu saya pandang awak.. Saya pandang hanya untuk tatap wajah yang sentiasa hadir dalam mimpi saya.. Biarpun kita bukan berjumpa hari-hari, saya tetap ingin penuhi masa saya dengan awak sebaiknya bila kita bertemu.. Gembiranya saya sampai kadang-kadang ada benda yang saya nak cerita pada awak pun saya jadi lupaaaa.. 

Awak memikul tanggungjawab yang besar dan berat... Mata dan wajah awak mampu menceritakan setiap butir yang awak hadapi. Saya cuba memahami dan ada tatkala awak perlukan saya. Saya cuba sedaya upaya saya agar mampu ringankan sedikit beban awak untuk berfikir dan menanggung... Maaf sayang andai itu saja kemampuan yang dapat saya ringankan kekusutan awak..

Terima kasih untuk segalanya yang awak korbankan buat saya... Terima kasih kerna senantiasa cuba sehabis baik buat saya bahagia.. Terima kasih sayang... Terima kasih menjaga hati dan menyayangi saya seikhlasnya... 

Saya tetap menunggu dan terus menunggu untuk meniti hari impian saya, awak dan kita. Saya tidak pernah putus harapan dan berdoa agar segalanya tertunai pada waktu yang Allah tetapkan buat kita. In shaa Allah. Aaminnn Aaminnn Aaminnn..

Terima kasih, abang


Friday, December 11, 2020

Shooting Day!

 Assalammualaikum..

Hai guys.. Sekarang ni aku dalam kereta sedang menunggu si dia shooting dari pukul 4 petang tadi.. Best thing ever sebab dapat teman dia even tak boleh masuk dalam kan.. But i dah record dari luar! Eheheh. Berjam jam juga tunggu dari pergi toilet nak kencing smp dah balik dari isi minyak then dia tak habis lagi.. Shooting kan of course lama wey.. Dia nampak penat.. Yelaa ktorg dari jauh harini then shoot terus ke sini.. Dia pula yang drive, aku pula dok tidur dalam kete.. Dengan hujannya lagi otw balik kan.. 

But as long as dia okay dan ada depan mata.. Aku happy dah.. 

Hai sayang, i just wanna say thank you for your time, your effort, your love and everything that you done for me.. i tahu kadang kadang i jadi terlalu sensitif dan terasa hati dengan u.. I bukan nk fikir negatif atau buruk dengan u.. i cuma nak perhatian dan masa u.. itu saja.. Bila i terasa, i cuma nak u pujuk i.. Bercakap dengan i, ambil hati i.. I tahu u lebih dekat dgn famili u dari i.. Jumpa i pun sekejap2.. But i really appreciate segala apa yang u buat.. I tahu bukan mudah berada di tempat u.. i need u.. Thats why i selalu cuba untuk tidak kusutkan kepala u dengan benda benda remeh.. i sentiasa doa buat u tanpa henti setiap hari.. i berharap u memerlukan i sebagaimana i memerlukan u untuk melengkapi segala kekurangan yang ada pada i.. Bagaimana i cuba untuk memahami u, i berharap u memahami i juga.. i tak minta apa yang u ada sekarang, u lebih mengerti dan memahami apa yang i mahu dan perlu daripada u.. 

Andai soal harta dan wang ringgit, u lebih tahu adakah itu yang i pandang dekat u selama ni.. Bukan itu pun kan.. Kita kena selalu berkomunikasi dan bercerita apa yang kita hadapi untuk pastikan kita saling memahami antara satu sama lain.. Berterus terang.. Itu cara yang lebih mudah kan.. Fikir positif dan sentiasa tahu untuk mengatasi situasi kita berdua.. U tahu sayang i pada u sekuat dan sedalam mana.. Seikhlas mana yang cuba i tunaikan dan lengkapi u.. I harap u tak pernah lupa i walau apa pun yang berlaku nanti.. Okay sayang..

I nampak u dah keluar dari rumah.. Dah habis shooting ker tu? Nampak macam dah..  Okaylah daaa semua.. Jumpa lagi nanti.. Tata!