Thursday, February 6, 2020

Aku merindu...

Assalammualaikum

Hai. Jumpa lagi kita. 
Aku baru balik dari kerja. Sampai rumah lebih kurang 20 minit yang lepas.
Hati nak menulis hati nak bercerita. Hati nak menangis kerna sakitnya merindu dan dibiarkan sepi.
Blog ni menjadi diari aku saat ini. Pengganti diari yang sebelumnya adalah sebuah buku. Meluah apa yang tersimpan di hati biarpun takkan ada siapa baca blog aku ni. Takkan ada siapa tahu blog ni. Aku mencoret segalanya di sini. Aku menulis segalanya hanya untuk Dia. Dia yang hadir dalam hidup aku beberapa tahun yang lalu. Dia yang menjadi semangat aku bila aku bangun pagi dan dialah mimpi tatkala lena tidur malamku. 

Hampir seminggu dia berdiam diri tanpa sebarang khabar. Sepikan diri dan diamkan aku. Tanpa ucapan. Tanpa berhubung tanpa apa-apa. Aku bangkit pujuk hati, dia punya mereka yang dekat dengannya sedangkan aku jauh dan tiada apa-apa. Ruang aku punya cuma masa. Ruang aku cuma kasih sayang yang ada. Adakah aku gagal membahagiakan dia? 
Adakah aku tidak cukup sempurna untuk dia?
Adakah aku hanya memberi derita dan terluka kepada dia?
Adakah aku benar-benar salah?
Adakah dia sudah membenci?

Aku cuma meluah apa yang terbuku. Kerna sakitnya melihat dia bersama yang lain. Dia punya masa lebih buat mereka. Sedangkan dengan aku cuma seketika, jika bercakap melalui telefon jarang sekali. Whatsapp cuma bila dia ada waktu membalasnya. Jika tidak, dia akan diam membiarkan aku tanpa reply apa-apa.
Apakah aku tiada hati untuk beremosi dan terasa tersisih?
Adakah aku tidak punya perasaan untuk merasa diabaikan?
Aku manusia. 
Aku ingin dimanja, diberi masa dan perhatian, dibelai dengan kasih sayang untuk merasa dihargai dan menjadi wanita yang penting dalam hidupnya. 
Adakah permintaan aku ini satu bebanan buat dia?
Mungkin di fikirannya, aku mengeluh, merungut dan mengganggap dia tidak mampu berikan apa yang aku inginkan.
Adakah ia permintaan yang melampau dariku?

Jika benar, aku mohon maaf padamu.
Aku cuma memberi bebanan hidup buatmu. 
Sejauh mana bencimu kepadaku, sejauh mana bosanmu terhadapku.
Aku tidak pernah berhenti menyayangi kamu. Aku tidak pernah sesekali ingin membencimu.
Cinta aku tidak pernah sedikit berubah biarpun kita sering berselisih fahaman, kita sering menyalahkan satu sama lain, kita sering merasa jauh dalam hubungan ini.
Aku mohon maaf. Maaf buat segalanya.

Ambillah masamu. Berbahagialah kamu.
Aku sudah cukup terseksa menanggung rindu. Aku sudah cukup terseksa bila kau mendiamkan diri tanpa mencari aku. Allah saja yang tahu. Allah lebih tahu apa yang ada dihatimu, apa yang ada dihatiku. Aku takkan seksa dirimu lagi. Jika ini jalan yang buat kamu bahagia, aku akan lebih bahagia.
Maafkan aku...
Aku tidak pernah berhenti mendoakan kamu di setiap sujud siang dan malamku.
Andai airmata ini mengalir memberi bahagia dan senyuman untukmu, aku korbankan hanya buat kamu. Hanya ingin kembalikan senyum itu. Senyum yang buat hati aku bahagia selalu iaitu senyumanmu..
Maafkan aku... Aku tetap menyayangimu selamanya...

***********