Saturday, February 23, 2019

Khas buat Pujaan Hati Dinda

Assalammualaikum 2019 

Hampir 2 bulan kita masuk tahun baru, but harini baru aku dapat luangkan masa untuk menaip di blog kesayangan aku ni. Harini aku baru balik temankan si dia uruskan sesuatu ke sana sini. Jumpa kawan-kawan dia. Thank you sayang for a few days yang kita luangkan untuk spent time together sebab kita jarang-jarang jumpa kan walaupun dekat satu negeri but masa untuk kita luangkan berdua sangat-sangatlah susah sampaikan kadang-kadang kena curi masa masing2 sekejap dan benda akan jadi bila kita tak rancang untuk jumpa tapi last2 minit barulah menjadi.

Hai Pujaan Hati Dinda,
Blog ni tercipta daripada saya untuk awak baca satu hari nanti bila saya tiada. Awak boleh datang blog ni untuk baca semua bila awak rindu saya. Saya sukar untuk meluahkan sesuatu tapi di sini segalanya diceritakan untuk awak. Betapa pentingnya awak dalam kehidupan harian saya sejak beberapa tahun yang lalu. Biarpun pada awalnya saya menidakkan kehadiran awak dalam hati dan hidup saya sebab hanya awak dan saya tahu apa sebabnya. Saya bersyukur mengenali awak sebaiknya. Baik buruk saya, awak terima. Sesukar mana perangai dan kerenah saya, awak terima seadanya. Saya semakin matang dalam hubungan kita untuk terima segalanya dengan hati terbuka. Tiada simpan apa-apa untuk dibahaskan. Biarpun awak bukan orang pertama yang pernah muncul dalam hati saya dan saya juga bukanlah orang pertama yang hadir dalam hati serta kehidupan awak tapi saya sentiasa berdoa pada Allah agar jadikan awak orang yang terakhir buat saya dan saya jugalah orang terakhir buat awak. Kita melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing dengan cara yang tersendiri. Memahami tutur kata, gerak geri badan untuk mengerti isi hati masing-masing biarpun kita tidak meluahkan sesama sendiri. Bertolak ansur dan bercerita tentang apa saja yang kita nak kongsi, cukup buat kita makin matang kekalkan hubungan ni. 

Sayang, saya cukup menyayangi awak seikhlas hati saya. 

Saya tak sabar untuk menunggu hari yang bakal tiba. Seminggu jer lagi.
Counting days for us.
Saya harap sangat awak suka dan happy nanti. Saya buat semua tu khas untuk awak. Biarkan ia menjadi kenangan terindah untuk awak kenang hingga akhir hayat awak.
See you soon my love.


Love, fna ❤


Sunday, December 16, 2018

Accepting Qadr

Assalammualaikum.. 

Hai !
Lama tak menjenguk ke sini. Hampir 2 bulan dah.
Huhuhu. Lama jugak kan. Lagi 2 minggu bakal masuk tahun baru.
Pencapaian dan impian tahun ini alhamdulilah. Biarpun tak semua terlaksana, tapi aku bersyukur kerna masih diberi ruang untuk langsaikan apa yang perlu dan yang penting. Tahun depan 2019 aku sudah set kan goal dan azam yang baru untuk melunaskan apa yang sepatutnya. 
Andai Allah berikan rezeki lebih buat aku, aku bakal menunaikan umrah dan melangsaikan hutang PTPTN secara lump sum. Aku cuma tidak mahu meninggalkan hutang pada keluarga tatkala aku pergi menghadap Illahi. Perubahan demi perubahan perlu dilaksanakan untuk berjaya dan pada masa akan datang. Ikhlaskan hati, bersihkan jiwa dan lapangkan fikiran. Fikir yang positif dan berjuang demi diri sendiri dan keluarga. Aku tak punya banyak masa tapi aku akan gunakan ia sebaik mungkin. Siapa tahu di saat kau merasa diri kau sihat tapi pergi jua secara tiba-tiba. Berbuat baik dengan semua orang, maafkan semua orang. Jangan berdendam, jangan iri hati dan jangan pula membenci. Kita sebagai manusia punya laluan hidup yang berbeza-beza diciptakan oleh Allah. 
Mungkin permulaan hidup kita tidak membahagiakan, tapi satu hari nanti membawa erti yang lebih mendalam serta sempurna dari apa yang kita inginkan. 
Jika kita mengingatkan diri tentang kematian, kita akan rasa takut untuk berbuat jahat pada diri sendiri dan orang lain. Aku berusaha untuk memperbaiki diri, menukarkan perspektif diri kepada sesuatu yang lebih positif dan bersangka baik dengan Allah.  Langsaikan hutang piutang yang ada sebelum menutup mata. Berbahagia dengan cara sendiri. Itu lebih baik kan. Jangan mengharapkan ganjaran atau pembalasan daripada apa yang kita berikan pada orang lain. Jika kita terlalu bergantung harap dan mereka tidak memberi seperti apa yang kita harapkan, kita akan kecewa yang teramat sangat. Hati akan terluka. Aku cuba bangkit dalam dunia aku dengan cara tersendiri. Bukan untuk membuang orang lain dalam hidup ini, tapi untuk mencari jalan menyendiri. 
InshaAllah semua akan baik-baik saja. 
Berkata yang baik-baik, berdoa yang baik-baik.
Moga Allah permudahkan segalanya buat aku dan mereka.
Amin Ya Rabbal Alamin.


Love, fnayzd ❤

Sunday, October 7, 2018

Aku telah MATI

Assalammualaikum.

Apa khabar semua? 
Lama aku tak menjenguk diari hati ini. Tempat aku meluahkan rasa yang terbuku. Suka duka tangis dan tawa semuanya tertulis di sini. Aku tiupkan kekuatan yang ada di saat aku jatuh dan rapuh seorang diri. Aku sudah bekerja selama sebulan lebih di syarikat baru. Tapi pada masa yang sama juga aku perlu hadap segala nightmare yang tak pernah aku lalui sebelum ni. Rasa tertekan dan rasa boleh jadi gila sebab semua benda ini. Kenapa aku boleh jumpa manusia yang punya hati busuk dan takde rasa keperimanusiaan langsung. Aku kena tengking dan kena buli dalam diam. Aku rasa dipergunakan macam orang gila. Aku tak tahu nak luahkan pada siapa. Dan bila mana aku luahkan pada seseorang aku rasa aku dah bebankan dia. Dia langsung tak pedulikan aku yang betul2 rasa naik gila. Aku rasa cukup tertekan. Aku rasa aku sorang2. Dia lebih pentingkan keluarga dia. Aku tahu kau punya hal dengan mereka. Aku tak kisah langsung kalau kau tak mampu untuk jumpa aku tapi sekurang2 nya jangan diamkan aku, jangan buat aku rasa aku ni memang tak penting untuk kau. Aku cuma harap kau mampu tenangkan aku seketika buat aku rasa kau ada di sisi biarpun kau tak mampu untuk ada dekat dengan aku. Aku menangis macam orang gila 3 hari berturut2. Aku rasa nak berhenti 24 jam dari kerja ni. Tapi bila aku fikirkan balik, aku perlu bangkit dari rasa ini biarpun aku sorang diri. Perit pahit yang tak terkata. 

Kau anggap saja aku dah mati. Mati dari dunia yang ada ini. Jiwa AKU TELAH MATI. Hati aku seolah tidak berfungsi untuk lalui setiap saat. Badan aku lemah. Akal aku turut mati. Kau tahu tak? Aku rindu kau. Kau tahu tak apa aku buat kalau aku rindu kau? Aku dengar suara kau. Aku dengar nyanyian kau. Tanpa kau sedar, tanpa kau tahu. Tanpa kau faham apa yang tersirat dalam hati aku. Aku dah cukup sakit sekarang ni. Andai kau abaikan aku, andai kau tak perlukan aku. Kau jujur pada aku. Kau ikhlaskan aku pergi. Aku takkan ganggu kehidupan bahagia kau. Aku juga punya maruah diri. Aku akan mencari kekuatan aku sendiri. Biarpun aku perlu tersungkur berkali-kali. Biarpun aku perlu bangkit dengan airmata. Aku akan lepaskan kau pergi dengan redha di hati. 
Tuhan lebih mengerti.
Aku berserah pada Illahi.
Cukup sampai di sini. 

Love, fnayzd ❤

Tuesday, August 28, 2018

Sesuatu bukan milik kita

Assalammualaikum...

Aku di sini lagi dan lagi tatkala hati rapuh dan perlukan sesuatu untuk berbicara. Aku meluahkan dengan cara aku sendiri. Tiada siapa yang mahu mendengar, aku meluahkan di sini agar aku mampu terus bertahan dari hari ke hari. Air mata aku deras mengalir tatkala ini. Aku terasa begitu jauh dengan diri aku sendiri. Aku seolah-olah tidak kenal senyuman aku sendiri sedangkan aku butuhkan semuanya untuk aku berjuang buat diri sendiri. Aku rindu senyuman aku sendiri. Aku rindu gelak tawa aku. Aku rindu untuk merasa semuanya indah biarpun hati aku menangis. 

Aku tak tahu apa akan jadi pada esok hari. Aku akan berjumpa dengan dia untuk beri dengan niat yang sebaiknya. Aku seolah-olah cukup mengerti apa yang dia sampaikan sebentar tadi. Andai aku undurkan diri, mungkin dia akan kembali pada mereka. Mereka yang lebih memerlukan dia. Mungkin juga esok hari untuk aku melepaskan sesuatu yang bukan milik aku. Sesuatu yang bukan kepunyaan aku. Allah cuma pinjamkan sementara buat aku merasa bahagia seketika. Ada sebab mengapa semua ini terjadi. Aku takkan luputkan kasih sayang yang ada. Aku cuma simpan ia agar menjadi kekuatan aku sendiri. Agar jadi penyebab kenapa aku bertahan hingga ke tahap ini. 

Aku berdiri dengan niat yang Allah saja yang tahu. Masa aku mungkin belum sampai untuk aku merasai, tapi janji Tuhan itu pasti masa itu akan tiba dengan sendirinya. Sabar dan aku akan lalui semuanya dengan cara yang berbeza. Pasti.
Melepaskan benda yang paling kita sayang, itu satu pengorbanan. Pengorbanan yang pada hakikatnya perit dan deritanya Tuhan saja yang tahu. Andai itu untuk kebaikan semua orang, andai itu cuma pengorbanan kecil aku untuk Tuhan. Apalah sangat dengan apa yang Allah beri pada aku selama 26 tahun ini. Nikmat dan pinjaman yang terlalu banyak untuk diungkap. Cuma aku tidak bersyukur dengan apa yang ada. Aku rasa cukup kerdil dan berdosa. Aku perlu berubah. Berubah dari segala persepsi dan tanggapan aku pada Tuhan. Buka minda dan hati aku seluasnya agar tiada tertutup untuk apa-apa. Berfikiran sebaiknya dan bersangka baik pada Tuhan. 

Bersangka baik pada Allah.
Bersangka baik pada Allah.
Bersangka baik pada Allah.

Moga aku terus kuat dan kuat untuk menempuh kehidupan.


Love, fnayzd ❤ 

Friday, August 17, 2018

Selamat Ulangtahun Aku

Assalammualaikum .

. . . . . .

Tanggal 17 Aug hari ini. 
Lahirnya seorang aku pada 26 tahun yang lepas. 
Seorang puteri sulung buat ibu dan ayah yang melengkapi rumah tangga mereka. 
Hari ini aku sendiri di dalam kamar mengisi hari aku yang bersisa beberapa jam lagi.
Lewat di kamar ini aku menyendiri dan mencoretkan kisah aku di sini.
Dunia mengajar aku erti memahami yang kita ini tidak punya kuasa apa apa melainkan DIA yang Maha Agung dan Berkuasa. Kita hanya mampu merancang tapi DIA menentukan segalanya. 
Alhamdulilah. 
Aku bersyukur masih diberi kesempatan selama 26 tahun untuk terus hidup dan menikmati pinjaman Tuhan buatku hingga hari ini. Biarpun aku ingin mengalah dan berputus asa tentang kehidupan aku, namun Tuhan masih sayangkan aku untuk melihat dunia ini lebih indah dari jangkaanku.
Mungkin tiada lagi 17 Aug buat aku pada tahun hadapan,
Mungkin juga tiada lagi manusia yang sama seperti aku yang punya nama mirip, tarikh dan masa dilahirkan serupa, perwatakan yang sama atau wajah yang seakan akan serupa aku.
Tiada. 
Kerna Tuhan mencipta kita berbeza beza.
Kerna DIA Maha Agung lagi Bijaksana.


Love, fnayzd ❤


Friday, August 10, 2018

Kau Takkan Tahu

Assalammualaikum 

. . . . . .

Apa yang perlu aku katakan?
Sayang, kau takkan tahu apa yang berlaku. 
Apa yang bermain dalam hati dan fikiran aku.
Kau cinta hati aku. Tapi hanya dari jauh.
Apa yang berlaku pada aku, kau tetap takkan tahu.
Bukan kau ada di depan mata aku.
Bukan kau tahu apa yang sedang berperang dalam fikiran aku, hati aku.
Aku cuba untuk keluar dari semuanya biarpun aku sendiri.
Aku semakin berani untuk berjalan sendiri dan tidak memerlukan orang lain.
Aku cuba untuk buang semua harapan dalam diri.
Kelemahan aku pendamkan.
Kelebihan aku campak jauh dari sisi.
Setiap hari, aku sentiasa bermimpi kau tersenyum jelas di depan mata aku.
Pabila mata di buka, senyuman itu hilang dari pandanganku.
Tiada susuk tubuh yang aku rindukan.
Tiada kata-kata indah yang diluahkan dari bibir kamu.
Tiada ketawa kamu, tiada senyuman kamu. 
Aku mati di dunia nyata.
Aku bahagia di dunia tidurku.
Ia berlaku setiap hari, setiap lena aku.

Aku yakin.
Allah temukan aku dengan kamu bersebab.
Allah jauhkan kamu dari aku juga bersebab.
Tatkala rindu ini tak mampu untuk aku bendung, tatkala itu aku berdoa buat kamu.
Aku cuba jarakkan diri pada kamu, hanya kerna aku tahu aku bukan pilihanmu.
Tapi aku tahu aku cinta kamu.
Biarkan aku begini.
Biarkan aku sendiri.
Bahagialah kamu tanpa aku.

Aku redha dengan semua ini.
Aku redha. 
Aku redha.


Love, fnayzd ❤



Wednesday, August 1, 2018

JIwa aku separuh mati

Assalammualaikum

. . . . . . . . 

Lama aku meninggalkan cerita yang meniti hari-hari aku. Aku rasa jiwa aku separuh mati. Tiada apa yang tinggal. Tiada rasa yang hadir. Tiada warna yang menceriakan. Tiada teman untuk meluahkan. Tiada tempat untuk aku berkongsi. Jiwa aku benar benar mati. Akal aku mati. Hati aku turut merasai benda yang sama. Membisu dan membatu. Tiada darah yang mengalir. Tiada warna merah. Tiada warna apa pun yang mewarnai. Aku mungkin kehilangan separuh hati aku. Aku kehilangan separuh jiwa aku. Aku hilang separuh senyuman aku. Aku hilang separuh tawa aku. Aku hilang semua yang aku ada. Aku hilang keceriaan yang aku ada. Aku rasa jasad aku masih kekal namun jiwa aku melayang jauh. Jiwa aku mati seolah olah koma. Tiada nyawa tiada perasaan apa apa. Akal jahat aku sentiasa berniat untuk telan pil tidur. Agar akal aku tidak berfikir. Agar hati aku tak punya rasa apa apa. Aku menangis seperti orang kurang siuman meluahkan pada Illahi. Setiap hari setiap malam tanpa ada tertinggal. Senantiasa airmata menjadi sahabat sejati. Kosong, Kosong, Kosong. Aku lupa tentang diri sendiri, Makan minum dan semuanya. Tiada siapa lihat pengorbanan yang kau lakukan, tapi mereka akan lihat kesilapan kau biarpun sekecil zarah. Aku ingin pergi jauh dari semuanya tanpa ada siapa kenal aku. Aku takkan menyakiti sesiapa. Aku tidak akan menyusahkan sesiapapun. Susah senang perit dan sakit biar aku sorang yang tanggung sendiri. Itu lebih baik. Baik dari segalanya. Aku mendoakan Allah melindungi mereka yang aku cintai. Sampai bila mataku tertutup rapat, hilanglah segala kepayahan mereka tanggung hanya kerana aku. Sampai satu masa nanti. Masa itu tetap akan tiba. Aku mohon maaf buat kamu yang membaca di setiap keterlanjuran kata, kekasaran yang menguris hati sepanjang kamu mengenali aku menyayangi aku. Aku tetap aku. Kesilapan aku, maaf sejuta kali daripadaku. Moga kau berbahagia selalu tanpa aku. Allah akan pelihara dan jagakan kamu. 


Love, fnayzd ❤