Sunday, May 5, 2019

Bakal Bertemu Ramadhan

Assalammualaikum

Harini aku pergi ke klinik yang sama untuk mengikuti perkembangan aku.
Namun harini doktor terus refer untuk pergi ke hospital dengan lebih lanjut. 
Aku pergi ke hospital untuk buat appoinment doktor sebab harini Ahad dan esok pula public holiday untuk negeri Johor sempena menyambut Awal Ramadhan, jadi semua doktor bercuti. 
Appoinment di anjak ke hari Selasa.
Selasa pagi aku kena pergi ke hospital untuk berjumpa dengan Dr Rohana.
Aku berharap Selasa nanti keadaan aku akan semakin okay dan okay.
Dada aku waktu ini still sakit seperti biasa.
Sukar untuk bernafas dan seolah-olah dada aku dihempap sesuatu dan sukar untuk berdegup secara normal.
Aku tahu aku kuat.
Aku tahu aku bakal menempuh sesuatu yang lebih baik.
Tuhan sebaik-baik perancang dan ketentuan.
Aku berserah kepadaMu, Ya Tuhan.

Moga aku akan baik-baik saja.

InshaAllah


Love, fnayzd 💗