Thursday, May 10, 2018

Harapan & Impian 5 tahun lagi

Assalammualaikum 👀

Malam ini aku tak boleh tidur biarpun mata terkebil-kebil jam 3.30 pagi. Hari ini Negara aku punya harapan baru, kerajaan baru. Rakyat benar-benar menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengubah Malaysia menjadi lebih baik untuk 5 tahun akan datang dari harini hingga tahun 2022. Aku berdoa agar Malaysia sentiasa dilindungi dan dijaga oleh Allah selalu. Ya Allah, Kau berkatilah pemimpin-pemimpin kami agar telus dan jujur menjalankan tanggungjawab mereka. Kau permudahkanlah urusan mereka sebaik-baiknya. Pada masa 5 tahun akan datang, Kau jadikanlah Malaysia Negara yang masih aman dan harmoni. Rakyat tidak ditindas dan merasa terbeban dengan kehidupan seharian. Rakyat yang tidak ramai menganggur dan punya pekerjaan yang sebaiknya. Keluarga yang daif dan miskin dapat peroleh rezeki yang mencukupi untuk menanggung ahli keluarga mereka. Harapan baru buat rakyat Malaysia. Harapan baru juga buat aku. 
InshaAllah! Amin Ya Rabbal Allamin.

. . . . . 

Hari ini aku cuba untuk meletak harapan sepenuhnya pada Allah. Aku manusia yang alpa dan lalai. Aku punya kelemahan dan kesilapan yang aku ingin perbaiki dari hari ke hari. Aku tidak mahu meletakkan harapan lebih pada manusia tapi hanya meletakkan harapan pada Allah semata. Aku ingin menjadi seorang yang berfikiran matang dan positif. Punya hati yang tidak pernah iri hati dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain. Biarkan aku mencari kebahagiaan aku sendiri. Berusaha untuk jadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari. Dari masa ke semasa. Biarpun orang lain tidak ambil peduli tentang aku tapi Allah sentiasa peduli tentang aku setiap waktu.  Diri sendri. Hanya diri sendiri dapat mengubah apa yang kita perlukan dalam kehidupan ni. Jiwa aku meronta-ronta inginkan ketenangan. Hati aku inginkan keikhlasan. Fikiran aku inginkan perjuangan. Aku perlu fokus pada benda yang aku impikan. Aku akan bangkit dengan cara aku sendiri. Sesukar mana sekalipun, aku tetap akan perjuangkan kudrat yang ada untuk diri aku sendiri. 
Niat . Itu yang penting kan. Be yourself  💪
Aku bawa kasih sayang yang ada untuk tiupan semangat. Cekalkan hati . Kuatkan niat biarpun aku bakal menempuh pelbagai dugaan dan  rintangan. Moga di saat aku rapuh, aku mencari Allah dan tetapkan tawakal aku padaNya. Kata-kata yang baik adalah doa yang melantun-lantun. Niat yang baik adalah permulaan dan pengakhiran yang sempurna bagi sesuatu.
InshaAllah . 💖 Doakan yang baik-baik buat aku ya 💋


Love, fnayzd ❤