Sunday, May 13, 2018

Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum .

Salam Maghrib semua.

Alhamdulilah aku baru saja selesai menunaikan yang wajib untuk bawa ke akhirat kelak. Selepas selesai, tergerak hati untuk menjenguk blog ni seperti biasa. Blog yang sentiasa menjadi coretan hati kecil seorang 'fna'. Seorang wanita yang ingin mengubah hidupnya dan keluarganya untuk menjadi lebih baik dan terus terusan melakukan kebaikan. Tabahkan hati dan baik hati terhadap semua orang sepanjang masa. Insha Allah . 

Hari ini merupakan Hari Ibu. 13 Mei 2018. Sepatutnya aku perlu bergerak pulang ke KL hari ini tapi kesihatan aku tidak mengizinkan aku untuk memandu jauh. Aku mengambil keputusan untuk stay saja di sini bersama mereka sementara masih punya waktu. Peluang yang ada aku bawa mereka keluar untuk bersiar-siar biarpun keadaan diri cukup tidak bermaya. Aku gagahkan jua diri untuk buat mereka gembira terutama sekali ibuku. Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu yang ada di dunia ini dan juga buat insan tercinta ibuku sendiri, Puan Noorsila Mohd Salim. Seorang ibu yang tidak pernah jemu menyayangi aku seikhlas hati. Seorang ibu yang sentiasa ada di sisiku tatkala suka dan duka. Aku hidup dan aku berjuang untuk terus ke arah kebaikan hanya kerana ibu dan mereka. Tiada  mereka, tiada aku merasa nikmatnya berada di muka bumi Allah ini. 
Syukur alhamdulilah . Ya Allah, aku bersyukur di atas kurniaanMu yang cukup indah kerna memberiku kesempatan melihat mereka di depan mataku sendiri. Aku ingin melihat mereka tersenyum bahagia dan senang hatinya. Aku ingin melihat mereka bangga melihat aku berjaya dan mampu menyenangkan hati dan hidup mereka tatkala usia semakin meningkat. 

Ya Allah,
Kau ampunilah dosa-dosaku dan keluargaku.
Kau kurniakanlah rezeki dan nikmatMu yang melimpah ruah kepadaku dan keluargaku,
Kau lindungilah aku dan keluargaku sebaik-baiknya.
Kau lapangkanlah dan Kau permudahkanlah urusanku serta orang-orang yang amat aku cintai.
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun, dan Maha Pemberi Rezeki serta Maha Pemurah.
Amin ya rabbal alamin. 

Love, fnayzd ❤